Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


#Eksklusif Ini Alasan Kenapa Khoon Hooi Tak Sertai #KLFW2021

Menampilkan Selberan x Khoon Hooi untuk Koleksi White Story by Khoon Hooi.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu Ā· Diterbitkan pada 06 Nov 2021 9:09AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Sebenarnya, saya sudah lama tidak menyertai Kuala Lumpur Fashion Week (#KLFW) sejak beberapa tahun yang lepas.

“Awal-awal dulu, saya menyertai untuk ‘support’,” ucap Khoon Hooi spontan apabila ditanya tentang mengapa jenamanya tidak melewati pentas #KLFW2021 kali ini.

Tambah Khoon Hooi, “Bulan Disember nanti, saya diundang untuk berkolaborasi dengan Mercedes-Benz Malaysia untuk Mercedes-Benz Fashion Week KL 2021. 

I want to try a different platform (for my brand),” akui Khoon Hoi di majlis pelancaran Selberan x Khoon Hooi yang bertempat di Royal Selangor, Pavilion Kuala Lumpur. 

 

Selberan x Khoon Hooi

Di perkhabaran lain, Khoon Hooi senang hati berkolaborasi bersama rumah emas dan permata di bawah payung Royal Selangor, Selberan untuk koleksi White Story by Khoon Hooi.

White Story by Khoon Hooi menampilkan koleksi busana terdahulu rekaan Khoon Hooi yang direka semula dalam warna putih sempena kolaborasi bersama Selberan ini. 

Semua barangan kemas perdana keluaran Selberan direka dengan cita rasa moden, sarat dengan 18K emas kuning, emas putih, intan dan batu permata.

Terdahulu, Khoon Hooi sudah pun berkecimpung dalam industri fesyen selama 22 tahun, dalam dan luar negara. 

Jenamanya tidak asing lagi dan telah diperagakan di persada fesyen di seluruh dunia. Rekaan Khoon Hooi juga boleh didapati di beberapa kota di Timur Tengah antaranya BySymphony di Dubai, 51 East dan Per Lei di Doha, Avanti di Riyadh, Designer Lounge di Kuwait serta secara dalam talian selain Kuala Lumpur. 

Jenamanya juga sudah mula memberikan pinjaman busana buat media di Los Angeles, Amerika Syarikat sempena musim anugerah yang bermula November tahun ini hingga Mac tahun hadapan.

Tidak ketinggalan pihaknya juga sudah mula membuat persiapan untuk Minggu Fesyen Paris yang bakal berlangsung awal Mac nanti di mana jenama Khoon Hooi akan memasarkan rekaan di hotel Mandarin Oriental Paris.

Bersama-sama, kolaborasi ini bakal menzahirkan gandingan indah antara dua jenama, menampilkan gaun pengantin berona putih serba suci, yang dihiasi pula dengan barangan kemas Selberan yang tak dimamah masa.

White Story by Khoon Hooi dijangka bakal memberi inspirasi kepada semua pasangan pengantin di saat mereka mempersiapkan hari bahagia mereka. 

 

3 Koleksi Pilihan Getaran

#1 ROCOCO REIMAGINED 

Gaun pengantin Millie yang dikenakan oleh peragawati ini mengikuti badan baju berpotongan badan dengan kain gaun potongan duyung. 

Tingkatkan lagi pesona pengantin dengan koleksi Rococo Reimagined dari Selberan yang terinspirasi dari motif klasik dan kerawang abad ke-18 Eropah. 

#2 VICTORIA

Untuk anda yang lebih gemarkan gaya minimalis, padankan pula dengan koleksi Victoria. Ia koleksi terbaru sempena kolaborasi Selberan bersama Khoon Hooi ini.

Rekaannya yang ringkas dan sederhana, Victoria sempurna untuk hari pernikahan si gadis millennial. Ia juga cocok untuk dipakai sebagai aksesori sehari-hari. 

Victoria terinspirasi dari motif daun zaitun dari peradaban Yunani. 

#3 ILONA

Koleksi ini sesuai dengan gaun pengantin Poppy iaitu gaun taffeta lepas bahu, dengan bahagian ruffle belakang yang beralun.

Ia memberi sentuhan feminin dan elegan kepada pengantin perempuan.

Padankannya dengan koleksi 18K emas putih dari koleksi Ilona. Reka bentuk geometri yang berani diserlahkan lagi dengan berlian putih Selberan, memberikan ia kesan futuristik. 

Layari Selberan x Khoon Hooi untuk maklumat lanjut. – Getaran, 6 November 2021

Semua gambar: Sadiq Asyraf Mohd Yusof

Isu Pada

Langkah Kanan Nadhir Nasar & Nabil Aqil

06 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Peti Besi, Jongkong Emas Milik Pempengaruh Ditemukan Di Dasar Sungai

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Permohonan Rosmah Masukkan Kerajaan, Polis Sebagai Pihak Ketiga Didengar 29 Mei

3

TARA 4 bulan yang lalu

Umpama Telur Di Hujung Tanduk: 7 Masalah Perhubungan Yang Sukar Dipulihkan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Perkahwinan Bawah Umur Catat Peningkatan Di Sarawak - NGO

Sorotan

1

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

2

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

3

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

4

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

5

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

6

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam