Berita Terkini

11 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 5 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Fenomena Doktor Malar

Kehadirannya di saat pandemik melanda bagaikan fenomena baru dalam memberi kesedaran terhadap rakyat Malaysia tentang betapa pentingnya untuk melindungi diri dari virus COVID-19.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Oct 2021 9:20AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila ketua pengarang memberitahu minggu ini giliran saya untuk menulis tentang personaliti yang bakal muncul di muka hadapan TARA, sejujurnya saya sangat teruja kerana wajah yang kami tampilkan untuk edisi istimewa ini bukan sembarangan. 

Dr. Malar Santhi Santherasegapan, nama yang tiba-tiba meledak dan menjadi rujukan rakyat Malaysia untuk mendapatkan maklumat berkenaan COVID-19 dan vaksin.

Asalnya dia adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Columbia Asia di Cheras, Kuala Lumpur. 

‘Celoteh Dr. Malar’ memberi impak positif kepada rakyat Malaysia. Kepetahan anak jati kelahiran Kuantan, Pahang ini berbicara dalam Bahasa Malaysia menambah keterujaan netizen untuk menonton setiap video yang dikongsinya di media sosial.

Pagi itu Dr. Malar hadir di lokasi penggambaran yang bertempat di Hotel Eastin, Petaling Jaya dengan berwajah polos sambil membawa sebuah bagasi beroda.

Dalam hati saya berkata, “Wah, dia benar-benar bersedia dan faham tentang sesi penggambaran kerana bersiap sedia dengan bagasi.”

Sifat 'kepoh' saya membuak-buak ingin tahu apa yang ada di dalam bagasi berkenaan. Rupanya dia membawa beberapa pasang kasut serta jubah mandi. 

Sewaktu sedang bersolek, saya bertanya mengenai kefasihannya bertutur dalam Bahasa Malaysia. Kata wanita berusia 38 tahun ini, setiap individu yang lahir di pantai timur pasti dapat bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

Rupanya Dr. Malar juga bisa bertutur dalam Bahasa Russia kerana pernah menyambung pelajaran di sebuah kota di Ukraine sewaktu ia masih di bawah jajahan Russia. 

Penata gaya memulakan tugas memakaikan satu persatu helaian berkonsepkan tradisonal komtemporari serta aksesori penuh sarat untuk menjelmakan mood perayaan pada tubuh genit Dr. Malar. 

“Ini kali pertama saya lakukan penggambaran seperti ini. Sebelum ini saya lakukan di hospital sahaja. Itu pun petugas hospital yang tolong ambilkan gambar,” ujarnya.  

Tidak mudah bagi seorang doktor untuk bergaya di hadapan lensa kamera tambahan pula tubuhnya dibaluti dengan persalinan yang sarat.

Untuk dapatkan ‘shot’ yang terbaik, pastinya mengambil sedikit masa. Acap kali saya bertanya kepadanya jika mahu berhenti seketika untuk berehat. 

It’s okay, I’m fine. Saya pernah bekerja lebih dari 30 jam di hospital. This is nothing,” katanya saat saya pelawanya untuk berehat sekali gus menambahkan rasa kagum saya padanya. 

Selesai sahaja sesi penggambaran, kami terus ke ruang restoran untuk alas perut dan mulakan sesi wawancara. Banyak soalan yang bermain di minda, namun saya mulakan dengan pernahkah seorang doktor sepertinya terbayang akan menjadi popular dalam sekelip mata. 

 

Tentang Populariti

“Saya tidak pernah terbayang ataupun bermimpi untuk menjadi popular seperti hari ini. Namun saya dapat rasa perubahan selepas Datuk Aznil Haji Nawawi dan Erra Fazira berkongsi tentang saya di Instagram mereka. Tiba-tiba saya mula dapat panggilan dari pihak media. 

“Namun saya betul-betul rasa dikenali ramai sejak dua bulan lepas sewaktu sedang membeli-belah di sebuah pasaraya. Tiba-tiba ada orang tegur. Dan ada satu ketika saya rasa seperti ada orang yang sedang merakam pergerakan saya.

“Bila saya pandang dia, baru dia tegur saya dan dia mula rasa teruja. Sejak dari saat itu saya jadi sedikit takut untuk keluar seorang diri atau pakai baju yang tidak sesuai bila berada di tempat awam,” katanya.

Saat kami tengah rancak berbual, tiba-tiba datang seorang wanita menyapa Dr. Malar. Saya perhatikan wanita berkenaan memuji apa yang dilakukan Dr. Malar sambil mengucapkan terima kasih kepadanya. Dalam hati saya berkata hebat betul penangan doktor yang satu ini.

Sebagai seorang doktor yang juga bergelar ibu kepada dua orang anak yang masih kecil, Dr. Malar akui pada mulanya dia ragu-ragu untuk meluaskan platform di media sosial kerana kekangan masa.

Namun akuinya dia sangat bertuah kerana memiliki suami yang sangat membantu dan sentiasa memberi semangat kepadanya untuk ke hadapan.

“Segalanya menjadi lebih mudah bila suami saya menghulurkan tangan untuk membantu. Dialah yang jaga media sosial saya, dia juga yang rakam dan sunting video saya. Bila saya menjadi semakin sibuk, saya lantik dua lagi pembantu untuk menguruskan jadual serta jenama saya. 

Lumrah menjadi individu yang mendaki puncak populariti, pasti ada manusia yang iri melihat kejayaan demi kejayaan yang dikecapi. Tetapi perkara itu tidak dirasai sama sekali oleh Dr. Malar kerana dia dikelilingi oleh insan yang sangat menghargai 

“Mungkin perkara itu tidak sampai secara langsung ke telinga saya. Pegawai perubatan di tempat saya bekerja cuma ada lima orang dan kami sangat rapat. Kalau orang luar, mungkin saya tidak tahu. Jadi tidak timbul soal cemburu. I don’t think so!”

 

Tentang 'Haters' Dan Vaksin

Bagaimana pula dengan ‘haters’? Soal saya kepadanya, lalu disambut dengan ungkapan “Of course!” laungnya sambil ketawa. 

Haters saya paling ramai dalam kalangan golongan anti vaksin. Juga dari golongan yang merasakan mereka memperjuangkan hak asasi manusia.

“Kalau kita pandang secara kasar, apabila kita mewar-warkan rawatan perubatan atau pengambilan vaksin khususnya, seolah-olah kita mengambil hak asasi manusia.

“Tetapi perkara itu tidak tepat. Saya sendiri seorang yang sangat menyokong hak asasi manusia. Saya tidak pernah paksa orang ambil vaksin. 

“Saya sendiri tidak tahu berapa lama golongan anti vaksin ini mahu tunggu untuk mendapatkan vaksin. Mula-mula mereka kata nak tunggu ahli politik ambil, kemudian nak tunggu para doktor pula.

“Kalaulah betul vaksin itu mengandungi racun, pasti sudah bergelimpangan para petugas barisan hadapan di hospital. Kemudian mereka beri alasan vaksin ini masih terlalu baru.

“Tetapi sekarang sudah setahun, mereka nak tunggu sampai berapa lama? Kalau mereka nak tunggu sampai lima tahun, saya tak pasti virus itu nak tunggu mereka ataupun tidak.

“Sementara anda menunggu vaksin itu untuk menjadi matang, anda juga beri peluang kepada virus itu untuk menjadi lebih matang. Sepatutnya mereka hanya perlu tunggu dalam tempoh tiga hingga enam bulan sahaja.

“Kita sebagai rakyat Malaysia sangat beruntung, kerana tempoh tiga hingga enam bulan itu berlangsung di Amerika Syarikat. Kemudian lagi dua bulan setengah berlaku di Singapura. Jadi kita dah nampak apa yang berlaku kepada mereka.

“Saya rasa tak perlu tunggu lagi. Sudah berbilion manusia di dunia yang ambil vaksin. 90 peratus golongan dewasa rakyat Malaysia juga dah ambil.

Kalau nak ambil, inilah masanya. Kalau masih belum terbuka pintu hati, inilah masanya untuk anda berdoa kepada Tuhan minta hidayah untuk buat keputusan kerana ini bukannya waktu untuk menunggu lagi.

“Kalau mati yang ditakuti, banyak lagi perkara lain yang boleh menyebabkan kematian,” katanya.

 

Tentang COVID Dan Perayaan

Musim perayaan bakal menjengah minggu hadapan. Kerajaan Malaysia juga sudah memberi kebenaran rentas negeri sejak beberapa minggu lalu. Justeru saya bertanya apakah pesanan terbaik yang boleh diberikan Dr Malar kepada seluruh rakyat Malaysia selepas ini. 

“Nasihat saya adalah hilangkan fobia yang terlampau tinggi. Lupakan stigma terhadap perkataan COVID dan perkataan bekas pesakit COVID. Kita kena lebih terbuka dan menerima.

“COVID akan berada bersama kita jadi kita kena belajar hidup dengannya. Berapa lama? Saya tak tahu. Mungkin lima tahun atau lebih atau kurang.

“Saya juga ingin ingatkan kepada rakyat Malaysia, COVID bukan satu-satunya penyakit yang ada di dalam buku teks perubatan.

“Semua orang takut COVID, makan vitamin C bergelen-gelen, pakai pelitup muka berlapis-lapis tetapi tidak kawal pengambilan gula, tidak peduli berapa banyak karbohidrat yang diambil, tidak bersenam dan tidak membuat ujian saringan kanser walaupun berisiko tinggi.

“Jadi tolonglah amalkan gaya hidup sihat secara menyeluruh dan sentiasa peka dengan penyakit-penyakit yang lain. Lakukan pemeriksaan kesihatan sekerap yang boleh.

“Saya juga nak ambil kesempatan sempena bulan Oktober mengenai kesedaran kanser payudara supaya wanita di luar sana untuk membuat pemeriksaan kendiri payudara dan juga ultrasound supaya kita dapat mengesan lebih awal. 

 

Tentang Kerjaya

Sepanjang saya berbual dan meneliti peribadi Dr Malar, boleh saya simpulkan bahawa dia seorang yang begitu berkeyakinan tinggi dan tahu apa yang dimahukannya. Ternyata benar tekaan saya apabila kami mula berbicara mengenai penglibatannya dalam bidang perubatan. 

“Pada mulanya saya telah menyambung pelajaran dalam bidang akaun, tetapi selepas dua minggu saya berhenti dan beritahu keluarga saya mahu menyambung pelajaran dalam bidang perubatan.

“Keluarga saya bukanlah keluarga yang senang. Bapa saya beritahu jika saya mahu lanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, dia terpaksa gadaikan rumah yang kami diami. Lalu saya berkata kepadanya teruskan. Dan ternyata saya membuat keputusan yang tepat.”

Namun kata Dr Malar, untuk menjadi seorang doktor, banyak pengorbanan yang perlu dilakukan terutamanya dari segi masa. 

“Mungkin ramai beranggapan menjadi doktor ini sebenarnya sesuatu yang sangat menyeronokkan dan glamor. Sebenarnya banyak pengorbanan yang perlu dilakukan.

“Anda akan tertinggal banyak majlis penting. Tetapi anda juga akan mendapat banyak kepuasan dari kerjaya ini. Anda akan bertemu dengan ramai orang dari pelbagai latar belakang berbeza. Personaliti manusia sangat berlainan apabila mereka sakit ataupun lapar. 

“Tujuan utama saya menjadi seorang doktor adalah kerana saya tidak boleh bekerja dengan mesin ataupun komputer. Saya nak berkerja dengan manusia.

“Tetapi untuk menjadi seorang doktor anda perlu mesra dengan orang kerana dari situ anda akan dapat mengenal pasti diagnosis yang betul tentang pesakit. 

“Ramai juga sebenarnya di luar sana yang suka jadi doktor tetapi takut darah dan jarum. Semua ketakutan itu boleh diatasi. Saya sendiri pada mulanya seorang yang takut darah.

“Sewaktu di universiti, saya akan pengsan setiap kali melihat darah sehinggalah tahun ketiga. Rakan sekelas saya dah naik menyampah dengan saya setiap kali saya pengsan dalam bilik pembedahan,” kongsinya.

Walaupun sudah berjaya sebagai seorang doktor, namun Dr. Malar tetap mempunyai impian untuk menyambung pelajaran dalam bidang lain untuk menambah ilmu pengetahuannya. 

“Sebab saya dah berjaya capai cita-cita pertama saya, lepas ini mungkin saya ingin ambil ijazah dalam bidang lain pula sebagai contoh bidang perundangan ataupun IT kerana saya mahukan ilmu itu.

“Tetapi tunggu dululah bila anak-anak saya sudah besar sedikit,” katanya mengakhiri perbualan.

 

 

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA – GETARAN

Wajah TARA : Dr Malar Santhi Santherasegapan

Pengarang Urusan : M. Zulkifli Abd Jalil

Penyelaras : Shah Shamshiri

Teks : Helmi Anuar

Suntingan Teks:  Ili Farhana

Penata Gaya : Chandra Shegar

Pembantu Penata Gaya : Mursh Mat Som

Busana & Aksesori : Ishiz Studio

Solekan & Dandanan : Chandra Shegar

Jurugambar : Mohd Azim Rahman

Juruvideo : Syeda Imran

Penerbit Video : Sara Mack Lubis

Penyunting Video : Muharram Kasim

Rekaletak: Hanif Zahari

Lokasi :  Hotel Eastin Kuala Lumpur

Isu Pada

Fenomena Doktor Malar

30 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

2

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

3

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

4

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

5

Aktiviti Gunung Berapi Cetus Pemindahan Ratusan Orang Di Sulawesi Utara Indonesia

6

Pinjaman RM1.8 Bilion Dipindahkan Ke Luar Negara Tanpa Usaha Wajar โ€“ Saksi

7

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini โ€“ Rafizi