Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


13 Penyanyi Berkumpulan Wanita Malaysia Dari 80-an Sehingga Kini

Penyanyi berkumpulan wanita tidak begitu ramai di Malaysia namun kehadiran mereka tetap mencetuskan fenomena tersendiri.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2021 11:45AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi berkumpulan wanita sememang sering mendapat tumpuan ramai kerana selain mempertaruhkan bakat, rupa paras setiap anggotanya juga antara salah satu faktor mengapa mereka diminati.

Penyanyi berkumpulan wanita dilihat semakin menyerlah sejak akhir-akhir ini. Terima kasih buat industri muzik Korea Selatan K-pop yang menaikkan martabat penyanyi berkumpulan wanita seperti Blackpink, Twice, Wonder Girls, Girls Generation dan banyak lagi.

Di Barat, kumpulan seperti Spice Girls pernah menawan dunia dengan lagu-lagu mereka yang catchy serta gaya mereka yang ranggi.

Di Malaysia pula tidak kurang hebatnya. Sejak dari tahun 80-an lagi, kita sudah mempunyai penyanyi berkumpulan wanita. Namun kebangkitan sebenar penyanyi berkumpulan wanita di Malaysia bermula pada tahun 90-an.

 

Cenderawasih

Kumpulan Cenderawasih merupakan kumpulan yang dianggotai oleh dua adik-beradik iaitu Helen dan Irene Savari. Mereka popular sekitar tahun 80-an menerusi lagu ‘Deritamu Deritaku’.

Biarpun bukan beragama Islam, namun kumpulan ini pernah merakamkan sebuah lagu raya yang berjudul ‘Bersama Di Hari Raya’ yang masih diputarkan di corong-corong radio sehingga ke zaman ini setiap kali musim perayaan menjelang. 

 

Feminin

Tanyalah anak-anak muda di era 90-an, siapa saja yang tidak kenal dengan kumpulan Feminin yang dianggotai oleh lima wanita cantik iaitu As, Yatie, Watie, Deq Nor dan Along.

Lagu dan fesyen Feminin menjadi fenomena pada ketika itu. Besar sungguh pengaruh Feminin sehingga ramai gadis mahu memotong rambut seperti gaya mereka.

Feminin juga menjadi satu-satunya artis berkumpulan yang dilantik sebagai duta sabun Lux. Antara lagu popular Feminin yang menjadi siulan sehingga kini ialah ‘Kini’ dan ‘Untukmu’.

Feminin juga merupakan pemenang Anugerah Industri Muzik (AIM) edisi yang pertama untuk kategori Artis Baru Berkumpulan Terbaik. 

 

Elite 

Selepas era Feminin berakhir, muncul pula sebuah kumpulan baru dianggotai oleh lima gadis cantik lagi seksi yang mempertaruhkan muzik yang lebih moden.

Elite yang dianggotai oleh Azza, Abby, Watie, Shasha dan Linda ini merupakan artis berkumpulan wanita di bawah label KRU dan menjadi sensasi baru dalam sekelip mata!

Kesemua mereka mempunyai pakej yang lengkap bukan sahaja sebagai penyanyi, malah sebagai pelakon. Pernah bertukar anggota, baru iaitu Fiza dan Hana namun anggota asalnya tetap paling diingati.

Antara lagu mereka yang popular ialah ‘GIG’, ‘Tamparan Wanita’, ‘Trauma’ dan ‘Manisnya Senyumanmu’.

 

Res2

Ditubuhkan pada tahun 1992, Res2 merupakan artis berkumpulan pertama syarikat rakaman terkenal Suria Record. Dianggotai oleh Erin, Baby Arin, Umie, Watie, Yatie dan Dida, Res2 pernah popular dengan lagu ‘Kepastian dan Pengertian’.

Sepanjang bergelar artis rakaman mereka telah berjaya menghasilkan tiga buah album sebelum berpecah pada tahun 1997. Selepas itu hanya Baby Arin yang menyerlah  sebagai pelakon dan membintangi filem Gemerlapan

 

Msteen 

Kumpulan wanita pertama yang mempertaruhkan muzik bergenre rap untuk album pertama mereka. Msteen dianggotai oleh lima remaja cantik iaitu Intan Azura, Jaja, Dilla, Myra dan Shankey.

Bakat mereka mula dikenalpasti sewaktu menyertai pertandingan Street Rap yang diadakan di Pasar Budaya, Kuala Lumpur pada awal 1993.

Biarpun tidak memenangi pertandingan itu, bakat mereka telah menarik minat syarikat rakaman Denoris Records yang menawarkan kepada mereka untuk menjadi artis rakaman.

Bagi melengkapkan kumpulan ini, Fadillah Ali (Dilla) dipanggil menyertai kumpulan itu. Sebelum M'steen, Dilla merupakan peserta pertandingan akhir Asia Bagus 1992. Kesemua ahli kumpulan M'steen ketika itu berusia 16 tahun.

Namun selepas berpecah, hanya Intan Azura sahaja yang aktif sebagai pelakon drama. Antara lagu Msteen yang menjadi siulan anak muda satu ketika dahulu ialah ‘Kembalilah Kasih’.

 

Freshies 

Kumpulan Freshies telah ditubuhkan pada tahun 1992 dan dianggotai oleh empat gadis cantik iaitu Ina, Ejie, Shima dan Melor. Mereka membawakan genre muzik pop dan rap.

Antara kelebihan kumpulan Freshies ialah mereka mampu menyanyikan secara langsung dengan baik tanpa perlu ‘miming’. Pada asalnya mereka merupakan penyanyi latar untuk kumpulan Wings.

Mereka juga pernah menjadi penyanyi latar untuk Datuk M. Nasir sewaktu beliau membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu 1994 menerusi lagu ‘Tanya Sama Itu Hud Hud’.

Pada penghujung 1996, Ina dan Shima telah mencari haluan masing-masing. Shima menjadi pramugari syarikat penerbangan MAS. Ina pula mengeluarkan album solo.

Ejie telah mendirikan rumah tangga manakala Melor pula meneruskan kerjaya sebagai penyanyi profesional dan menyertai kumpulan NRG di kelab tersohor di sekitar Malaysia dan Asia. Ina juga pernah berkahwin dengan Shah Slam.

 

EVA

‘Bulan Cinta’ merupakan lagu yang memperkenalkan kumpulan EVA di persada muzik Malaysia.

EVA yang dianggotai oleh Linda, Izzu, Rina dan Mimi ini muncul di saat lagu dangdut sedang menguasai industri muzik Malaysia, menjadikan mereka satu-satunya penyanyi berkumpulan wanita yang mempertaruhkan genre dangdut.

Lagu ‘Bulan Cinta’ juga berjaya membawa mereka ke pentas Anugerah Juara Lagu 1996. Tahun lalu mereka kembali menggegarkan industri hiburan selepas menyertai ‘Gegarvaganza’ musim ke-7.

 

Candy

Barangkali satu dari dua atau tiga kumpulan rock Malaysia yang dianggotai oleh semua ahli wanita iaitu Patricia Robert (Vokal dan gitar utama) Mary Morss (gitar utama dan vokal), Cornie Sangid (dram dan vokal) dan Nancy Graggory (bass dan vokal).

Kumpulan yang berasal dari Bumi Kenyalang ini membuat debut mereka pada tahun 1997. Lagu ‘Akan Ku Tunggu’ telah berjaya mencuri tumpuan peminat muzik tempatan dan masih relevan sehingga ke hari ini.

Nama Candy juga dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai band pertama yang dianggotai oleh semua ahli wanita.

 

X-Pose

Kumpulan X-Pose telah dianggotai oleh Julia Hana, Arny Yuslina, Ros Idayu dan Noremi Suziana. Mereka pernah menghasilkan sebuah album yang diberi judul Sonik pada tahun 2001.

Namun kumpulan ini tidak bertahan lama. Hanya Julia yang menonjol sebagai pelakon filem dan drama. 

 

Lips

Kumpulan Lips membuat debut mereka dengan lagu ‘Cinta Pudar’ pada tahun 2006 di saat industri hiburan Malaysia sedang dikuasai oleh bakat-bakat yang lahir dari program realiti.

Dianggotai oleh tiga gadis cantik iaitu Oshin, Adila dan Shela, kumpulan Lips sepi selepas muncul dengan hanya beberapa buah single.  

 

De Fam

Setelah lama industri muzik tanah air ketandusan penyanyi berkumpulan wanita, tiba-tiba muncul sebuah kumpulan baru yang dikenali sebagai De Fam pada tahun 2015.

De Fam dianggotai oleh tiga wanita cantik, Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana. Kesemua mereka mampu menyanyi dan membuat persembahan dengan lincah di atas pentas.

De Fam juga pernah beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu menggantikan Altimet menyampaikan lagu ‘Bunga’. Antara lagu popular mereka ialah ‘Supergirls’ dan ‘Panas’.

 

Dolla

Kumpulan Dolla muncul disaat demam K-pop sedang melanda seluruh dunia sehinggakan kumpulan yang dianggotai oleh empat gadis jelita ini disamakan dengan kumpulan K-pop terkenal, Blackpink. 

Berita mengenai kumpulan yang terdiri daripada Tabby, Sabronzo, Angel dan Sasha ini turut dipaparkan di media massa Korea Selatan.

Tahun ini mereka sekali lagi menjadi bualan selepas wajah mereka terpampang di salah satu skrin digital di Times Square New York.

Antara lagu Dolla yang berjaya mencuri tumpuan ialah ‘Dolla Make You Wanna’, ‘Impikan / Watch Me Glow’, ‘Berani’ dan sebuah lagu raya yang berjudul ‘Raya Raya Raya’. 

 

Nona

Paling ‘junior’ dalam senarai ini. Nona membuat debut mereka ke persada seni tanah air pada tahun 2021.

Nona dianggotai oleh tiga gadis cantik iaitu Raja Nuraizureen Raja Azahari (Nona Raja), Angela Low Kar Yee (Nona Lela) dan Erika Rianty Anthony (Nona Rika). Rika merupakan salah seorang peserta 'Mentor Milenia' di mana mentornya adalah Stacy.

Kumpulan Nona merupakan artis di bawah syarikat Akin dan Stacy. Single pertama mereka iaitu ‘Kasuari’ sehingga kini telah berjaya mendapat 254 ribu jumlah tontonan. - Getaran, 24 Oktober 2021.

Gambar : Pelbagai sumber Internet

Isu Pada

Rizal Rasid – Tentang Kesihatan Mental

23 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

2

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

3

PM Doakan Faisal Halim Segera Sembuh Dan Kembali Teruskan Perjuangan Bola Sepak

4

Hidup Bersama Secara Aman Antara 10 Resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama

5

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

6

Gaji Polis, Bomba Patut Naik Lebih Tinggi - Teresa Kok

7

KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah