Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jangan Marah Orang Nak Bergaya

Biar papa asalkan bergaya, bukan? Bukan orang saja mau melaram, malah kereta dan motor juga boleh 'dibikin.'

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2021 9:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gaya adalah ketrampilan individu, baik dari segi pemakaian, budi bicara atau pertuturan, mahupun aksesori yang dipakai.

Contohnya, saya suka berpakaian kasual seperti seluar dungari (jeans) dan kemeja-T. Kononnya saya mahu kelihatan simple, approachable dan juga marhaen.

Realitinya, saya rimas bila memakai seluar kain lembut (slacks) atau kemeja berseterika.

Ada yang menghabiskan ribuan RM untuk membeli baju, seluar, kasut, jam, handbag, tali pinggang dan pelbagai lagi aksesori.

Sebelum anda hendak jatuhkan hukuman bahawa mereka ini membazir, biar saya kongsikan dahulu satu fakta ini.

'Gaya' atau lebih tepat lagi, “lifestyle” atau gaya hidup adalah penyelamat terbesar industri automotif dan elemen itu cukup sebati di dalam semua produk-produk beroda di dalam pasaran.

Anda mengidam SUV seperti Honda CR-V, atau Mazda CX8, atau Range Rover Velar walaupun 'offroad' paling ganas yang bakal anda tempuhi adalah ruang parkir di bawah pokok ketapang bersebelahan dengan warung Jenab Janda Berhias.

Cik abang kita menghabiskan ribuan RM untuk menghias trak pikap. Segala macam besi dipasang dan tayar yang dari jauh macam diambil dari traktor JCB. Realitinya, pergi meredah hutan belakang taman perumahan, setahun sekali.

Kenderaan roda dua juga sama perangainya.

Motosikal dipasang kotak-kotak besi macam nak jual ais krim, tapi sebenarnya tak pernah jejak jalan berdebu dan lebih banyak pergi minum teh di mamak.

Ada yang tak habis-habis ke bengkel, agar skuter mereka lebih laju walhal makcik yang memandu Perodua Axia boleh memotong dengan sebelah tangan sahaja.

Fenomena ini bukan sahaja berlaku di negara kita, tetapi ia adalah satu kejadian global di mana semua orang berbangga dengan kebolehan kenderaan masing-masing, walaupun tidak semestinya mereka sendiri yang akan melakukannya.

Konsep ini menjana pendapatan kepada pembuat kenderaan dan juga industri aksesori atau industri 'aftermarket' (tayar, bateri, alat ganti, aksesori dan sebagainya).

Menurut Fortune Business Insight, pasaran global untuk industri aftermarket bernilai USD 215 bilion pada tahun 2018 dan dianggarkan akan meningkat kepada USD 288 bilion menjelang 2026.

Ini bukan pasaran yang calang-calang dan ia disokong oleh konsep gaya hidup yang saya kongsikan awal tadi.

Jadi bila anda melihat kedai-kedai aksesori kenderaan di sekitar anda, ingatlah nilai mereka dalam pasaran global ini kerana cukai yang datang dari pendapatan perniagaan tersebut membantu negara untuk membina prasarana bagi kemudahan masyarakat.

Dalam masa yang sama, bila ada netizen berkata pihak JPJ memulakan operasi saman-menyaman itu kerana “gomen tak cukup duit”, jangan mudah percaya kerana sumber pendapatan terbesar JPJ ialah dari pendaftaran kenderaan, termasuk bidaan-bidaan nombor plet.

'Membikin' itu menjana pendapatan negara sebenarnya! - Getaran, 28 Februari 2021

Semua gambar: Careta.my

Isu Pada

Syahir Rosdi

27 Feb 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Nissan Akan Jual Kilang Selepas Memilih Untuk Keluar Dari Pasaran Rusia

2

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan Tamat 30 Jun

3

Semasa 1 tahun yang lalu

3,725 Kenderaan Chevrolet, SAAB Di Malaysia Dipanggil Balik Bagi Penggantian Inflator Beg Udara

4

TARA 2 tahun yang lalu

5 Kereta Mewah Hasil Kolaborasi Jenama Fesyen Dan Automobil Terkemuka

Sorotan

1

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

2

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

3

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

5

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

6

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

7

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya