Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2021 3:08PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Street Food Asia’ (Netflix)

Bila kerajaan sudah beri keizinan untuk rentas negeri dan negara ini, mesti ada yang tengah rancang nak pergi food hunting kan? Bagi mendapatkan semula mood anda, apa kata anda tonton rancangan siri dokumentari makanan di Netflix bertajuk ‘Street Food Asia’. 

Mereka akan membawa anda meneroka makanan jalanan seterusnya memberikan pendedahan kepada kita bagaimana setiap makanan itu mempunyai kaitan yang sangat akrab dengan budaya masyarakat. 

Dalam dokumentari sembilan siri ini juga, anda akan dibawa mendalami kisah peribadi tukang masak dari negara Asia iaitu Thailand, Jepun, India, Yogyakarta, Taiwan, Korea Selatan, Vietnam, Singapura dan Filipina. Siri ini juga pernah menjadi kontroversi kerana Malaysia tidak tersenarai dalam dokumentari ini. Sayang sekali.

Apapun, semoga siri ini dapat memberi anda semangat merancang lokasi tempat makan yang ingin anda jelajahi. - Wafa Aula

 

Britney VS Spears (Netflix)

Kisah duka dan lara puteri pop, Britney Spears didedahkan satu persatu oleh wartawan yang dikenali sebagai Jenny Eliscu dan pembikin filem, Erin Lee Carr dalam filem dokumentari Britney Vs Spears. 

Bagaimana hidup seorang penyanyi yang pernah digelar artis paling popular di dunia dieksploitasi dengan begitu kejam oleh media barat dan keluarganya sendiri sehingga dia hilang kesemua hak untuk menjadi diri sendiri.

Ada yang berpendapat apa yang dilalui Britney selama 13 tahun adalah ibarat mayat yang tidak berdaya melakukan apa-apa.

Britney tidak mempunyai kuasa untuk menguruskan banyak hal peribadi termasuklah tidak boleh menggunakan wang sendiri, menguruskan media sosial dan bertemu orang lain.  Segalanya dikawal oleh bapanya selama 13 tahun.

Jika anda merupakan peminat setia Britney, sediakan tisu sebelum anda menonton dokumentari ini kerana tanpa anda sedari, air mata sudah jatuh di pipi melihat setiap penderitaan yang dialami penyanyi pop ternama ini. - Helmi Anuar

 

‘Atypical’ (Netflix)

Semenjak tayangan drama siri, ‘Atypical’ pada tahun 2017 di Netflix, ia sering menjadi bahan bualan ramai. Penuh dengan informasi tentang spektrum autisme, siri ini juga memberi gambaran yang realistik tentang kehidupan seorang yang menghidapi penyakit itu. 

‘Atypical’ mengikuti kehidupan Sam Gardner dari zaman sekolah hinggalah ke zaman universiti. Mengangkatkan tema kekeluargaan, siri ini juga menekankan tentang kepentingan persahabatan dan juga percintaan dalam kehidupan. 

Kehadiran siri ini pastinya akan mengingkatkan kita semua dengan drama sitcom ABC, ‘Speechless’ yang menampilkan seorang watak yang mengalami penyakit cerebral palsy.

Bagi penulis, siri ini berjaya menangkap perasaan dan pandangan dunia dari perspektif seorang autistik. Malah ia juga sangat membuka mata penonton kepada cabaran yang dihadapi oleh mereka serta pembentukan identiti ketika meningkat usia. - Sara Mack Lubis

 

‘Lovers of the Red Sky’ (Viu)

‘Lovers of the Red Sky’ antara drama Korea Selatan paling dinanti tahun ini. Mempertaruhkan bintang muda popular Kim Yoo Jung dan Ahn Hyo Seop selaku teraju utama, drama romantik fantasi berlatarbelakangkan zaman pemerintahan Dinasti Da ini mendapat perhatian seantero dunia.

Karya ini adalah adaptasi novel judul serupa tulisan Jung Eun Gwol. Sebelum ini dua karya Eun Gwol turut diangkat ke layar kaca dan menjadi hit iaitu ‘Moon Embracing The Sun’ pada 2012 dan ‘Sungkyunkwan Scandal’ pada 2010 .

Diarahkan sutradara Jang Tae Yoo yang sebelum ini terkenal dengan dengan drama romantik fantasi terkenal ‘My Love from the Star’, ramai meletakkan harapan tinggi terhadap karya ini.

Drama ini mengisahkan perjuangan panjang Hong Chun Gi dan Ha Ram apabila syaitan dan dewa campur tangan dalam hidup mereka.

Insiden dahsyat yang berlaku dalam istana mengakibatkan Ha Ram buta manakala Hong Chun Gi yang dilahirkan buta pula pula tiba-tiba dapat melihat. Sejak itu, kehidupan dua kanak-kanak ini berubah secara total.

Jika mahu mengetahui misteri dan konflik yang menghantui dua watak bersilang takdir ini, anda boleh menontonnya di saluran penstriman popular Viu. - Shakilawati Abdul Rahman

 

‘Korean Cold Noodle Rhapsody’ (Netflix)

Penulis cukup suka menonton rancangan tentang masakan Asia yang dibuat oleh penerbit Asia.  Hasilnya selalu lebih menarik dan rasa jauh lebih dekat di hati berbanding rancangan masakan Barat. 

‘Korean Cold Noodle Rhapsody’ yang dipandu oleh cef selebriti Korea Selatan, Baek Jong-won ini memang cukup kena dengan cita rasa penulis. 

Naengmyeon atau mi dingin yang dihidangkan di serata Korea (Utara dan Selatan) mempunyai pelbagai variasi yang dipengaruhi oleh lokasi, sejarah dan keadaan semasa. 

Walaupun cuma dua episod, dokumentari ini padat dengan pelbagai maklumat yang menarik dan visual yang mengiurkan. 

Hidangan yang kelihatan ‘simple’ ini mempunyai sejarah yang cukup menarik dan ia dikupas satu persatu oleh pakar sejarah makanan tempatan dan pengkritik makanan. Cara membuatnya juga tidaklah mudah sama sekali. 

Selamat menonton dan semoga tidak terlalu lapar usai setiap episod. - Ili Farhana - Getaran, 17 Oktober 2021

Isu Pada

Dynas Tiada Gentar

16 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

3

Filem & TV 3 bulan yang lalu

Pengarah, Pelakon W : Two Worlds Mohon Maaf Gara-Gara Adegan Bercium

4

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

Sorotan

1

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

2

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

3

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

5

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

6

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

7

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM