Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Serba Digital: Generasi Baharu, Gaya Pembelajaran Baharu

Gaya dalam pendidikan dan pembelajaran generasi ini berbeza dengan apa yang biasa dilakukan oleh generasi yang dahulu. Gen Z adalah generasi yang hidup di era digital.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2021 2:51PM

Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Generasi baharu yang ada dalam dunia sekarang iaitu Gen Z atau Generation Net adalah generasi yang hidup semasa zaman perkembangan teknologi maklumat dan era digital. 

Oleh itu, gaya dalam pendidikan dan pembelajaran generasi ini berbeza dengan apa yang biasa dilakukan oleh generasi yang dahulu, yang mungkin sekarang adalah pendidik kepada generasi baharu ini.  

Mari kita lihat dan kenali gaya pembelajaran generasi Z yang sekarang merupakan pelajar kolej atau universiti yang berumur sekitar 18-22 tahun. Bagaimana kelakuan mereka semasa belajar dan bagaimana cara mereka belajar.  

Generasi baharu ini kelihatan yakin pada diri sendiri, celik teknologi dan suka kepada perkara yang menyeronokkan. 

Mereka merupakan golongan yang mampu menguasai media sosial, mempunyai kemahiran interpersonal dalam alam maya dan boleh menerima perubahan serta mengutamakan praktikal berbanding teori dan pengetahuan.  

Generasi ini lebih memberi tumpuan kepada visual dan alam maya atau lebih suka hadir dalam talian dan alam maya berbanding kehadiran fizikal dalam alam realiti.

Untuk generasi ini, komputer bukan lagi teknologi  yang  membuatkan mereka teruja tetapi sebagai peranti atau satu perkakas yang biasa dengan mereka.  

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Anak-anak Generasi Z ini melihat kegagalan sebagai kaedah terpantas untuk belajar. Mereka berani mencuba dan tidak takut pada kegagalan. Mereka juga suka kepada cabaran dan  pengalaman baharu. 

Oleh itu, mereka berani mencuba benda baharu tanpa mengira bahawa ia akan memberi kejayaan atau sebaliknya kerana pada pandangan mereka, itu semua adalah proses pembelajaran.   

Mereka mampu melakukan banyak perkara pada masa yang sama dan multitasking adalah perkara biasa dalam kehidupan mereka. Apa yang generasi ini tidak boleh terima ialah sistem yang lembab, prosedur yang banyak serta  kelewatan tindakan

Dari ciri-ciri dan tingkah laku generasi baharu seperti yang dinyatakan di atas,  kesannya ialah proses dan gaya pembelajaran generasi ini telah berubah.  

Mereka mahu belajar apa yang mereka hendak tahu bukan belajar apa yang dikehendaki oleh orang lain. Ini kerana generasi ini lebih memberi fokus kepada perkara praktikal dan bukannya pengetahuan.  

Pengetahuan yang ingin diketahui dan berguna serta praktikal pada pandangan mereka adalah apa yang mereka minati dan dapat praktikkan dalam kehidupan mereka. 

Mereka juga ingin belajar melalui pengalaman sendiri bukan sekadar menghafal fakta atau membaca nukilan pengalaman orang terdahulu. Mereka suka belajar  melalui aktiviti  lebih daripada hanya membaca atau mendengar apa yang disampaikan dalam bentuk syarahan.

Generasi ini juga suka mengemukakan idea serta cadangan. Jadi, perlu beri peluang kepada mereka untuk mempersembahkan idea dan memberikan pandangan. 

Mereka juga perlukan maklum balas segera dan tidak boleh menunggu lama untuk mendapatkan apa-apa keputusan. Sebab itulah mereka sering kelihatan sentiasa berada dalam talian untuk mendapatkan maklum balas mengenai permintaan mereka. 

Mereka inginkan gaya pembelajaran yang berbeza dengan gaya lama  yang telah diamalkan berabad-abad dahulu.  

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Generasi ini bersedia untuk belajar melalui cara baharu atau menggunakan media sosial sebagai alat untuk pembelajaran kerana mereka sudah biasa dan membesar dengan sistem digital. 

Mereka lebih suka bergerak dan belajar pada tempat yang berlainan bukan tertumpu dalam satu bilik kelas. 

Oleh itu, mereka lebih suka membaca melalui skrin mudah alih daripada membaca buku teks tradisional kerana peralatan digital membolehkan mereka mengakses maklumat di mana pun mereka berada. 

Mereka juga inginkan pembelajaran yang memberangsangkan dan yang boleh memotivasikan mereka untuk terus belajar. 

Walaupun pembelajaran gaya digital seperti pembelajaran secara dalam talian telah dilaksanakan, namun bagi mereka, ini tidak mencukupi.

Mereka perlukan pembelajaran dan permainan yang disatukan dalam bentuk gamifikasi dan bukan sekadar syarahan dan persembahan yang hanya menggunakan alat digital. 

Mereka mahukan minda yang selalu diaktifkan dengan maklumat berserta keseronokan dalam pembelajaran yang membolehkan mereka terangsang dan mempunyai motivasi untuk terus belajar.

Terima atau tidak, inilah perubahan masa dan perbezaan generasi dahulu dan kini. 

Oleh itu, perlu ada perubahan dalam proses pembelajaran bagi memastikan ia berkesan dan sesuai untuk generasi ini.

Gambar Hiasan. Gambar Fail Bernama
Gambar Hiasan. Gambar Fail Bernama

Gaya pengajaran seperti dahulu tidak boleh diguna pakai sepenuhnya lagi. Kalau tidak dapat mengubah sepenuhnya, sekurang-kurangnya perubahan berlaku secara beransur-ansur.

Jika gaya lama masih digunakan, boleh jadi generasi ini tidak berminat serta rasa bosan untuk mencari ilmu dan menimba pengalaman. 

Kesannya mereka akan mencari dan meneroka sendiri daripada sumber-sumber yang tidak benar dan mungkin belum dibuat tapisan. Akhirnya membawa kepada kesan yang buruk terhadap generasi ini dan generasi akan datang.

Gaya pembelajaran generasi baharu menjadi cabaran kepada generasi lama yang menjadi pendidik kepada generasi ini. 

Generasi dahulu yang membesar sebelum zaman perkembangan digital atau pra digital menghadapi masalah untuk mengakses teknologi, menggunakan aplikasi serta peranti canggih dan terkini dalam pengajaran.

Ini menimbulkan sedikit masalah dalam menyampaikan pengetahuan kepada generasi baharu. 

Pengajaran dan pembelajaran telah berubah lantaran dunia dikejutkan dengan pandemik.

Jika tiada pandemik, pendidikan di negara kita tetap perlu bergerak dan berubah kepada gaya pengajaran dan pembelajaran yang lebih relevan dengan generasi baharu ini. 

Gambar Hiasan. Gambar Fail Bernama
Gambar Hiasan. Gambar Fail Bernama

Dunia semakin menuju ke hadapan dan gaya pembelajaran generasi baharu semakin berubah. Begitu juga peralatan baharu dalam dunia digital pun semakin bertambah.   

Oleh itu, selain perlu mahir IT, pendidik juga  perlu mempelbagaikan gaya pengajaran dan perlu lebih peka kepada perubahan dan transformasi pendidikan. 

Pendidik perlu tahu segala perubahan, keperluan dan kehendak generasi baharu ini supaya dapat bersedia dengan gaya pengajaran yang sesuai dengan mereka bagi membentuk dan melahirkan generasi cemerlang secara holistik termasuk dari segi akademik, kokurikulum serta sahsiah.

Kesimpulannya, perlu ada perubahan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran yang telah diamalkan selama beratus-ratus tahun dahulu. 

Sistem ini perlu berubah, tingkah laku dan gaya pengajaran yang dilakukan oleh pendidik juga perlu berubah. 

Perubahan ini penting bagi memacu dunia tanpa sempadan ini untuk bergerak ke hadapan bersesuaian dengan perkembangan teknologi masa kini dan bertepatan dengan kehendak generasi baharu. - Getaran, 10 September 2021

Semua gambar hiasan: Gambar fail Getaran, kecuali tertera

Isu Pada

Ummi Nazeera: Tak Pernah Berhenti

09 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

27 Tapak Projek JENDELA Di Negeri Sembilan Siap Dibina

2

Semasa 1 bulan yang lalu

PEDi Dikenali Sebagai Nadi, Mulai 1 Mac - Fahmi

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Penyertaan UK Dalam Perjanjian Trans-Pasifik Buka Peluang Kepada Malaysia - Fahmi

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Berusia 56 Tahun, Bernama Terus Komited Menjadi Sumber Berita Nombor 1 Negara

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan