web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Senang Hati, Ke Sana Sini Di Sydney

Kota Sydney di Australia, merupakan tempat terbaik untuk berkenalan dengan negara ini sambil menikmati tarikan pelancongan yang ada.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2021 6:31PM

Sydney Opera House

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bercuti merupakan salah satu perkara yang sangat diidamkan oleh ramai pelancong tegar yang terperuk di rumah gara-gara wabak yang melanda dunia.

Dengan berita sempadan antarabangsa yang mungkin akan dibuka tidak lama lagi bagi tujuan wisata, tiada salahnya merancang dahulu bukan?

Ada yang berkata, lebih jauh lebih seronok namun untuk pergi lebih jauh, perbelanjaannya biasanya lebih besar. Ramai yang teringin ke Eropah dan melihat cara hidup ‘Orang Putih’ atau warga barat.

Kalau mempunyai hajat sebegitu tapi tidak mahu mengeluarkan perbelanjaan yang terlalu besar, janganlah gusar. Ada alternatif lain yang lebih dekat dan tidak semahal Eropah atau Amerika. Dan negara yang dimaksudkan adalah Australia. 

Australia sebuah negara yang cantik dan mempunyai antara flora dan fauna paling unik di muka bumi. Seperti diketahui umum, kanggaru dan koala hanya wujud di negara ini, jadi jika ingin melihat kedua-dua haiwan ini, haruslah berkunjung ke Australia.

Dan kota Sydney di Australia, merupakan tempat terbaik untuk berkenalan dengan negara ini, ia juga salah satu bandar raya paling popular di rantau Asia Pasifik dan juga dunia sejagat.

Buat yang baru pertama kali ke Sydney, anda boleh memulakan penjelajahan paling mudah dan cepat dengan menaiki The Big Bus (Hop- On Hop-Off Tour).

The Big Bus di Sydney
The Big Bus di Sydney

Persis bas Hop-On Hop-Off di Kuala Lumpur, bas ini memberikan perkhidmatan lawatan pelancongan ke seluruh kawasan utama Sydney serta persekitarannya.

Ini termasuklah kawasan pusat dan juga pantai Bondi yang sering menjadi tumpuan orang ramai. Anda dapat menikmati keindahan kota Sydney sewaktu duduk di bahagian atas bas sambal diulit bayu yang meniup.

Bas ini bukan sahaja melalui tempat-tempat tersohor Sydney tetapi juga turut berhenti di setiap lokasi bagi para pelancong yang ingin menjelajah serta melihat dengan lebih mendalam.

Harganya juga tidak terlalu mahal dan merupakan pilihan terbaik untuk mereka yang ingin melawat Sydney dalam sepintas lalu.

Berbicara tentang tempat-tempat tersohor pula, salah satu tempat yang harus dikunjungi di pusat kota Sydney adalah jambatan Harbour atau lebih dikenali sebagai Sydney Harbour Bridge.

Harbour Bridge di Sydney
Harbour Bridge di Sydney

Jambatan yang terletak di Pelabuhan Sydney ini juga sudah menjadi lambang kota Sydney dan merupakan lokasi sambutan tahun baru paling popular di Australia.

Setiap tahun baru, percikan bunga api dapat dilihat memenuhi langit malam di jambatan ini. Dan ia memang romantis di waktu senja.

Lebih menarik, jambatan ini juga boleh dipanjat atau didaki. Sejak tahun 1998, Jambatan Harbour memulakan ‘Harbour Bridge Climb’ atau Pendakian Jambatan Harbour kepada orang awam termasuk penduduk tempatan serta para pelancong asing.

Penulis bersama pendaki Harbour Bridge lain
Penulis bersama pendaki Harbour Bridge lain

Walaupun ia digelar satu pendakian, namun ia tidak memerlukan anda untuk memanjat atau mendaki seperti di gunung atau bukit. Para pendaki hanya perlu melewati ratusan anak tangga untuk mencapai puncak jambatan di tengah.

Pemandangan ketika mengikuti Bridge Climb
Pemandangan ketika mengikuti Bridge Climb

Terdapat beberapa pilihan pendakian mengikut tahap yang mampu dilalui para pengunjung. Banyak juga pasangan yang sama-sama mendaki untuk mengabadikan kenangan manis, khasnya bergambar di puncak jambatan.

Ini kerana pemandangan yang dapat dinikmati di atas sana memang sukar diungkap dengan kata-kata.

Pemandangan Sydney sewaktu Bridge Climb
Pemandangan Sydney sewaktu Bridge Climb

Seluruh kota Sydney dapat disaksikan termasuklah satu lagi bangunan ikonik Sydney iaitu Rumah Opera Sydney atau Sydney Opera House. Jadi ia memang sesuai untuk yang sukakan sedikit cabaran.        

Sydney Opera House pula merupakan salah satu gedung tersohor Australia dan juga dunia. Bentuk bumbung uniknya yang mirip cangkerang, menjadikannya sebuah hasil seni bina yang mengagumkan.

Sydney Opera House
Sydney Opera House

Buat yang ingin tahu lebih lanjut, bolehlah mengikuti lawatan Sydney Opera House, di mana pengunjung yang menyertai diberi kesempatan untuk melihat apa yang ada di dalam bangunan popular ini.

Busana yang digunakan untuk pementasan di Sydney Opera House
Busana yang digunakan untuk pementasan di Sydney Opera House

Malah para pengunjung turut berpeluang mempelajari cara-cara pertunjukan dianjurkan. Ini termasuklah melihat teknik-teknik pementasan dan juga penggarapan tata busana serta kostum yang diguna pakai untuk persembahan.

Lebih romantis kalau dapat menyaksikan salah satu persembahan pentas yang dianjurkan sewaktu berada di situ. Dan sudah tentu jangan lupa untuk mengambil gambar dengan latar belakang bangunan ini. 

Antara dewan yang dilawati semasa Opera House Tour
Antara dewan yang dilawati semasa Opera House Tour

Untuk mereka yang ingin mencari kelainan, boleh cuba menyertai ‘Whale-Watching Cruise’ atau Pelayaran Melihat Paus bersama Fantasea Cruising.

Ini benar-benar satu pengalaman unik yang jarang ditemui di kota-kota lain dunia. Lewat pengalaman ini, para pengunjung berpeluang melihat paus secara dekat di lautan biru beberapa kilometer dari pelabuhan Sydney.

Pelayaran melihat paus oleh Fantasea Vessel Escapade
Pelayaran melihat paus oleh Fantasea Vessel Escapade

Ini berkat lautan Sydney yang juga laluan penghijrahan paus setiap tahun. Agak menakjubkan juga bila dapat melihat paus-paus ini naik ke permukaan samudera untuk bernafas.

Malah jika anda bertuah anda mungkin dapat menyaksikan paus meloncat naik dan terjun semula ke dalam laut sambal diiringi percikan air yang banyak.

Ada juga pelayaran yang lengkap dengan makan malam romantik, mengikut pakej yang dipilih. Jadi ini juga salah satu aktiviti yang sesuai untuk pasangan yang sedang berbulan madu.

Satu lagi destinasi wajib kunjung adalah Sydney Fish Market atau Pasar Ikan Sydney. Sungguhpun begitu, ia bukanlah pasar ikan biasa.

Sydney Fish Market
Sydney Fish Market

Selain dijaga kebersihannya dengan rapi, pasar ini juga menjadi tumpuan mereka yang ingin menjamu selera dan mencuba makanan laut segar (yang dijual di situ).

Terdapat ikan serta beraneka makanan laut yang digoreng dan dibakar untuk membuka selera pengunjung. Bukan sahaja sangat lazat tetapi setiap hidangan disediakan dengan mudah dan cepat.

Jadi para pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk menjamah makanan yang dipesan.

Makanan enak di Sydney Fish Market
Makanan enak di Sydney Fish Market

Makanan halal juga mudah diperolehi di Sydney kerana terdapat banyak restoran halal di seluruh bandar raya ini. 

Kalau untuk membeli-belah pula jangan lupa kunjungi Pitt Street yang meriah dengan aneka butik dan kedai barangan seperti ajnas jenama fesyen serta pelbagai produk keperluan lain. Ini termasuklah jenama-jenama mewah dunia yang disukai ramai.

Kawasan Pitt Street
Kawasan Pitt Street

Dan ini semua baru sedikit sahaja tempat-tempat menarik yang ada di Sydney. Jika ingin melihat lebih banyak tempat-tempat menarik, terbanglah ke Sydney, anda pasti tidak akan menyesal! - Getaran, 10 Oktober 2021

Semua gambar oleh Shah Shamshiri kecuali tertera

Isu Pada

Ummi Nazeera: Tak Pernah Berhenti

09 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

3 Tarikan Baharu Berasaskan Marin Di Australia Barat

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala ASEAN B-16: Malaysia Tewas 0-2 Kepada Australia

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Anwar Tarik Pelabur Australia Dan ASEAN, Kongsi Persekitaran Kondusif Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ada Potensi Luas Untuk Kukuhkan Perkongsian ASEAN - Australia - Anwar

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini