Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ummi Nazeera: Tak Pernah Berhenti

16 tahun di dalam industri, nama Ummi Nazeera masih menjadi buruan stesen televisyen dan rumah produksi. Bersamanya minggu ini bercerita tentang dua cintanya.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2021 9:00AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berkerudung biru gelap dengan secawan kopi di tangan, pelakon dan selebriti Ummi Nazeera muncul di lobi hotel dengan senyuman.

Istimewa sekali mengendalikan sesi penggambaran wajah TARA minggu ini kerana ia bertempat di Glenmarie Hotel & Golf Resort. Berbeza sedikit kerana selalunya sesi penggambaran hanya dilakukan sekitar pejabat kami.

Baru sahaja melahirkan puteri keduanya awal Jun lalu. Namun sekali pandang, pelakon drama ‘Cinta Yang Hilang Pulang’ itu hanya kelihatan seperti anak dara berumur awal 20-an.

Ditambah pula dengan peribadinya yang ramah dengan senyuman membuatkan suasana sesi penggambaran berlaku ceria dan mudah.

Ummi menyarungkan pakaian jenama Onitsuka Tiger dengan bantuan solekan dan penata gaya terkenal negara iaitu Saidatul Nisa dan Tym Fatimah. Segalanya yang terbaik diatur untuk seorang Ummi Nazeera.

 

Anak keutamaan Ummi Nazeera

Semenjak semakin ramai yang telah menerima suntikan vaksin, lebih banyak kemudahan dan aktiviti dibenarkan kerajaan.

Kita semua seolah-olah menarik nafas lega kerana boleh menikmati sedikit kebebasan setelah lama terkurung.

Ummi juga berkongsi perasaan yang sama dan mengakui sempat sedikit murung kerana terlalu lama berada di rumah namun syukurlah, segalanya terkawal. 

Melahirkan puteri keduanya bernama Aysha Arsylia  secara normal beberapa bulan lalu ternyata adalah momen bahagia sekali gus menambah seri dalam keluarga kecilnya bersama suami, Dr Mohd Izzar Anwari.

Kerana kasih sayang yang sangat kuat dan istimewa itulah, Ummi menolak beberapa tawaran berlakon demi memastikan setiap gerak-geri dan perubahan anaknya itu dapat disaksikan dengan matanya sendiri. 

“Tawaran berlakon memang banyak, alhamdulillah. Tapi saya tidak mahu menerima apa-apa lagi lakonan kerana beri fokus kepada anak. Ya, saya nak tunggu anak saya sampai dia boleh duduk dan makan sendiri. Sebagai ibu, saya kena pantau apa yang anak saya makan.

 “Tunggulah sampai umurnya sudah mencecah tujuh atau lapan bulan. Barulah saya akan ambil tawaran berlakon,” ceritanya yang juga merupakan alumni  RMIT University Melbourne, Australia.

Seperti ibu yang lain, Ummi sangat peka dan cermat dalam meneliti perkembangan anak-anaknya.

Puteri sulungnya iaitu Ayra Aneesah sudah memasuki usia 3 tahun. Negara pula sudah dilanda pandemik dua tahun berturut-turut.

Terdetik di hatinya mengenai keadaan anaknya yang membesar tanpa bergaul dengan rakan sebaya. 

“Anak sulung saya sudah memasuki usia tiga tahun. Tapi kadang-kadang risau juga jika dia tidak faham tentang kawan. Maklumlah, sebab COVID-19, jadi anak-anak kita tidak keluar bergaul.

“Ada satu ketika di mana saya bawa dia pergi taman permainan, dia nampak ada orang sebayanya juga sedang bermain. Kemudian dia jerit “Friend! Friend!

“Bagi mereka, kawan dikenali secara penjarakan sosial,” cerita Ummi.

Bukan itu sahaja, Ummi ada cara tersendiri membesarkan anaknya.

Dia akan meluangkan banyak masa dengan anaknya melakukan aktiviti seperti mewarna atau bersiar-siar di kawasan rumah bagi menghadkan penggunaan televisyen.

Bahkan, Ummi melarang anak-anaknya menggunakan gajet.

 

Lebih sedekad dalam industri

Pejam celik, rupanya sudah 16 tahun Ummi Nazeera berada di dalam industri.

Ketika penggambaran dibekukan akibat pandemik, Ummi memilih untuk menangguhkan tawaran lakonan demi memberi tumpuan kepada anak-anak.

Pelakon yang mula menyorot perhatian negara  menerusi drama ‘Nur Kasih’ pada tahun 2009 itu mengakui sangat rindu untuk beraksi di hadapan kamera. 

Bergelar pelakon dalam usia yang sangat muda iaitu 16 tahun, Ummi sudah bereksperimen dengan pelbagai jenis watak.

Kini, fokusnya terhadap bidang lakonan sudah berbeza. 

“Sekarang saya memilih rumah produksi dan juga jalan cerita yang ditawarkan.

“Ini kerana jika suasana penggambaran itu tidak menarik atau krunya tidak selesa dengan saya, sudah semestinya ia akan memberikan kesan terhadap lakonan dan cara saya bekerja. 

“Kalau dulu mungkin saya pentingkan watak. Ya, saya akui watak juga perlu difikirkan tapi kini saya lebih melihat kepada jalan cerita.

“Pada saya, berlakon bukan hanya tentang kita sahaja, tapi seluruh pasukan. Maka, saya utamakan mesej dan jalan cerita sebelum ambil apa-apa tawaran,” luahnya yang sangat menyukai filem yang mengangkat tema cinta dalam kekeluargaan.

Selain itu, nuansa industri hiburan tanah air turut berubah semenjak kehadiran media sosial.

Terdapat syarat yang diberikan stesen televisyen serta platform over-the-top (OTT) yang meminta pelakonnya mempunyai jumlah pengikut media sosial yang banyak. 

Ummi merasakan syarat yang dikenakan itu ada benarnya memandangkan media sosial ada peranan besar dalam perniagaan hari ini.

Cuma pelakon Bisik Pada Langit itu juga bimbang sekiranya itulah hala tuju seni, ia akan memberi kesan kepada kualiti lakonan dan filem tanah air.

 

Kedatangan pelakon baru

Banyak bakat dan wajah baru muncul membintangi drama-drama tanah air kebelakangan ini. Ummi berbesar hati dan seronok melihat industri ini berkembang dan mengambil pelakon yang tidak klise untuk membintangi sesuatu watak.

“Kita memang memerlukan mereka kerana industri sebenarnya ketandusan banyak pelakon baru. Cuma apa yang saya boleh kongsikan ialah jika benar-benar mahu jadi pelakon, kita kena belajar. Belajarlah daripada pengarah atau ambil kelas lakonan. 

“Zaman saya awal-awal jadi pelakon, saya belajar dengan orang sangat senior seperti Emma Fatima dan Rosyam Nor. Karakter yang saya bawakan pula sangat berat. Hari-hari rasa nak nangis.

“Sehingga hari ini, saya pun masih mengikuti kelas lakonan. Kita jangan berhenti belajar. Sedangkan Que Haidar yang lebih senior daripada saya pun masih ambil kelas lakonan sebelum masuk set.

“Jadi, pendatang baru kena tambah ilmu. Jangan sombong dan malu bertanya kepada pengarah dan rakan pelakon yang lain. Percayalah, mereka sebenarnya suka kalau seseorang itu bersungguh-sungguh,” katanya lembut.

Ditanya apakah perancangan Ummi Nazeera selepas ini, pelakon itu tersenyum manis tidak sabar menunggu anaknya membesar beberapa bulan sahaja lagi.

Kemudian, dia akan kembali ke dunia lakon layar negara dan sudah pasti kita semua akan menyambutnya teruja dengan tangan terbuka! - Getaran, 9 Oktober 2021

 

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA – GETARAN

Wajah TARA : Ummi Nazeera

Pengarang Urusan : M. Zulkifli Abd Jalil

Penyelaras : Shah Shamshiri

Teks : Wafa Aula

Suntingan Teks:  Ili Farhana

Penata Gaya : Tym Fatimah

Busana  : Onitsuka Tiger

Tudung & Kasut : Milik Penata Gaya

Solekan : Saidatulnisa Aminuddin

Jurugambar & Pengarah Seni : Sadiq Asyraf

Juruvideo & Penyunting Video : Muharram Kassim

Penerbit Kandungan Video : Sara Mack Lubis

Rekaletak: Hanif Zahari

Lokasi :  The Glenmarie Hotel & Golf Resort (Terima kasih pihak pengurusan hotel)

Isu Pada

Ummi Nazeera: Tak Pernah Berhenti

09 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi