Berita Terkini

2 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sebalik Selok-Belok Stockholm, Sweden

Sweden dikenali sebagai salah satu negara Scandinavia yang sering menjadi tumpuan pelancong. Kami kongsikan apa yang menarik di ibu kota mereka, Stockholm.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2021 4:51PM

Gambar: Viana Martinex, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sweden barangkali merupakan negara Scandinavia paling popular di dunia. Selain terkenal dengan aneka jenama seperti H&M, IKEA dan nama-nama besar industri muzik seperti ABBA, Ace of Base dan ekonominya yang pesat, ia juga merupakan sebuah negara yang indah.

Seperti jiran-jirannya Norway dan Denmark, Sweden juga dikenali sebagai salah satu negara dengan kos sara hidup paling mahal di dunia (penduduknya juga membayar cukai yang tinggi daripada biasa).

Dan di tengah-tengah negara kecil ini terletaknya Stockholm, ibu negara Sweden yang gah dan indah. Saya sudah lama ingin tahu tentang kota ini kerana ia sering juga mendapat liputan seranta di kalangan negara Scandinavia.

Riksdaghuset Parliament House
Riksdaghuset Parliament House

Untuk memenuhi rasa ingin tahu saya yang terus membuak-buak, saya pun merancang kembara Scandinavia saya sendiri dan singgah ke Stockholm dari bandar raya Copenhagen di Denmark dengan menaiki kapal terbang tambang rendah.

Seperti yang saya jangka, Stockholm tidak mengecewakan sejak mula. Dengan reputasinya sebagai sebuah negara yang maju seperti negara jiran-jiran terdekatnya, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kala ia berada di dalam senarai 10 negara dengan rakyat paling bahagia di dunia.

Pemandangan Istana DiRaja Sweden dari jendela hotel mewah The Grand Hotel
Pemandangan Istana DiRaja Sweden dari jendela hotel mewah The Grand Hotel

Penduduk Sweden dikatakan menikmati taraf kehidupan yang tinggi dan negaranya mendahului dalam beberapa metriks prestasi kebangsaan, ini termasuklah pendidikan, kesihatan, perlindungan kebebasan awam, pemerintahan demokrasi, kemewahan dan juga pembangunan manusia.

Sebaik sahaja tiba di lapangan terbang antarabangsa Arlanda di Stockholm, saya dan rakan saya disambut mesra pekerja tempatan yang membantu kami untuk membeli tiket keretapi khas ke stesen Stockholm Central dengan menggunakan mesin tiket.

Arlanda Express
Arlanda Express

Keretapi laju mereka yang bernama Arlanda Express memang sangat efisien dan mampu membawa penumpang ke pusat kota dalam masa hanya 20 minit!

Melangkah keluar daripada stesen pusat tersebut (seperti KL Sentral di Malaysia), kami menyaksikan sendiri keindahan kota Stockholm. Dan kami melihat keunikan bangunan-bangunannya dengan seni reka yang sinonim dengan Skandinavia. 

Dengan menaiki kereta api bawah tanah atau metro mereka kami bersiar-siar dan membeli-belah di Drottninggatan, jalan utama yang dikhaskan untuk pejalan kaki sahaja.

Stesen metro kereta api bawah tanah
Stesen metro kereta api bawah tanah

Hampir semua negara maju di dunia mempunyai jalan seperti ini dan ia juga merupakan kawasan utama untuk membeli-belah.

Kawasan pusat bandar Stockholm
Kawasan pusat bandar Stockholm

Memandangkan ia negara asalnya jenama fesyen tersohor H&M, terdapat banyak kedai H&M di setiap penjuru jalan ini dan juga seluruh Stockholm.

Tidak hairanlah kenapa warga Stockholm juga kelihatan begitu bergaya dan bijak berfesyen.

Di Drottninggatan juga terletaknya Karamellaffären kedai manisan dan gula-gula tradisional Sweden yang sangat popular.

Karamellaffären, kedai manisan dan gula-gula tradisional Sweden
Karamellaffären, kedai manisan dan gula-gula tradisional Sweden

Terdapat pelbagai manisan serta kuih tradisional yang lazat di kedai ini dan saya sempat merasa beberapa jenis.  

Harus saya tekankan juga, setiap stesen metro atau keretapi bawah tanah mereka dihias indah dengan lukisan dan karya seni yang cantik. 

Seperti biasa untuk mempercepatkan proses bersiar-siar dalam waktu yang singkat, saya dan rakan saya menaiki bas serta bot persiaran ‘Hop-On Hop-Off’ milik Red Sightseeing di Stockholm.

Bas Hop On Hop Off di Stockholm
Bas Hop On Hop Off di Stockholm

Perkhidmatan bas dan bot pelancong ini akan membawa pelawat keliling kota Stockholm dan penumpang bebas untuk turun di destinasi pilihan.

Ini termasuklah King’s Garden, Istana DiRaja, stesen Central, Old Town (Gamla Stan) atau kota lama, pelabuhan pelayar, Muzium Vasa, dewan bandar raya dan banyak lagi.

Di antara yang menjadi kegemaran saya adalah Skansen. Ia sebuah taman dan juga muzium terbuka yang memaparkan bangunan serta rumah-rumah tradisional dari seluruh negara Sweden.

Skansen, sebuah taman dan muzium terbuka yang mempamerkan bangunan tradisional dari seluruh Sweden
Skansen, sebuah taman dan muzium terbuka yang mempamerkan bangunan tradisional dari seluruh Sweden

Lebih menarik lagi dalam beberapa rumah terdapat watak-watak dari zaman tradisional Sweden yang dilakonkan oleh pekerja taman tersebut.

Watak dari Sweden zaman dahulu yang dilakonkan oleh pekerja taman tersebut
Watak dari Sweden zaman dahulu yang dilakonkan oleh pekerja taman tersebut

Setiap rumah lengkap dengan cerobong apinya sendiri untuk menampakkan keaslian rumah-rumah tersebut.

Ia merupakan tempat yang bagus untuk mempelajari sedikit sebanyak tentang cara hidup masyarakat lama Sweden.

Tidak jauh dari Skansen juga adalah muzium ABBA yang didedikasikan khas untuk kumpulan muzik ikonik era 70-an itu.

Segala sejarah tentang kumpulan terkenal itu boleh dipelajari di muzium tersebut dan ia mudah ditujui dengan menaiki kenderaan tram khas kota Stockholm. 

Saya juga berpeluang menginap di salah satu hotel termewah Stockholm iaitu The Grand Hotel.

Hotel ini sendiri dianggap salah satu bangunan bersejarah oleh pihak bandaraya kerana ia sudah menjadi tempat penginapan nama-nama besar dunia dari tahun 1874.

Ramai selebriti popular seperti Madonna, Lady Gaga serta bekas presiden Amerika Syarikat Barack Obama pernah bermalam di sini dan ia mempunyai pandangan perairan yang sangat indah menghadap istana Diraja serta kota lama Gamla Stan.

Bangunan dengan seni bina Eropah lama di kawasan pusat bandar
Bangunan dengan seni bina Eropah lama di kawasan pusat bandar

Soal makan pula tidak susah untuk menemui makanan halal kerana terdapat banyak juga restoran yang menjual kebab halal untuk tamu yang beragama Islam selain aneka restoran makanan laut dan sayuran.

Saya juga sempat mencuba makanan yang lebih sihat dan lazat di sebuah restoran bernama Mother yang mengkhusus dalam penyediaan makanan berunsur sayuran dengan selingan protein seperti udang dan ikan.

Restoran Mother yang menghidangkan makanan berunsur sayuran dengan selingan protein seperti udang dan ikan
Restoran Mother yang menghidangkan makanan berunsur sayuran dengan selingan protein seperti udang dan ikan

Ia tidak menggunakan gula putih halus, bebas laktosa serta gluten. Harganya juga agak berpatutan.

Antara hidangan yang ada di restoran Mother
Antara hidangan yang ada di restoran Mother

Jadi, saya boleh merumuskan bahawa Stockholm bukan sahaja sebuah bandar yang indah dan teratur, tetapi ia juga cantik dan ada unsur sejarah serta budayanya sendiri.

Walaupun Stockholm (dan Scandinavia secara umum) sedikit mahal berbanding bahagian Eropah lain, ia benar-benar berbaloi untuk dikunjungi kerana keunikannya. - Getaran, 3 Oktober 2021

Semua gambar oleh Shah Shamshiri kecuali tertera

Isu Pada

“Saya Mahu Memperisterikan...” – Adam Lee

02 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Anwar Pelawa Firma Perniagaan Jerman, Eropah Melabur Di Malaysia

2

Semasa 1 bulan yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

4

TARA 6 bulan yang lalu

7 Destinasi Eropah Terbaik Untuk Percutian Musim Luruh

Sorotan

1

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

2

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

3

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

4

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi