Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mengenali Fadli Mokhtar : Seniman Penggiat Seni Cetak

Sungguhpun ini zaman digital dan teknologi, pengamal seni visual ini merasakan bahawa kaedah tradisional dalam seni cetak masih lagi relevan dalam penghasilan karya.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2021 1:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Fadli Mokhtar adalah seorang pengamal seni visual dengan pengkhususan kepada disiplin seni cetak. Fadli mendapat latihan formal dalam bidang seni visual di peringkat sarjana dari Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM), Shah Alam, Selangor. 

Karier awalnya setelah tamat belajar ialah sebagai pereka latar, pembantu galeri seni, pensyarah sambilan dan kini bergiat sepenuh masa sebagai seniman seni visual.

Fadli Mokhtar
Fadli Mokhtar

Ketika ini dunia sedang dilanda pandemik COVID-19 dan Fadli melihatnya sebagai satu era yang mencabar bagi penggiat seni dari pelbagai sudut. 

Terdapat beberapa kekangan yang dihadapi contohnya isu kewangan, bahan untuk menghasilkan karya dan aktiviti kesenian yang secara fizikalnya tidak dapat dijalankan seperti biasa. 

Hal ini menyebabkan ekosistem industri seni visual secara tidak langsung terjejas dengan teruk.

Dari sudut positif pula Fadli melihat ‘masa’ ketika isolasi (perintah kawalan pergerakan) ini sebagai tempoh yang berharga kerana tidak banyak gangguan luaran. 

“Saya banyak menghabiskan masa dengan berkarya dan menyelesaikan kerja-kerja yang tertangguh,” kata Fadli. 

Selain itu kebanyakan masa dimanfaatkan dengan menimba ilmu, melakukan aktiviti berunsur praktis studio, dokumentasi karya serta mengatur strategi untuk mempersiapkan diri dengan cabaran dan situasi yang tidak diduga di masa hadapan. 

Fadli percaya penggiat seni tanah air telah terlatih dengan sikap berdikari dan mempunyai daya tahan untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan. 

“Saya melihat 'lingkaran waktu' ini sebagai waktu yang ideal bagi seorang penggiat seni menemukan titik perubahan yang bakal memacu praktis kesenian mereka ke arah lebih berdaya maju. 

“Cabaran dan kekangan yang dihadapi pada waktu sukar boleh dimanipulasikan untuk mencari solusi yang kreatif bagi menyelesaikan apa jua masalah yang dihadapi,” kata Fadli.

Berbalik kepada disiplin seni cetak, Fadli menerangkan sungguhpun ketika ini adalah zaman digital dan teknologi, kaedah tradisional masih lagi relevan dalam penghasilan karya. 

Terdapat pepatah yang berbunyi “Tiada yang lama, maka tiadalah yang baru.”

Menurutnya lagi kedua-dua bentuk kesenian ini sama ada praktis seni visual secara tradisonal mahupun seni digital masih lagi diperlukan kerana ia saling berkait dan mempunyai fungsi dan peranannya yang tersendiri. 

Fadli menyatakan bahawa seni cetak secara asasnya bermula sebagai satu bidang yang dipraktikkan secara tradisional dan berkembang mengikut teknologi semasa.

Bidang seni cetak merupakan gabungan kemahiran estetik dengan pemikiran senimannya.

Apabila revolusi berlaku dalam industri percetakan, bidang seni cetak juga tidak ketinggalan untuk berevolusi mengikut perkembangan semasa.

Sebagai contoh, mesin cetak yang canggih dan penggunaan teknologi komputer secara langsung turut terlibat dalam praktik penghasilan karya seni. 

Buat Fadli sendiri, beliau ketika ini mempraktikkan kedua-dua amalan tradisional dan penggunaan teknologi mesin serta perisian komputer dalam penghasilan karya seni.

Hasil akhir karya seni tersebut tidak semestinya berbentuk digital tetapi penggunaan seni bersama unsur teknologi itu diadaptasi dalam proses pembikinan karya dengan berbagai olahan kreatif.

Sebagai contoh, kaedah seni cetakan seperti teknik gurisan asid (etching), silkscreen (sutera saring), litografi (lithograph) dan sebagainya adalah gabungan daripada hasil kemahiran tangan dan juga teknologi cetakan.

Penggunaan teknologi juga tidak terhad kepada penghasilan karya semata-mata.

Disebabkan pendemik COVID-19 ini, pelbagai majlis ilmu seperti bicara seni, forum, simposium dan sebagainya yang diadakan secara fizikal kini bertukar secara digital.

Interaksi bersama dengan para penggiat seni visual ini penting agar segala aktiviti seni dapat diteruskan kerana teknologi sentiasa ada untuk membantu. 

Menurut Fadli lagi platform media sosial juga telah berkembang sangat pesat berbanding 10 tahun yang lalu.

Bermula sebagai satu alat komunikasi, kini menjadi salah satu kepada punca pendapatan. Banyak maklumat tentang aktiviti kesenian, peluang pameran, geran-geran seni dan kegiatan memasarkan hasil seni berlaku secara maya. 

Keadaan ini secara tidak langsung memberi manfaat kepada golongan penggiat seni kreatif.

Ia boleh berkembang menjadi satu medium alternatif kepada para penggiat seni untuk memperkenal dan memasarkan hasil seni mereka dalam keadaan yang lebih fleksibel dan tidak terikat dengan cara konvensional. 

Mereka boleh memindahkan format karya seni mereka dalam bentuk maya dan hasil karya mereka dapat diketengahkan dalam konteks yang lebih luas.

Segmen pasaran hasil seni yang dahulunya hanya tertumpu kepada golongan elit kini telah beralih kepada segmen yang lebih terbuka.

Sesiapa sahaja boleh menikmati seni tanpa perlu berada di ruang galeri seni untuk melihat karya seni. - Getaran, 3 Oktober 2021

Semua gambar: Ihsan Fadli Mokhtar

Isu Pada

“Saya Mahu Memperisterikan...” – Adam Lee

02 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi