Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penyakit Jantung Koronari, Hindarinya Sebelum Terlambat

Sempena Hari Jantung Sedunia tidak lama lagi, kami paparkan sesi soal jawab bersama seorang pakar jantung tentang penyakit jantung koronari dan langkah-langkah mencegahnya.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2021 6:50PM

Gambar: Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyakit jantung merupakan sesuatu yang sering kita dengar dalam kehidupan harian. Ramai yang terkesan dengannya, pernah melaluinya sendiri dan ramai juga pernah kehilangan orang tersayang gara-gara penyakit ini. 

Adakah cara untuk mengelak atau mengatasi penyakit tersebut?

Sempena Hari Jantung Sedunia 29 September nanti, kami kongsikan sesi soal jawab bersama Dr. Benjamin Leo, seorang pakar jantung yang akan menjelaskan tentang penyakit jantung koronari dan langkah-langkah mencegahnya.

Dr. Benjamin Leo, Pakar Perubatan Dalaman & Kardiologi Intervensi, Columbia Asia Hospital - Tebrau
Dr. Benjamin Leo, Pakar Perubatan Dalaman & Kardiologi Intervensi, Columbia Asia Hospital - Tebrau

 

1. Boleh kongsikan statistik penting tentang penyakit jantung di Malaysia?

  • Penyakit jantung ialah punca kematian paling tinggi 13.9% di Malaysia pada tahun 2017.
  • Kadar kematian ini telah meningkat 54% berbanding dengan tahun 2007.
  • Setiap hari di Malaysia, 37 orang meninggal dunia akibat penyakit jantung

 

2. Apakah penyakit jantung koronari? 

Jantung adalah satu organ yang penting untuk badan. Jantung berfungsi untuk mengepam darah yang membawa oksigen dan nutrien kepada semua organ dan anggota badan. Jantung mempunyai bekalan darah sendiri melalui arteri koronari (pembuluh darah koronari).

Penyakit jantung koronari berlaku akibat gangguan bekalan oksigen pada otot otot jantung.

Hal ini selalunya disebabkan oleh kerosakan pada dinding saluran darah atau pengumpulan kolesterol di dinding saluran darah yang menyebabkan saluran darah menjadi sempit atau tersumbat.

Apabila bekalan oksigen kepada otot jantung terjejas, otot jantung akan kurang berfungsi dan menimbulkan perasaan/simptom sakit jantung (angina).

Jika tidak dirawat dan dibiarkan berterusan, otot jantung akan rosak dan mengakibatkan serangan jantung. Serangan jantung boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera.  

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

 

3. Apakah simptom atau tanda tanda sakit/serangan jantung?

  • Sakit dada yang mengencang atau menekan. 
  • Sakit dada yang timbul atau bertambah teruk ketika membuat pekerjaan atau aktiviti. 
  • Sakit dada yang berkurangan dan hilang ketika rehat.
  • Sakit yang merebak ke bahagian rahang, leher atau lengan (selalunya lengan kiri)
  • Sakit ini boleh terjadi dalam beberapa minit sahaja
  • Sakit ini boleh disertai dengan kesesakan nafas, rasa loya, berpeluh dingin atau pengan.
  • Pesakit yang lebih berumur, yang mengidap penyakit kencing manis (diabetes) atau wanita, kadang-kadang tidak mengalami simptom penyakit ini tetapi mengalami sesak nafas, mual, pengsan dan keletihan yang amat sangat. 

 

4. Apakah faktor-faktor risiko penyakit jantung koronari?

Faktor-faktor risiko penyakit jantung koronari boleh dibahagikan kepada dua:-

Faktor-faktor yang boleh diubah seperti:

  • Merokok (pada 2015 23%, (5 juta) penduduk Malaysia > 15 tahun merokok)
  • Obesiti (pada 2011, Malaysia 44,2% warga Malaysia obes, kadar paling tinggi di Asia Tenggara)
  • Kurang bersenam (pada 2015, Kurang dari 8% orang Malaysia bersenam dengan aktif)
  • Tekanan darah tinggi (hipertensi). (30% penduduk Malaysia)
  • Kadar kolesterol dan lemak yang tinggi (hiperlipidaemia) (43% lelaki, 52% wanita)
  • Kencing manis (Diabetes) (16% lelaki, 18% wanita)

Faktor-faktor yang tidak boleh diubah seperti:

  • Umur (risiko sakit jantung meningkat dengan umur)
  • Sejarah sakit jantung dalam keluarga terdekat
  • Jantina (risiko serangan jantung lebih pada lelaki)
  • Genetik 

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

 

5. Apakah langkah-langkah pencegahan penyakit jantung?

Banyak risiko-risiko sakit jantung boleh dirawat atau dikawal. Contohnya, kita boleh henti merokok and meningkatkan aktiviti senaman.

Kita boleh mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis, kolesterol dan berat badan. Kadangkala, ubat diperlukan untuk mengawal risiko-risiko ini.  

Jangan Merokok

Asap rokok mengandungi lebih daripada 4000 jenis bahan kimia beracun antaranya nikotin, karbon monoksida dan tar. Nikotin boleh merosakkan saluran darah dan mengganggu pengaliran darah.

Nikotin juga akan mengecutkan saluran darah serta mengurangan bekalan oksigen ke jantung dan seluruh badan. Nikotin meningkatkan kadar denyutan jantung.

Karbon monoksida akan mengurangkan bekalan ke jantung dan seluruh badan. Tar boleh menyebabkan pelbagai jenis barah.

Merokok merupakan sejenis ketagihan. Untuk berhenti rokok, kita perlu semangat dan ketabahan. Selalunya, kita perlu bantuan daripada keluarga dan pegawai kesihatan.

Terdapat banyak klinik henti rokok yang menyediakan kaunseling, bimbingan dan ubat henti merokok.

Sajian dan diet

Kita harus mengamalkan pemakanan sihat. Makan pelbagai jenis makanan berpandukan piramid makanan. Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fisikal.

Pilih lebih banyak bijirin dan kekacang. Makan lebih sayur sayuran dan buah buahan. Pilihlah juga makanan yang rendah lemak dan kolesterol serta sederhana kandungan gula dan garam.   

Bersenam 

Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Lakukan aktiviti fisikal seperti berjalan, berjoging, berenang, berbasikal, senamrobik dan bersukan.

Elakkan obesiti

Kawal berat badan untuk mencapai Indeks Jisim Badan yang betul.

Mengelakkan tekanan (stres)

Rancang masa secara bijak. Sedar kemampuan diri. Berfikiran positif. Tangani kritikan dengan baik. Berani kata “Tidak”. Buat keputusan dengan bijak. Rancang perubahan dalam hidup. Jalin persahabatan. Kongsi masalah dengan orang lain.  

Dapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala

Pemeriksaan kesihatan secara berkala boleh mengesan lebih awal faktor-faktor risiko penyakit jantung supaya rawatan boleh dilakukan segera.

Disyorkan untuk dapatkan pemeriksaan kesihatan secara berjadual sekiranya anda berumur 35 tahun ke atas.

Bagi mereka yang berumur di bawah 35 tahun tetapi berisiko tinggi, adalah dinasihatkan untuk menjalani saringan kesihatan.

Dapatkan saringan kesihatan untuk indeks jisim badan (Body Mass Index), glukos dan kolesterol darah, tekanan darah dan komposisi lemak badan.

Jika kita pernah menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis atau kolesterol tinggi, jangan leka tentang ubat.

Penyakit ini boleh dikawal dengan diet, senaman dan ubat. Ianya mungkin tidak akan sembuh sepenuhnya tetapi selagi dikawal, risiko sakit jantung akan lebih rendah. Jika tidak dikawal, risiko sakit jantung akan meningkat. 

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

 

6. Bagaimana cara untuk mengesan penyakit jantung koronari?

ECG (electrocardiogram)

Ini adalah sejenis siasatan yang dijalankan dengan menampal pelekat (sticker) kecil di bahagian dada, tangan dan kaki untuk mengesan aktiviti elektrikal dan keadaan jantung. 

X-ray dada

Untuk melihat saiz jantung dan paru-paru. 

Ujian stres 

Merakam aktiviti elektrikal jantung semasa pesakit berjalan kaki atau berlari di atas mesin treadmill. 

Ekokardiografi

Melihat struktur anatomi dan fungsi jantung menggunakan ultrasound.

CT koronari angiografi

Dengan mengunakan sinaran X-ray dan mesin CT (computed tomography), kita boleh melihat gambaran keluasan dan rupa bentuk saluran darah jantung (arteri koronari).

Pewarna akan disuntik melalui tangan/lengan. Seterusnya pesakit akan dibaringkan dan ditolak masuk perlahan-lahan ke dalam mesin CT yang seakan-akan terowong kecil. 

Angiografi

Sejenis prosedur untuk menggambarkan keluasan dan keadaan arteri koronari menggunakan X-ray. Doktor pakar jantung akan meletakkan sebatang tiub kecil dari tangan atau celah peha ke arteri koronari.

Sejenis pewarna akan disuntik melalui tiub dan dengan sinaran X-ray, kita boleh melihat rupa bentuk saluran darah koronari. Dengan kaedah ini, kita boleh melihat sama ada saluran darah koronari sempit atau sumbat.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

 

7. Apakah jenis rawatan yang boleh didapatkan mengikut peringkat penyakit jantung koronari?

Ubat

Berbagai jenis ubat berkesan dan efektif untuk mengawal and merawat penyakit jantung tertakluk kepada peringkat penyakit jantung. Adalah penting bahawa pesakit tidak lupa memakan ubat-ubat mengikut nasihat doctor.  

Angioplasti

Jika ada kesempitan atau keadaan tersumbat dalam saluran darah jantung, pakar jantung boleh menjalankan prosedur angioplasti di mana sejenis belon dimasukkan ke saluran darah jantung yang sempit dan dikembungkan untuk meluaskannya.

Selain dari itu sejenis gegelung besi (stent) bakal ditempatkan di saluran darah jantung yang sempit dan dikembangkan.  Kini, terdapat teknologi baru dan moden melibatkan belon dan stent yang nipis dan disaluti ubat. 

Pembedahan pintasan saluran jantung (CABG - Coronary artery bypass graft)

Satu prosedur di mana arteri koronari diganti dengan saluran darah dari bahagian betis atau dada. - Getaran, 26 September 2021

Isu Pada

Sisi Tersembunyi Daiyan Trisha

25 Sep 2021

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini