Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Jurusan Fesyen Dan Rekaan Pakaian, Bukan Picisan

Adakah kerjaya pereka fesyen sama dengan kerjaya tukang jahit? Apa yang perlu anda tahu sebelum terjun ke dunia fesyen?

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 Sep 2021 9:03AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berpeluang memiliki kerjaya menarik dengan memilih jurusan fesyen ketika berada di IPTA atau IPTS.

Idea menghasilkan rekaan luar biasa mungkin bakal mengubah masa depan dalam kerjaya yang penuh glamor ini. Siapa tahu, kan? 

Adakah kerjaya pereka fesyen sama dengan kerjaya tukang jahit? Apa yang perlu anda tahu sebelum terjun ke dunia fesyen?

Jangan risau, bidang fesyen lebih ‘kacang’ daripada apa yang cuba anda bayangkan. Anda perlu berada di trek yang tepat. Ini bagi memastikan hala tuju anda lebih jelas. Bukan sekadar ‘alah tangkap muat punya jurusan je ni’. Salah, ya! 

Oleh kerana fesyen adalah seni kreatif, bidang seni reka fesyen adalah salah satu pilihan kerjaya yang menarik dan menakjubkan terutama untuk generasi muda kerana kita memerlukan pelapis.

Sekiranya anda mempunyai bakat dan kreativiti, maka dunia rekaan fesyen adalah pilihan tepat untuk anda. 

Tugas seorang pereka fesyen adalah merancang rekaan pakaian dan fesyen, tetapi tidak semudah yang disangka. Minat untuk merancang pakaian tidak cukup untuk menjadi pereka fesyen yang baik kerana persaingannya sangat sengit. 

Seseorang memerlukan bimbingan, kepakaran dan pengalaman yang tepat untuk menjadi pereka fesyen yang berjaya, kerana kemahiran anda dapat digilap dengan latihan yang betul.

Bidang fesyen tidak lagi diragukan terutama sebagai pilihan kerjaya kerana mampu memberi masa depan yang cerah.

Di Malaysia, terdapat institusi yang menawarkan program fesyen di peringkat sijil, diploma mahupun ijazah.

Antaranya adalah UiTM (Universiti Teknologi MARA), Politeknik, Kolej Komuniti, MSU (Management and Science University), TAR UC (Tunku Abdul Rahman University College) dan banyak lagi.

Salah satu faedah terbaik dari jurusan fesyen adalah ia bukan sahaja meningkatkan kemahiran seni anda tetapi juga memberi pengetahuan kepada anda tentang trend.

Ini adalah kemahiran penting yang membantu anda mendapatkan pandangan optimis terutama dalam retail dan e-commerce (e-dagang).

Bergantung pada sektor industri yang diceburi, terdapat beberapa jenis pekerjaan yang sesuai untuk pelajar jurusan fesyen antaranya adalah:

 

Pereka Pakaian

Mereka dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan pakaian lelaki, wanita, dan kanak-kanak, termasuk pakaian kasual, semi kasual mahupun formal. Antara pereka fesyen terkenal di Malaysia seperti DatukRizalman Ibrahim, Rizman Ruzaini, Azura Couture dan ramai lagi.

 

Stylist (Penata gaya)

Merupakan bidang pekerjaan baharu yang mula mendapat perhatian generasi muda.

Penata gaya atau stylist merupakan individu yang dipertanggungjawabkan untuk memberi nasihat tentang penampilan, memilih dan menyelaraskan pakaian untuk model, pelakon, selebriti di televisyen mahupun di surat khabar, majalah, portal, poster, banner dan sebagainya dan memilih pakaian dan aksesori mengikut tema yang ditetapkan.

Antara stylist yang terkenal adalah Tym Fatimah, Ardi Idewani Zaini dan Min Luna.

 

Pembuat pola pakaian

Sudah tentu anda perlu mahir dalam pembuatan pola pakaian, perlu mahir dalam kerja-kerja teknikal dalam penghasilan pakaian. Kerjaya membuat pola umumnya melibatkan bekerja dalam industri pakaian.

Individu yang bertanggungjawab untuk mengambil idea pereka fesyen dan mencipta pola yang boleh digunakan untuk dijadikan pakaian.

Pembuat pola sering kali diminta untuk menentukan reka bentuk awal dengan lebih tepat dan bekerjasama dengan pereka sebelum produk itu di pasarkan.

Mereka perlu lakaran pola sama ada secara manual atau digital, atau gabungan kedua-duanya. 

 

Pereka Kasut

Kerjaya ini merupakan kepakaran pereka dalam rekaan atau idea bagi pembuatan kasut ataupun sandal. Pereka kasut perlu menghasilkan reka bentuk baru yang menggabungkan keselesaan, bentuk dan fungsi.

Antara pereka kasut di Malaysia adalah Datuk Jimmy Choo dan Christy Ng.

 

Pereka Aksesori

Individu yang merancang dan menghasilkan aksesori seperti beg tangan, beg pakaian, tali pinggang, selendang, topi, kerongsang, topi, selendang dan sebagainya. 

 

Pereka Kostum

Merupakan individu yang memerlukan kepakaran dalam menghasilkan kostum untuk seni persembahan, filem dan produksi televisyen.

Permintaan dalam penghasilan kostum makin meningkat tetapi ketahuilah pelapis pereka kostum masih tidak ramai. Ini antara kerjaya yang teliti tetapi pulangannya amat menguntungkan.

Kostum 'The Masked Singer Malaysia', cantik dipandang tetapi sukar dihasilkan merupakan karya daripada pereka kostum ternama di Malaysia, Akma Suriati Awang.

 

Visual merchandiser

Pernah tak terlintas di fikiran anda siapa yang merancang susun atur di butik atau pasar raya terkemuka seperti H&M, Zara, Parkson mahupun Mydin?

VM atau visual merchandiser merupakan kerjaya di butik retail yang memerlukan idea dalam merancang susun atur visual bagi produk baru.

Visual merchandiser dipertanggungjawabkan untuk membuat paparan tingkap dan di gedung membeli-belah jenama fesyen bagi tujuan mempromosikan produk agar dapat memaksimumkan jualan.

 

Hijab stylist / penata gaya hijab

Sama seperti kerjaya stylist cuma lebih fokus kepada hijab. Mahir dalam menggayakan lilitan tudung atau hijab tidak kira apa jenis material sekalipun serta padanan aksesori bagi menghasilkan lilitan tudung yang trendy dan kena dengan penampilan si pemakai.

Antara hijab stylist terkenal di Malaysia adalah Diyana Zainul Ehsan. - Getaran, 18 September 2021

Isu Pada

Misi Mencari Jati Diri Alyph

18 Sep 2021

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah