Berita Terkini

13 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


15 Pengacara Paling Ikonik Di Malaysia

Getaran senaraikan 15 pengacara paling ikonik di Malaysia dari dulu hingga sekarang. Penuh karisma, kemunculan mereka di kaca televisyen sering kita nantikan.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2021 7:10PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kerjaya sebagai seorang pengacara sememangnya menjadi idaman ramai terutamanya buat mereka yang petah berbicara melontarkan kata-kata. 

Namun tugas sebagai seorang pengacara bukanlah semudah yang disangka. Memiliki rupa paras yang menawan sahaja tidak cukup andai anda gagal melunaskan tanggungjawab di hadapan lensa kamera. 

Disebabkan kerjaya sebagai pengacara dipandang tinggi, beberapa stesen televisyen tempatan pernah menerbitkan program pencarian pengacara baru demi mencari pelapis dalam dunia penyiaran. 

Antara yang paling popular adalah 'Pengacara Jemputan Nona' terbitan TV3 di mana menerusi pertandingan inilah lahirnya pengacara-pengacara hebat tanah air seperti Puan Sri Normala Samsudin, Fiza Sabjahan, Norjuma Habib Muhammad dan ramai lagi.

TV3 juga pernah menerbitkan rancangan realiti pencarian pengacara iaitu 'Malaysian Top Host' pada tahun 2005 di mana juaranya Nurul Syuhada Nurul Ain telah menjadi pengacara untuk rancangan 'Nona' dan 'Majalah 3'. 

Saluran televisyen berbayar Astro Ria juga pernah menerbitkan rancangan realiti pencarian pengacara yang dikenali sebagai 'On Air'. Beberapa pesertanya kini bergelar pengacara dan pembaca berita.

Saluran RTM juga tidak ketinggalan dalam menerbitkan rancangan realiti pencarian pengacara baru yang diberi nama 'Ikon Siarawan'. 

Terdapat ramai pengacara di Malaysia yang berjaya meletakkan tanda aras yang tinggi dalam landskap bidang pengacaraan yang dianggap penuh glamor ini.  

Getaran senaraikan 15 pengacara paling ikonik di Malaysia yang sering kita tonton di kaca televisyen dari dulu hingga sekarang. 

 

Puan Sri Normala Samsudin

Jika sebut sahaja nama wanita yang satu ini, pastinya akan terkenang kejelitaan serta keayuannya mengacarakan rancangan berkonsepkan majalah wanita iaitu 'Nona'.

Normala sememangnya antara pengacara 'Nona' paling popular dan paling diingati oleh peminat program yang bersiaran setiap petang Ahad itu. Dek populariti dan kejelitaan yang dimilikinya, Normala pernah dinobatkan sebagai Perempuan Melayu Tercantik. 

Khabarnya hanya Normala sahaja yang pernah membuat penggambaran di dalam istana diraja.  Biarpun sudah 20 tahun meninggalkan program 'Nona', namun namanya masih diingati sehingga ke hari ini.

 

Datuk Aznil Haji Nawawi

Siapa yang dapat lupakan imej dan personaliti beliau yang ceria ketika mengacarakan program 'Pop Kuiz' di TV3 sewaktu era 90-an ?

Kemudian namanya kembali dijulang tinggi saat mengemudikan rancangan realiti paling popular, 'Akademi Fantasia' pada tahun 2003.

Rekod cemerlang Aznil diteruskan dengan program bual bicara 'Macam-Macam Aznil' sehingga memenangi anugerah program bual bicara terbaik di Asian Television Award 2005.

 

Datin Norazlina Redzuan 

Seperti Puan Sri Normala Samsudin, jika disebut sahaja nama Norazlina Redzuan, pastinya kita akan terkenangkan program 'Majalah 3' yang sinonim dengannya. Gayanya yang elegan ketika mengacarakan program kegemaran ramai itu membuatkan peminat sentiasa ternanti-nanti kemunculannya setiap malam Sabtu. 

 

Azwan Ali

Pengacara kontroversi ini mempunyai rekod yang bukan calang-calang dalam bidang pengacaraan. Program hiburan 'Muzik Muzik' begitu hebat di bawah kendaliannya pada era 90-an.

Namun Azwan telah mengubah imejnya sebagai pengacara 360 darjah ketika mengendalikan program bual bicara sensasi yang diberi nama 'Chit Chat Azwan'. Imej Azwan lebih 'daring' seiring dengan soalan-soalan berapinya kepada selebriti undangan. 

 

Cheryl Samad 

Kepetahan pengacara dan pelakon berkulit hitam manis ini dalam berbicara memang tidak perlu disangkal lagi.

Sembilan tahun mengemudikan rancangan 'Muzik Muzik' dan Anugerah Juara Lagu sudah cukup untuk meletakkan Cheryl sebagai antara pengacara paling ikonik di Malaysia.

Sebelum mengacarakan Muzik Muzik, Cheryl juga pernah menjadi pengacara di saluran MTV. 

 

Awal Ashaari 

Bermula sebagai pembaca berita di 8TV sebelum beralih sebagai pengacara dalam rancangan hiburan 'Beat TV' di Astro Ria. Wajah kacak awal sering menjadi pilihan sama ada untuk menjadi pengacara mahupun pelakon.

Antara program kendaliannya yang paling diingati sudah tentunya 'Melodi' di mana Awal telah mengacarakan program hiburan hujung minggu paling popular berkenaan selama 11 tahun bermula dari tahun 2010.

Suami kepada Scha Alyahya ini juga pernah menjadi pengacara untuk program realiti 'One In A Million' bersama Marion Caunter.

 

Maria Tunku Sabri

Sebut sahaja nama Maria Tunku Sabri, pasti kita akan teringat rancangan 'Jalan Jalan Cari Makan' yang begitu sinonim dengan Maria. Maria berjaya membawa rancangan ini ke satu aras yang tinggi. Biarpun pengacaranya silih berganti, namun nama Maria Tunku Sabri tetap yang paling diingati.

 

Allahyarham Hasbullah Awang

Hasbullah Awang adalah satu nama besar dalam bidang pengacaraan yang melibatkan acara sukan. Ulasannya dalam setiap acara sukan semestinya akan diingati sehingga hari ini.

Setelah sekian lama berkhidmat di stesen RTM, Hasbullah telah berhijrah ke stesen Astro Arena pada tahun 2014 sebelum menghembuskan nafas terakhir pada tahun 2015 akibat masalah jantung. 

 

Fiza Sabjahan

Bekas pramugari syarikat penerbangan Malaysia Airlines ini merupakan naib juara pertandingan 'Pengacara Jemputan Nona'. Tidak dinafikan Fiza memiliki pakej yang cukup lengkap sebagai seorang pengacara.

Pernah mengendalikan rancangan 'Nona', kini nama Fiza sinonim dengan rancangan 'Wanita Hari Ini' yang bersiaran setiap Isnin hingga Sabtu di TV3. 

 

Zainal Ariffin Ismail

Siapa yang tidak kenal dengan suara pengacara yang satu ini. Suara jantan Zainal Ariffin sangat sinonim dengan rancangan 'Jejak Rasul' yang dikendalikannya selama 12 musim sejak dari musim pertama lagi.

Kemudian Zainal diberi kepercayaan untuk mengendalikan rancangan berunsur mistik iaitu 'Misteri Nusantara' sekali gus membuatkan beliau antara pengacara paling ikonik di Malaysia. 

 

Halim Othman

"Saya putar lagi Halim" merupakan antara ayat paling popular ketika zaman kegemilangan rancangan 'Roda Impian' yang disiarkan sekitar tahun 90-an dan awal 2000-an.

Halim Othman yang ketika itu merupakan penyampai radio Era diberi tanggungjawab mengemudi rancangan permainan popular yang diadaptasi dari Hollywood. Halim juga pernah muncul dengan rancangan bual bicaranya sendiri yang diberi nama 'HO Live'. 

 

Ahmad Fedtri Yahya

Kepetahan Ahmad Fedtri Yahya melontarkan bait-bait kata yang penuh puitis pasti memikat hati sesiapa sahaja. Susunan bahasanya sungguh indah.

Sinonim dengan rancangan 'Malaysia Hari Ini', Ahmad Fedtri juga pernah mengendalikan rancangan-rancangan lain di TV3 seperti 'Jejak Rasul', 'Soal Rakyat', 'Sebalik Malam' dan banyak lagi. Beliau juga merupakan seorang penulis lirik tersohor negara.

 

Ally Iskandar

Nama Ally Iskandar sememangnya sinonim dengan program-program yang disiarkan  di TV3 terutamanya 'Malaysia Hari Ini'. Ally juga pernah beberapa kali diberi tanggungjawab sebagi hos Anugerah Juara Lagu serta rancangan realiti 'Mentor'. 

 

Nabil Ahmad

Bermula sebagai seorang pelawak sehingga pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009, Nabil Ahmad kini lebih menonjol sebagai seorang pengacara.

Sinonim dengan program hiburan 'Meletop' dan 'Gegarvaganza', Nabil juga pernah menerima anugerah di peringkat antarabangsa sebagai Hos/Penyampai Hiburan Terbaik Anugerah Kreatif Akademi Asia yang diadakan di Cannes, Perancis pada 2018. 

Biarpun sering dihimpit kontroversi gara-gara keterlanjurannya saat mengacara, namun nama Nabil tetap menjadi pilihan penerbit sehingga hari ini. 

 

Noor Neelofa Mohd Noor

Selepas bergelar Dewi Remaja pada tahun 2011, Neelofa terus disambar untuk membintangi filem Azura dan menjadi pengacara 'Meletop' bersama Nabil Ahmad pada tahun 2012.

Dalam masa yang sama Neelofa turut disunting untuk mengemudikan rancangan 'Nona' bergandingan bersama Fara Fauzana. Lapan tahun bersama 'Meletop' akhirnya Neelofa mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dan muncul dengan program bual bicaranya sendiri yang diberi nama 'Next To Neelofa'.

Neelofa juga merupakan pemenang bagi kategori Pengacara TV Popular lima tahun berturut-turut di Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan pada tahun 2016, beliau telah dianugerahkan sebagai Bintang Paling Popular. - Getaran, 11 September 2021


Semua gambar dari media sosial artis terbabit

Isu Pada

Tony Eusoff Dan Zizi Kirana Terus Mara Ke Hadapan

11 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan