Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Bangkit Mood Dari Asas Penjagaan Diri

Setiap peranan yang dimainkan perasaan merupakan penyumbang utama dalam memilih pakaian. Kecuaian dalam hal-hal penjagaan diri akan ‘membunuh’ personaliti anda walau menggunakan platform dalam talian untuk berurusan.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2021 8:58AM

Gambar: Sam Lion, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apa yang anda faham tentang penjagaan diri atau grooming? Ia berkait rapat dengan hal-hal yang dilakukan ‘setiap hari’, ‘selalu’ dan ‘kadang-kadang’. Seterusnya, ia berkait rapat dengan personaliti dan penampilan.

Bayangkan bila anda tiada mood untuk lakukan aktiviti, lesu kerana duduk di rumah berbulan lamanya, kemudian anda perlu hadir persidangan secara maya, apa perkara pertama yang anda fikirkan?

Jika dulu, nak ke tempat kerja bukan main teruja. Seronok memilih pakaian yang cantik dan sanggup berdandan di salun dan spa. Ini bermaksud mood itu memainkan peranan dalam pemilihan pakaian dan dandanan anda pada hari tersebut. 

Setiap peranan yang dimainkan perasaan merupakan penyumbang utama dalam memilih pakaian. Kecuaian dalam hal-hal penjagaan diri akan ‘membunuh’ personaliti anda walau menggunakan platform dalam talian untuk berurusan. 

Ingat, adakalanya anda tidak dibenarkan untuk menutup kamera kerana ia mungkin menunjukkan anda itu tidak serius dengan urusan atau individu yang sedang dihubungi. 

Seharusnya anda menonjolkan keyakinan di hadapan kamera walaupun bekerja dari rumah. Perlu diingatkan juga, walaupun berada di rumah, anda perlu menjaga kebersihan diri sendiri. Anda perlu faham keperluan tubuh badan anda.

Ikuti beberapa tip asas dalam menjaga kebersihan diri supaya anda terlihat rapi dan berasa yakin ketika mengikuti persidangan televideo atau panggilan video:

1) Jangan lupa mandi walaupun di rumah saja

Seeloknya, mulakanlah hari anda dengan mandi. Jangan bangun, terus duduk depan komputer riba atau tunggu bahang panas, baru nak mandi. Jadikan ia rutin harian walaupun duduk di rumah sahaja.

Jika tidak, anda mempunyai pilihan sama ada mandi sebelum anda memulakan kerja atau setelah seharian atau bahkan sebelum anda tidur, mana yang sesuai dengan rutin anda. 

Pastikan bilas badan anda dengan teliti, terutamanya di bahagian sulit dan bahagian lipatan kerana mengeluarkan peluh dan lebih cenderung kepada aktiviti kulat. Walaupun hanya berada di rumah, anda harus kerap mandi bagi memastikan anda sentiasa dalam keadaan segar dan bertenaga.

 

2) Menjaga kebersihan mulut

Merawat gigi dan gusi adalah penjagaan yang paling penting, bukan sahaja untuk mengelakkan masalah yang berkaitan dengan kerosakan tetapi juga kerana mempengaruhi saraf bagi organ deria yang lain. 

Bukan sekadar memberus gigi dua kali sehari, pastikan anda menggunakan ubat gigi fluorida dan memberus dengan betul. 

Harus juga diingatkan, walaupun anda hanya berinteraksi di dalam talian, tidak bermaksud anda tidak perlu menghindar bau nafas anda. Jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor gigi anda walaupun di musim PKP.

 

3) Potong kuku dan cuci rambut 

Kuku dan rambut anda menyimpan kotoran dan minyak. Kecuaian penjagaan kuku boleh menyebabkan keracunan makanan yang teruk kerana ada sisa makanan tertinggal dicelah kuku anda. 

Potong kuku setiap kali panjang walaupun spa pedicure dan manicure tutup, bukan alasan untuk anda menjaga kebersihan diri anda. Cuci rambut anda sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk menjaga kesegaran rambut.

Pastikan rambut berada dalam keadaan rapi agar sentiasa sihat bermaya dan tidak rosak. Penampilan akan lebih terserlah dengan rambut yang sihat bermaya walaupun hanya di hadapan kamera.

Anda harus ingat, anda memperlihatkan sebahagian badan anda kepada rakan sepejabat atau pelanggan anda. Selain daripada pakaian, penjagaan rambut juga mampu membentuk imej profesional dalam melaksanakan tugas.

 

4) Pilih baju selesa dan bersih

Cuba ubah pemilihan pakaian anda bekerja dari rumah. Bergayalah dengan pakaian normal yang biasa dipakai ke tempat kerja. Pakaian yang digayakan secara tidak langsung memberi impak terhadap emosi dan mood anda serta persepsi individu yang melihatnya.

Pilihlah pakaian yang fleksibel dan praktikal yang dapat membuatkan anda fokus kepada tugasan anda. Secara tidak langsung penampilan ini membantu anda tampak lebih serius dan berdisiplin untuk capai objektif dalam pekerjaan walaupun hanya beroperasi dari rumah. - Getaran, 4 September 2021


Semua gambar hiasan: Pexels dan Unsplash

Isu Pada

Cinta Dan Cita Amelia Henderson

04 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Lelaki Juga Perlu Titik Beratkan Penjagaan Diri Dan Wajah

2

Jelajah 2 tahun yang lalu

2 Pejabat Hibrid Anda Perlu Cuba Di KL!

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Gaya Di Getaran Ep. 28: Tip Jaga Kulit Muka Dan Solekan Dengan Emina Cosmetics

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Safi Hijabista Bodycare Perkenal 4 Produk Penjagaan Badan

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan