web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perjudian Binder Dalam Hujan Menjadi Di GP Austria

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2021 8:43AM

Percaturan berani Binder membuahkan hasil. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SPIELBERG - Penunggang dari Afrika Selatan Brad Binder menang perlumbaan MotoGP Austria selepas membuat perjudian berani untuk memilih tidak menukar motosikal bila hujan mula turun di pusingan terakhir.

Tidak seperti pesaing yang lain, Binder memilih untuk terus berlumba menggunakan tayar licik dan menamatkan perlumbaan di tempat pertama untuk kemenangannya yang kedua dalam kelas utama.

“Kadang-kadang kita perlu berani membuat percaturan dan hari ini ia berkesan,” katanya dalam sidang media pasca perlumbaan.

Perlumba dari Itali Francesco Bagnaia yang menunggang Ducati memilih untuk menukar kepada jentera cuaca hujan dan memintas enam penunggang di pusingan terakhir untuk merampas posisi kedua, 10 saat di belakang Binder.

Jorge Martin (Pramac Ducati), juara GP Styria minggu lepas di trek yang sama dan bermula di petak utama, menamatkan perlumbaan di tangga ketiga juga selepas menukar jentera.

Bila hujan mula turun dengan tinggal empat lagi pusingan, lima daripada enam perlumba teratas - Bagnaia, Marc Marquez, Fabio Quartararo, Martin dan Joan Mir - yang bergelut untuk mengawal jentera mereka masuk ke pit untuk menukar jentera.

Bagaimanapun Binder, membuat perjudian atas kebolehannya untuk mengawal jenteranya yang mengenakan tayar licik dalam keadaan hujan.

“Saya sedang mengalami perlumbaan yang teruk sebelum memilih untuk terus kekal di atas trek bila semua pelumba lain masuk ke pit,” kata pelumba KTM itu.

“Saya tidak merasa langsung tayar belakang, setiap kali saya membrek ia akan bergerak dengan tidak stabil.

“Bila saya nampak keadaan mula hujan, saya merapatkan diri ke kumpulan depan dan perasan yang mereka akan masuk ke pit. Saya memilih untuk pada saat akhir untuk cuba kekal di trek bila mereka masuk.

“Pada dua pusingan saya dapat mengawal moto dengan baik tetapi pada pusingan terakhir brek dan tayar saya menyejuk. Saya sukar untuk memberhentikan motosikal. Tak kisahlah sekuat mana saya menarik tuas brek, tiada apa yang berlaku. Saya benar-benar bergelut di atas trek.”

Quartararo (Yamaha) cuma mampu menamatkan perlumbaan di tangga ketujuh tetapi melebarkan kelebihannya di puncak kejuaraan dunia daripada 40 kepada 47 mata.

Dalam kelas Moto2, Raul Fernandez menang perlumbaan keempatnya musim ini di hadapan Ai Ogura dan Augusto Fernandez

Dalam kelas Moto3, Sergio Garcia menamatkan perlumbaan di tangga pertama di hadapan Deniz Oncu dan Dennis Foggia. - AFP

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad