web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KDA FC Tewas Kepada Selangor FC Di Lawan Sendiri

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2021 8:25AM

KDA FC tewas kepada Selangor FC dengan jaringan 2-4 pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, malam tadi. - Gambar dari Facebook Kedah Darul Aman FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kedah Darul Aman FC gagal mengutip tiga mata penuh di laman sendiri selepas tewas 2-4 di tangan Selangor FC, pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, malam tadi. 

Pada perlawanan tersebut, pasukan tuan rumah terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi sepakan lambung penyerang sensasi mereka Kpah Sean Sherman pada minit ke-23, yang menewaskan penjaga gol Selangor Sikh Izhan Nazreel Sikh Azman.

Selangor yang ketinggalan kemudian menggandakan asakan dan pada minit ke-27 pengadil perlawanan Muhammad Nazmi Nasaruddin, menghadiahkan sepakan penalti dan melayangkan kad merah kepada pemain Kedah Renan Da Silva Alves, kerana menampan bola hasil percubaan pasukan pelawat di hadapan pintu gol.

Sepakan penalti itu berjaya disempurnakan Ifedayo Olusegun, yang mengikat kedudukan 1-1 dengan Kedah.

Berselang dua minit kemudian, Selangor menambah gol kedua hasil kuisan pemain muda Ahmad Danial Ahmad Asri, yang menerima hantaran lintang Hein Htet Aung dari sebelah kiri gol Kedah.

Tersentak dengan jaringan itu, anak buah Ketua Jurulatih KDA FC Aidil Sharin Sahak melakukan serangan bertali arus dan hasilnya berjaya menambah gol kedua menerusi tandukan Anumanthan Mohan Kumar, hasil sepakan sudut Rabih Ataya pada minit ke-43.

Pasukan tuan rumah yang bermain 10 pemain cuba bertahan dengan asakan Selangor, namun gagal dengan menyaksikan pasukan pelawat menambah dua lagi gol pada minit ke-74 dan 90, kedua-duanya menerusi Ifedayo Olusegun.

Kedudukan 2-4 itu kekal sehingga tamat perlawanan. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad