web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Azizulhasni, Shah Firdaus Harapan Terakhir Malaysia Di Olimpik Tokyo

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2021 8:30AM

Shah Firdaus berjaya bangkit daripada mengalami kemalangan untuk melayakkan diri ke aksi suku akhir hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Hari terakhir, peluang terakhir.

Setelah hanya meraih satu pingat gangsa, Sukan Olimpik Tokyo 2020 bakal melabuhkan tirai pada hari ini, kontinjen Malaysia mengharapkan kayuhan menakjubkan daripada jaguh lumba basikal negara Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom untuk menghadirkan pingat, esok.

Aksi kedua-dua pelumba negara itu pastinya mendebarkan jutaan peminat sukan tanah air apabila mereka dijadual turun bagi memburu pingat, sekali gus merealisasikan sasaran tiga pingat buat Malaysia pada temasya Olimpik kali ini.

Azizulhasni, 33, dan Muhammad Shah Firdaus, 25, mengesahkan slot di peringkat suku akhir acara keirin selepas masing-masing melepasi cabaran pusingan pertama di Velodrom Izu, Shizuoka, kira-kira 175km dari bandar raya ini, semalam.

Sekiranya kedua-dua pelumba berkenaan melepasi saingan di suku akhir pagi ini, mereka akan bersaing di peringkat separuh akhir dan final yang akan berlangsung pada hari yang sama.

Berbekalkan pengalaman dan reputasi cemerlang meraih pingat gangsa pada temasya Olimpik 2016 di Rio, seluruh rakyat Malaysia menaruh harapan tinggi agar Azizulhasni mampu menghadiahkan sebutir pingat terutamanya pingat emas pertama negara di temasya Olimpik.

Begitu juga, Muhammad Shah Firdaus, selepas bangkit menampilkan kayuhan bertenaga untuk mara ke peringkat suku akhir walaupun terbabit dalam kemalangan pada saringan kedua semalam, aksi pelumba kelahiran Muar, Johor itu sekali lagi ditagih untuk menyumbangkan pingat buat negara.

Terdahulu dalam saingan pusingan awal semalam, Azizulhasni mengungguli pusingan pertama saringan tiga untuk melangkah ke suku akhir dengan penuh bergaya tanpa perlu melalui pusingan repechage, seperti yang dilaluinya dalam acara pecut.

Sementara Muhammad Shah Firdaus yang terbabit dalam kemalangan pada saringan kedua, bangkit menampilkan kayuhan bertenaga untuk mara ke suku akhir selepas menduduki tempat kedua dalam Saingan Satu pusingan pertama repechage di belakang Kwesi Browne dari Trinidad and Tobago.

Kejayaan itu menyaksikan pelumba berumur 25 tahun itu melakar perkembangan membanggakan dalam penampilan sulungnya dalam acara keirin Olimpik, terutama apabila beliau ‘terselamat’ di Saringan Dua pusingan pertama selepas berlanggar dengan Jack Carlin dari Great Britain.

Kemalangan itu turut menyaksikan Muhammad Shah Firdaus mengalami kecederaan bahu kiri akibat perlanggaran dan terpaksa menarik diri daripada perlumbaan yang dimulakan semula, dan mengharungi cabaran dalam saingan repechages.

Dalam saingan suku akhir, Azizulhasni berada dalam Saringan Tiga bersama Matthew Glaetzer dari Australia, Stefan Boetticher (Jerman), Yuta Wakimoto (Jepun), Denis Dmitriev (ROC) dan Kwesi Browne dari Trinidad and Tobago.

Sementara, Muhammad Shah Firdaus akan bersaing dengan Carlin di Saringan Dua bersama Maximilian Levy (Jerman), Callum Saunders (New Zealand), Jair Tjon En Fa (Suriname) dan Nicholas Paul dari Trinidad and Tobago.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata beliau dimaklumkan oleh pegawai perubatan kontinjen negara bahawa Muhammad Shah Firdaus berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami patah tulang rusuk seperti dilaporkan sebelum ini.

“Saya berada di sana (Velodrom Izu), pelanggaran yang berlaku itu impaknya kelihatan begitu menakutkan. Namun, kesungguhan Shah Firdaus bangkit semula dalam pusingan repechage dan akhirnya mara ke suku akhir, sebenarnya satu kekuatan yang ditunjukan oleh beliau.

“Di dalam ambulans pun dia masih minta dia nak turun bertanding. Tapi apa pun bagi saya, keselamatan dan keadaan kesihatan Shah Firdaus adalah keutamaan,” katanya dalam klip video yang dikongsikan kepada media daripada pejabat Menteri Belia dan Sukan.

Sementara itu, Muhammad Shah Firdaus dalam Instagramnya menyatakan beliau dalam keadaan baik dan berjanji akan mempamerkan prestasi terbaik pada perlumbaan esok

Sementara itu, di Kasumigaseki Country Club, pemain golf wanita negara Kelly Tan mempamerkan persembahan baik untuk menduduki tempat ke-34 keseluruhan pada hari terakhir kempennya di Sukan Olimpik Tokyo semalam.

Keputusan itu bermakna Kelly berjaya memperbaiki rekod dalam penampilan kedua beliau pada Sukan Olimpik, selepas menduduki tempat ke-51 di Rio 2016.

Pemain golf berumur 27 tahun itu menamatkan saingan pusingan akhir dalam acara individu wanita dengan mendaki 14 anak tangga daripada kedudukan semalam, untuk berkongsi kedudukan di tempat ke-34 dengan Min Lee dari Taiwan, Celine Boutier (Perancis) dan Pia Babnik (Slovakia).

Setakat ini, Malaysia hanya meraih satu pingat gangsa menerusi pasangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang juga pingat pertama Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo, dalam acara beregu badminton lelaki. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Shah Firdaus Sukar Terima Hakikat Terlepas Peluang Raih Pingat

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Azizulhasni Perlu Berhati-Hati Mainan Taktikal Lawan

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Azizulhasni Yakin Ketahanan Mentalnya Lebih Mantap

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Azizulhasni Tinggalkan Saingan Kebangsaan, Pertahan Emas Keirin

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad