web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Azizulhasni Hidupkan Peluang Raih Emas

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2021 5:23PM

Mohd Azizulhasni Awang berjaya menghidupkan peluang dan harapan untuk merangkul pingat emas negara pertama dalam Olimpik Tokyo hari ini di gelanggang Izu Velodrome di Shizuoka, Tokyo, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Pelumba basikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang berjaya menghidupkan peluang dan harapan untuk merangkul pingat emas negara pertama dalam Olimpik Tokyo hari ini di gelanggang Izu Velodrome di Shizuoka, di sini.

Bekas juara dunia berumur 33 tahun itu mengungguli acara keirin lelaki pusingan pertama - saringan tiga, untuk melangkah ke saingan suku akhir yang dijadualkan esok dengan penuh bergaya, tanpa perlu melalui repechage, seperti yang dilaluinya dalam acara pecut.

Bagaimanapun Mohd Azizulhasni menerima saingan sengit daripada lima lagi pelumba termasuk Nicholas Paul dari Trinidad and Tobago, yang menduduki tempat keempat dalam acara pecut.

Mohd Azizulhasni yang merangkul pingat gangsa dalam acara keirin pada Olimpik Rio 2016 kelihatan selesa semasa tiba di garis penamat, di hadapan Paul, manakala Patryk Rajkowski dari Poland di tempat ketiga.

Malaysia setakat ini hanya memenangi satu pingat gangsa melalui acara badminton, dan kini usaha kontinjen negara untuk mencapai matlamat utamanya memenangi pingat emas, berterusan sehingga hari terakhir Sukan Tokyo 2020 yang secara rasmi menutup tirainya esok.

Muhammad Shah Firdaus Sahrom mengalami kecederaan bahu akibat perlanggaran dan terpaksa menarik diri dari perlumbaan yang dimulakan semula, dan mengharungi cabaran dalam repechages. - Gambar AFP
Muhammad Shah Firdaus Sahrom mengalami kecederaan bahu akibat perlanggaran dan terpaksa menarik diri dari perlumbaan yang dimulakan semula, dan mengharungi cabaran dalam repechages. - Gambar AFP

Sementara itu seorang lagi pelumba basikal trek elit negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom menyusul untuk bersama dengan Azizulhasni melangkah ke saingan peringkat suku akhir selepas menduduki tempat kedua dalam Saingan Satu pusingan pertama repechage di belakang Kwesi Browne dari Trinidad and Tobago.

Kejayaan itu menyaksikan pelumba berumur 25 tahun itu melakar perkembangan yang membanggakan dalam penampilan sulungnya dalam acara keirin Olimpik, terutama apabila beliau ‘terselamat’ di Saringan Dua pusingan pertama selepas berlanggar dengan Jack Carlin dari Britain yang memenangi pingat gangsa dalam acara pecut semalam.

Kejadian berlaku semasa Muhammad Shah Firdaus cuba memasuki satu ruang yang terbuka dengan Matthijs Buchli dari Belanda di hadapan mengalami kemalangan, dan kemalangan itu turut menyaksikan Sergey Ponomaryov dari Kazakhstan terus tersingkir, dan perlumbaan harus dimulakan semula setelah semua saringan berakhir.

Kemalangan itu turut menyaksikan Muhammad Shah Firdaus mengalami kecederaan bahu akibat perlanggaran dan terpaksa menarik diri dari perlumbaan yang dimulakan semula, dan mengharungi cabaran dalam repechages.

Dalam saingan peringkat suku akhir esok, Mohd Azizulhasni berada dalam Saringan Tiga bersama dengan Matthew Glaetzer dari Australia, Stefan Boetticher (Jerman), Yuta Wakimoto (Jepun), Denis Dmitriev (Jawatankuasa Olimpik Rusia) dan Kwesi.

Sementara itu Muhammad Shah Firdaus pula akan bersaing dengan Carlin di Saringan Dua bersama dengan Maximilian Levy (Jerman), Callum Saunders (New Zealand), Jair Tjon En Fa (Suriname) dan Paul. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar