web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Azizulhasni Simpan Pecutan Untuk Aksi Sabtu Ini

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2021 8:17AM

Azizulhasni akan turun ke gelanggang bagi acara keirin, iaitu acara kegemarannya, pada Sabtu ini di Sukan Olimpik Tokyo. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang berjanji akan berjuang habis-habisan dalam acara kegemarannya iaitu keirin di Sukan Olimpik Tokyo, Sabtu ini.

Azizulhasni yang mendapat julukan The Pocket Rocketman itu berpendapat peluangnya untuk mengungguli acara keirin tampak cerah selepas terlepas peluang melayakkan diri ke peringkat suku akhir acara pecut semalam.

Azizulhasni yang merupakan pemenang pingat gangsa keirin di Rio 2016 sebaliknya bersyukur tersingkir dalam acara pecut kerana situasi itu dapat memberi kelebihan kepadanya terutamanya bagi mendapat rehat secukupnya sebelum kembali beraksi di Velodrome Izu.

Katanya, mengikut perancangan asal bersama jurulatihnya, John Beasley, beliau memaklumkan tidak akan menumpukan peluang beraksi di suku akhir sekiranya tidak berupaya mengatasi pelumba Belanda, Jeffrey Hoogland, dalam perlumbaan pusingan ketiga 1/8.

“Sekiranya masuk suku akhir, akan jumpa pelumba sama, jika kalah akan bersaing dalam perlumbaan penentuan lima hingga lapan terbaik, jadi akan ada banyak perlumbaan.

“Ia akan menyebabkan saya penat dan tak dapat cukup rehat, jadi amat penting untuk kita atur strategi betul untuk beri tumpuan penuh dalam keirin,” katanya dalam video yang dimuat naik dalam saluran YouTube Azizul Awang bertajuk ‘Pecutan Hari Kedua | Perjalanan Azizul Awang Mengejar Kilauan Emas’, semalam.

Hoogland yang memecahkan rekod Olimpik dengan masa 9.215 saat dalam pusingan kelayakan pada Rabu (4 Ogos), memenangi perlumbaan dengan mencatatkan masa 9.831s iaitu 0.040s lebih pantas daripada Azizulhasni pada perlumbaan Saringan Satu peringkat ketiga 1/8.

Kekalahan itu menyaksikan Azizulhasni terpaksa beraksi dalam Saringan Satu perlumbaan Repechages 1/8 namun sekadar menduduki tempat kedua di belakang juara bertahan, Jason Kenny dari Great Britain yang merekodkan masa 10.066 saat untuk memenangi perlumbaan itu, manakala pelumba tuan rumah, Yuta Wakimoto ketiga.

Mengulas mengenai prestasi semalam, pelumba berusia 33 tahun itu tetap gembira dengan kayuhan diperagakannya walaupun terkandas di peringkat ketiga.

Menurutnya, pelumba yang bersaiz besar mempunyai kelebihan dari segi tenaga untuk menguasai acara pecut berbanding pelumba yang bersaiz kecil sepertinya.

Juara dunia dari Dungun, Terengganu itu pada masa sama memohon maaf kepada rakyat Malaysia susulan kegagalannya untuk mara lebih jauh dalam acara pecut.

Selain Azizulhasni, seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom tidak berjaya mara ke suku akhir selepas tewas dalam Saringan Dua perlumbaan Repechages 1/8.

Pelumba berusia 25 tahun itu menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, di belakang pelumba Perancis Sebastien Vigier yang memenangi perlumbaan dengan catatan 10.169s, manakala Sam Webster dari New Zealand di tempat kedua.

Sebelum itu, Muhammad Shah Firdaus gagal membalas dendam kekalahan kepada Harrie Lavreysen dalam perlumbaan Pusingan Pertama 1/32 semalam, apabila sekali lagi tewas kepada pelumba Belanda itu yang mencatatkan masa 9.635s untuk memenangi Saringan Dua perlumbaan 1/8.

Bagaimanapun, beliau masih mempunyai peluang akhir untuk menyinar di negara matahari terbit apabila turut dijadual beraksi bersama Azizulhasni dalam acara keirin. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Azizulhasni Perlu Berhati-Hati Mainan Taktikal Lawan

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Azizulhasni Yakin Ketahanan Mentalnya Lebih Mantap

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Azizulhasni Tinggalkan Saingan Kebangsaan, Pertahan Emas Keirin

4

Sukan 2 tahun yang lalu

The Pocket Rocketman Nyatakan Hasrat Mahu Velodrom Asas Di Seluruh Negara

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad