web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JDT Kekal Penguasaan Di Persada Liga Super, Menang Tipis Melaka United 1-0

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2021 8:09AM

Gol awal Bergson cukup bagi JDT membawa pulang tiga mata. - Gambar dari Facebook JDT

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaringan penalti Bergson Da Silva seawal minit ke-9 cukup membuatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kekal di persada Liga Super selepas menewaskan Melaka United 1-0 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam tadi.

Anak buah Benjamin Mora dalam momentum mengekalkan rentak kemenangan berterusan mengumpul 42 mata keseluruhan, selesa meninggalkan pencabar pasukan Terengganu FC dengan jurang 11 mata.

Bersambung babak kedua Melaka United masih buntu mencorakkan sebarang serangan mematahkan kubu pertahanan Harimau Selatan sehingga minit-minit terakhir wisel penamat dibunyikan.

Bagi perlawanan berlangsung di Stadium Perak, Ipoh menyaksikan Penang FC menewaskan Perak FC 5-3 dalam aksi kejar-mengejar menyumbat gol.

Gol skuad Black Panthers dijaringkan menerusi hatrik Rafael Vitor pada minit pertama, minit ke-8 dan minit ke-28 selain menerusi Casagrande pada minit ke-21 serta Abdul Aziz Rahim pada minit ke-88.

Skuad The Bos Gaurus turut melakar hatrik menerusi Nana Poku pada minit ke-16, dan dua jaringan penalti di minit ke-35 dan ke-58.

Satu lagi aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor FC menang ke atas UiTM FC 2-0 hasil jaringan Sharul Nazeem Zulpakar pada minit ke-27 serta Ifedayo Olesegun pada minit ke-57.

Dalam pada itu aksi tunggal Liga Premier, Terengganu FC II (TFC II) menentang Sarawak United di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu berkesudahan dengan keputusan 1-0.

Gol dijaringkan pasukan TFC II pada minit ke-20 oleh pendahulu senarai penjaring terbanyak Liga Premier Jordan Mintah menerusi sepakan penalti.

Kemenangan itu sekali gus berjaya melonjakkan TFC ll ke tangga teratas liga dengan 28 mata. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Walaupun Tak Beraksi, Faisal Halim Peroleh Semangat Baharu

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Penang FC Benam KDN FC 3-0

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad