web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terengganu FC Gagal Kutip Mata Penuh Di Laman Sendiri

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2021 9:07AM

Aung Kaung Mann (depan) meraikan jaringannya ketika menentang PJ City FC pada perlawanan Liga Super 2021 di Stadium Darul Makmur malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Terengganu FC terlepas peluang untuk mengutip tiga mata penuh selepas sekadar seri tanpa jaringan ketika menerima kunjungan Sabah FC, di Stadium Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu malam tadi.

Keputusan perlawanan malam tadi, membuatkan skuad Penyu itu yang masih kekal di tangga kedua dengan 31 mata selepas 16 perlawanan, dibezakan dengan lapan mata daripada pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan pula pasukan tuan rumah Sri Pahang FC, memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri dengan menewaskan PJ City FC 1-0.

Gol tunggal skuad bimbingan Dollah Salleh itu dihasilkan menerusi jaringan Aung Kaung Mann pada minit ke-15, sekali gus meletakkan pasukan itu berada di tangga kesembilan liga di belakang PJ City FC.

Aksi Liga Premier pula menyaksikan PDRM FC terikat 0-0 ketika bertemu Skuad Projek FAM-MSN dalam aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras dekat sini.

Manakala satu lagi perlawanan di antara Johor Darul Ta'zim II (JDT II) dan Kelantan United FC, menyaksikan pasukan tuan rumah mengalahkan pasukan pelawat 3-0, di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin.

Dua gol JDT II dihasilkan pemain Fernando Rodriguez Ortega masing-masing pada minit ke-16 dan minit ke-61, sebelum satu lagi gol diperolehi menerusi jaringan gerakan solo Muhamad Alif Abdul Mutalib pada minit ke-86 perlawanan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Kim Swee Yakin Sabah FC Mampu Mara Ke Separuh Akhir Piala FA

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Terengganu Berpesta Gol, Kedah Bawa Bekalan Tipis Ke Alor Setar

3

Sukan 2 tahun yang lalu

TFC Di Kedudukan Teratas Liga, Benam Kelantan 3-0

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Malaysia: Lebih 4,000 Penyokong JDT Ke Stadium Nasional Bukit Jalil

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad