web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bergson Catat Hatrik, JDT Kecewakan Perak FC 5-0

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2021 7:51AM

Bergson Da Silva meraikan hatriknya menentang Perak. - Gambar dari Facebook JDT

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaringan hatrik Bergson Da Silva memastikan Johor Darul Ta’zim (JDT) menghukum pasukan kedua tercorot Liga Super, Perak FC 5-0 dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi.

Skuad kendalian Benjamin Mora turun dengan misi mengekalkan momentum kemenangan berterusan terlebih dahulu menyentap perasaan skuad The Bos Gaurus menerusi jaringan pemain import kelahiran Brazil itu pada minit ke-19.

Bersambung babak kedua, derita Perak FC berganda selepas Bergson meletakkan JDT selesa di depan dengan jaringan pada minit ke-47 dan ke-59 sekali gus berkongsi kedudukan penjaring terbanyak Liga Super dengan pemain Selangor Ifedayo Olusegun.

Perak FC seakan tidak berdaya untuk menggempur kubu pertahanan JDT dan kelebihan itu terus digunakan sepenuhnya selepas Gonzalo Cabrera menjaringkan gol pada minit ke-86 dan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-89 .

Di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, tuan rumah Penang FC terpaksa akur dengan kekalahan 1-4 kepada Selangor FC walaupun berjaya mengikat pasukan pelawat 1-1 pada separuh masa pertama perlawanan.

Ifedayo menyumbang dua gol buat pasukan Gergasi Merah pada minit ke-15 dan 90, selain menerusi jaringan Ahmad Danial Ahmad Asri (minit ke-49) dan Sean Eugene Selvaraj (minit ke-56) manakala gol tunggal Penang FC dijaringkan David Rowley pada minit ke-39.

Selangor kini menduduki tangga kelima Liga Super dengan 23 mata di belakang JDT selaku pendahulu.

Kuala Lumpur City FC pula terpaksa berpuas hati dengan satu mata apabila terikat 1-1 dengan Melaka United dalam aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras di sini.

Sementara itu, dalam aksi Liga Premier, Negeri Sembilan FC berpesta gol apabila menang 5-0 ke atas Perak FC II dalam aksi berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Kelantan FC pula gagal memanfaat peluang bermain di tempat sendiri selepas tewas kepada Terengganu FC II 0-2 dalam aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada perlawanan petang tadi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Walaupun Tak Beraksi, Faisal Halim Peroleh Semangat Baharu

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 57 minit yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar