Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Zii Jia, Aaron-Wooi Yik Jadi Tumpuan Hari Ini

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2021 8:12AM

Acara badminton akan menjadi tumpuan hari ini dengan Lee Zii Jia dan  Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan mewakili negara di peringkat pusingan kalah mati. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Acara badminton bakal menjadi tumpuan peminat sukan tanah air pada hari ketujuh Sukan Olimpik Tokyo 2020 hari ini, menampilkan dua wakil negara di peringkat pusingan kalah mati.

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mara ke pusingan 16 pemain terbaik, setelah mencatat kemenangan kedua berturut-turut selepas membenam pemain Perancis Brice Leverdez 21-17, 21-5 pada aksi terakhir peringkat kumpulan di Musashino Forest Sport Plaza, 

Namun, tugas berat menanti Juara All England 2021 itu yang membuat penampilan sulung di pentas Olimpik, apabila dijadual berdepan pemain ranking keenam dunia dan pemenang pingat emas temasya edisi Rio 2016, Chen Long dari China. 

Tugas sukar juga menanti beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang diundi bertemu gandingan nombor satu dunia Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon dari Indonesia pada aksi suku akhir, pagi ini.

Pasangan utama negara itu mengesahkan tiket ke suku akhir selaku naib juara Kumpulan D selepas menewaskan beregu Kanada, Jason Ho-Shue/Nyl Yakura 21-15, 21-1.

Dalam pada itu, cabaran pemain perseorangan wanita utama negara Soniia Cheah Su Ya di temasya sukan berkenaan berakhir selepas tumpas di tangan pemain ranking keenam dunia Ratchanok Intanon dari Thailand.

Soniia, 28, yang membuat penampilan sulung di pentas Olimpik dengan lawan pertamanya Laura Sarosi dari Hungary menarik diri akibat kecederaan pada aksi pembukaan Kumpulan N semalam, tumpas kepada bintang Thailand itu, 19-21, 21-18, 21-10.

Di Lapangan Memanah Yumenoshima, jaguh memanah negara Khairul Anuar Mohamad beraksi cemerlang apabila mara ke pusingan ketiga acara Recurve Individu Lelaki selepas mengharungi dua perlawanan mendebarkan .

Pemanah berusia 29 tahun itu yang menghuni ranking ke-15 dunia, terpaksa mengharungi dua saingan  “shoot-off” atau satu panahan penentuan dalam aksi penuh dramatik, apabila terikat 5-5 selepas lima set berdepan kedua-dua lawannya itu.

Khairul Anuar, bagaimanapun berdepan tugas berat pada pusingan ketiga pada Sabtu ini (31 Julai) apabila dijadual turun berdepan pemanah Korea Selatan, Kim Woojin yang berada di kedudukan keempat dalam saingan pusingan penentuan ranking, Jumaat lepas.

Pada saingan pusingan pertama semalam, pemanah kelahiran Kemaman, Terengganu itu mengatasi Antti Vikstrom dari Finland sebelum meneruskan aksi bertenaga di pusingan kedua untuk mengetepikan cabaran pemanah China, Wang Dapeng.

Pada kedua-dua aksi penentuan itu, Khairul Anuar yang terkandas pada pusingan kedua pada temasya edisi Rio 2016, melakukan panahan 10 mata maksimum, berbanding lawan beliau, masing-masing dengan sembilan mata.

Sementara itu, atlet pelayaran negara Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali, memulakan aksi yang mengecewakan selepas gandingan itu menamatkan saingan hari pertama acara International 470 Wanita di kedudukan tiga tercorot, semalam.

Bagaimanapun, semangat juang tinggi Nuraisyah yang bertindak sebagai “helm” dan Juni (kru), menyaksikan mereka tetap mengharungi cabaran laut bergelora untuk menamatkan saingan di kedudukan ke-18 dan ke-20, masing-masing dalam perlumbaan pertama dan kedua

Selepas dua siri perlumbaan, Nuraisyah dan Juni berada di tempat ke-19 dengan 38 mata bersih dan dijadual turun beraksi pada perlumbaan ketiga dan keempat.

Sementara itu, perenang kebangsaan Phee Jinq En menutup kempen Olimpik Tokyo di tempat kelapan pada saringan pertama acara 200 meter (m) kuak dada wanita.

Pada acara berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo itu, Jinq En menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 2:32.57 saat (s) sekali gus gagal memperbaiki catatan terbaiknya 2:32.38s, ketika beliau memenangi pingat gangsa Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina.

Jinq En, 23, juga gagal untuk layak ke pusingan berikutnya pada penampilan keduanya di Olimpik. 

Dalam pada itu, pemain golf profesional negara, Gavin Kyle Green akan memulakan aksi pusingan pertama acara golf individu di Kasumigaseki Country Club, hari ini.

Sementara atlet pelayaran Khairulnizam Mohd Afendy dan Nur Shazrin Mohamad Latif, pula masing-masing akan meneruskan Perlumbaan 7 dan 8 Laser Standard dan Laser Radial di Enoshima Yacht Harbour. - Bernama

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar, Sanusi Dijadual Adakan Pertemuan Rasmi Di Kedah 4 Mei Depan

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 1 hari yang lalu

KDA FC Langsai Keseluruhan Tunggakan Gaji Pemain, Pegawai

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Panggilan ‘Scam’ Tahun Lalu Meningkat Lebih 100 Peratus

Semasa 2 jam yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar