web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jinq En Tamatkan Aksinya Di Olimpik Tokyo

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 8:22PM

Jinq En memperbaiki catatan terbaiknya dalam acara 200m kuak dada. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Perenang kebangsaan Phee Jinq En menutup kempen Olimpik Tokyonya di tempat kelapan pada Saringan Satu acara 200 meter (m) kuak dada wanita, hari ini.

Pada acara berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo itu, Jinq En menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 2:32.57 saat (s) sekali gus gagal memperbaiki catatan terbaiknya 2:32.38s, ketika beliau memenangi pingat gangsa di Sukan SEA 2019 di  Manila, Filipina.

Perenang Republik Czech Kristyna Horska, muncul perenang terpantas dalam Saringan Satu dengan mencatatkan 2:25.03s, manakala perenang Ireland Mona McSharry kedua (2:25.08s) dan ketiga Kotryna Teterevkova dari Lithuania (2:26.82s).

Jinq En yang berusia 23 tahun itu, juga gagal untuk layak ke pusingan berikutnya pada penampilan keduanya di Olimpik selepas menduduki tempat terakhir daripada 31 perenang keseluruhan di Olimpik Rio 2016.

Hanya 16 perenang terbaik melangkah ke separuh akhir yang akan berlangsung esok (29 Julai).

Bekas perenang negara Siow Yi Ting masih memegang rekod 200m kuak dada kebangsaan berusia 12 tahun, iaitu 2:27.80 yang dilakukannya di Beijing 2008.

Walaupun prestasi Jinq En kurang menyerlah pada acara 200m itu, beliau boleh berbangga dengan pencapaiannya memecahkan rekod kebangsaan miliknya bagi acara 100m kuak dada wanita, yang dilakukannya pada Ahad (25 Julai).

Jinq En mencatatkan 1:08.40s yang memadamkan rekodnya yang terdahulu 1:08.50s yang dilakukannya ketika memenangi pingat emas Sukan SEA di Manila.

Pada perlumbaan Saringan Dua itu, Jinq En berada di tempat kedua di belakang Andrea Podmanikova dari Slovakia (1:08.36).

Tilali Scanlan dari American Samoa di tempat ketiga (1:10.01).

Namun Jinq En hanya berada pada kedudukan ke-29 daripada 43 perenang keseluruhan, dan gagal menempatkan dalam kalangan 16 perenang untuk layak ke separuh akhir. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Peja Nafi Ketidakstabilan Politik Jadi Punca Program Podium Tak Diteruskan

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Atlet Naturalisasi, Gangguan Seksual Antara Sebab Sasaran Gagal Dicapai

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Kontroversi Sukan SEA: ‘Saya Tidak Akan Minta Maaf Kerana Menghantar Atlet Muda – Hannah

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Peluang Kem Negara Capai Sasaran 40 Emas Hampir Mustahil

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran