web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nuraisyah, Juni Bergelut Dengan Keadaan Ombak Besar Dan Angin Kuat

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 7:46PM

Nuraisyah Jamil (kanan) dan Juni Karimah Noor Jamali menghabiskan masa yang lama di venue untuk memperbaiki kesilapan selepas acara tamat. - Gambar dari Twitter AtletMalaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Ia bukan lah permulaan Sukan Olimpik Tokyo 2020 diimpikan atlet pelayaran negara Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali, selepas gandingan itu menamatkan saingan hari pertama acara International 470 Wanita di kedudukan tiga tercorot, hari ini.

Keadaan ombak besar dan angin kuat di Enoshima Yacht Harbour, turut mempengaruhi persembahan kurang memberangsangkan gandingan yang kali pertama membuat penampilan di pentas Olimpik itu.

Bagaimanapun, semangat juang tinggi Nuraisyah yang bertindak sebagai ‘helm’ dan Juni (kru), menyaksikan mereka tetap mengharungi cabaran laut bergelora untuk menamatkan saingan di kedudukan ke-18 dan ke-20, masing-masing dalam perlumbaan pertama dan kedua.

Jurulatih kebangsaan Muhammad Sahir A Rahim berkata, beliau telah mengenal pasti beberapa masalah yang menghalang anak buahnya daripada mencapai kelajuan maksimum, terutama ketika berdepan kelajuan angin mencecah 20 knot dan ombak setinggi 2 meter (m).

“Keadaan ombak dan angin seperti itu baru terjadi pada perlumbaan hari ini, jadi selepas acara tamat kami menghabiskan masa yang lama di venue untuk memperbaiki kesilapan itu, terutama dari segi handling dan sistem (yang mengganggu rentak belayar),” katanya ketika dihubungi Bernama.

“Esok keadaan cuaca dijangka angin lebih kuat dan ombak lebih besar, tetapi kita harap dengan persediaan dibuat hari ini, kita tidak akan menghadapi masalah,” tambah beliau yang mengakui anak buahnya tidak mempunyai pengalaman luas, untuk berdepan cuaca sebegitu.

Beliau berkata keadaan cuaca itu memberikan kelebihan kepada pelayar Eropah yang lebih berpengalaman, untuk memanfaatkan sepenuhnya kedua-dua perlumbaan hari ini.

Kedua-dua perlumbaan itu diungguli gandingan di ranking kelima dunia Agnieszka Skrzypulec dan Jolanta Ogar dari Poland, sekali gus menerajui kedudukan keseluruhan daripada 21 pasangan dengan dua mata bersih.

Selepas dua siri perlumbaan, Nuraisyah dan Juni berada di tempat ke-19 dengan 38 mata bersih dan dijadual turun beraksi pada perlumbaan ketiga dan keempat esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

2

Sukan 4 tahun yang lalu

Raih Perak, Azizulhasni Tidak Dapat Kawal Tangisan

3

Sukan 4 tahun yang lalu

Perak Di Tokyo, Emas Di Hati Kami -  Keluarga Azizulhasni

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Pandelela Tidak Patah Semangat, Mahu Terus Beraksi Di Paris

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 5 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad