web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Olimpik: Cabaran Syaqiera Berakhir, Tewas Pada ROC

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2021 4:58PM

Syaqiera Mashayikh - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Selepas mencipta rekod panahan peribadi terbaik, cabaran pemanah negara Syaqiera Mashayikh di Sukan Olimpik Tokyo 2020, berakhir dengan kekecewaan selepas gagal memanfaatkan peluang terhidang pada pusingan pertama acara recurve individu wanita, hari ini.

Syaqiera, 20, ditunjukkan jalan keluar oleh pemanah yang mewakili Jawatankuasa Olimpik Rusia (ROC) Elena Osipova, dengan keputusan 4-6.

Pada aksi di Lapangan Memanah Yumenoshima Park, atlet kelahiran Segamat, Johor itu menikmati permulaan positif dengan kemenangan 26-25 pada set pertama, meskipun tangan kirinya dilihat menggeletar ketika melakukan panahan.

Keadaan tangannya itu kekal dalam set berikutnya menyaksikan beliau gagal meneruskan momentum pada set kedua, apabila tewas 26-28 sebelum terikat 26-26 dan 25-25 masing-masing pada set ketiga dan keempat, menjadikan kedudukan terikat 4-4.

Memasuki set terakhir, Syaqiera dan Osipova masing-masing mengutip sembilan mata pada panahan pertama sebelum atlet ROC itu mendahului 19-18 pada panahan kedua dan mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya dengan keputusan 29-23.

Jumaat lepas, Syaqiera mencipta sensasi, selepas menamatkan saingan pusingan penentuan ranking di kedudukan ke-43 dengan memperbaiki rekod 619 mata, yang dilakukan pada kelayakan terakhir Olimpik di Paris Jun lepas sekali gus menjadi rekod peribadi terbaiknya.

Sementara itu, kekalahan Syaqiera menyaksikan tumpuan kini terarah kepada jaguh memanah negara Khairul Anuar Mohamad, yang akan turun beraksi dalam pusingan pertama acara recurve individu lelaki menentang Antti VIkstrom dari Finland di venue sama, esok pagi. - Bernama 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad