web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aksi Pandelela-Mun Yee Jadi Tumpuan Pada Hari Kelima Olimpik Tokyo

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2021 8:02AM

Pendelela-Mun Yee akan memulakan kempen mereka hari ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Fokus peminat sukan tanah air sudah pasti tertumpu kepada gandingan Pandelela Rinong-Leong Mun Yee untuk menghadiahkan pingat pertama kepada Kontinjen Malaysia pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila kedua-dua penerjun negara itu turun beraksi, esok.

Selepas meraih pingat perak dalam acara terjun 10m platform seirama wanita bersama Cheong Jun Hoong pada edisi Rio 2016, Pandelela, 28, yang akan memulakan kempen di Tokyo dalam acara sama kali ini bersama Leong Mun Yee, 36, diletakkan sandaran untuk menamatkan cabaran di kedudukan podium.

Kedua-dua penerjun berkenaan dijadual beraksi di final acara itu pada pukul 3 petang waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia) di Pusat Akuatik Tokyo.

Mengulas penampilan kedua-dua penerjun negara itu esok, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican percaya berdasarkan pengalaman dimiliki Pandelela dan Mun Yee dalam  Sukan Olimpik, mereka mampu memberikan keputusan positif kepada Kontinjen Malaysia.

Sukan Olimpik Tokyo adalah penyertaan kali keempat berturut-turut buat Pandelela sejak kali pertama di Olimpik Beijing 2008, manakala temasya kali ini adalah kelima bagi Mun Yee bermula pada 2000, 2004, 2008 dan 2012.

Malah, katanya pencapaian Pandelela-Mun Yee yang layak ke Olimpik Tokyo selepas memenangi pingat perak acara berkenaan dengan mengumpulkan 312.72 mata pada Kejohanan Terjun Dunia FINA ke-18 di Korea Selatan pada Julai 2019, meletakkan mereka di kedudukan baik untuk meraih pingat pada temasya kali ini.

“Walaupun bakal berdepan cabaran dari penerjun Kanada, Britain dan sudah tentunya China, pada saya tidak mustahil daripada acara terjun kita boleh mendapat perkhabaran gembira sebagai permulaan rentak berita baik kepada Kontinjen Malaysia,” katanya ketika ditemui di Musashino Forest Sport Plaza semalam.

Sementara itu, pemanah negara Syaqiera Mashayikh dijadual berdepan pemanah Rusia Elena Osipova pada pusingan pertama acara Individu Recurve Wanita di Lapangan Memanah Yumenoshima Park di Tokyo, hari ini.

Pada Jumaat lepas, atlet kelahiran Segamat, Johor itu memulakan saingan hari pertama acara memanah dengan bergaya selepas mencatat rekod peribadi terbaik pada pusingan penentuan ranking acara berkenaan.

Syaqiera, 20, menamatkan saingan di tempat ke-43 daripada keseluruhan 64 peserta dengan berjaya memperoleh 630 mata sekali gus memperbaiki rekod 619 mata dilakukan pada kelayakan terakhir Olimpik di Paris Jun lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Peguam Negara Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Pingat Sempena Keputeraan Agong

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Kami Boleh Bersara Jika Ada Atlet Pelapis - Pandelela

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekas KSU MOTAC Ketuai 302 Penerima Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Persekutuan

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Kejayaan Raih 32 Pingat Di Sukan Asia Hangzhou Tutup Mulut Pengkritik  

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad