web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Olimpik: Aaron-Wooi Yik Perlu Menang Esok

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2021 9:20PM

Aaron dan Wooi Yik perlu menang dalam perlawanan menentang wakil Kanada esok untuk mara ke peringkat suku akhir. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal meneruskan rentak kemenangan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila tumpas kepada pasangan Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dalam aksi kedua Kumpulan D, hari ini.

Walaupun menampilkan semangat juang tinggi terutama pada set kedua, pasangan muda negara yang berada di ranking kesembilan dunia itu gagal menyaingi kehebatan juara dunia tiga kali dari Indonesia dalam aksi yang berlangsung di Musashino Forest Sport Plaza

Gandingan Malaysia itu tumpas 16-21 di set pertama, dan bangkit pada set kedua apabila mendahului 11-6 pada satu ketika sebelum terpaksa akur di tangan pasangan Indonesia itu 19-21.

Berikutan kekalahan itu, Aaron-Wooi Yik perlu menang pada pertemuan terakhir kumpulan menentang wakil Kanada Jason Ho-Shue-Nyl Yakura esok untuk mara ke peringkat suku akhir.

Hanya dua beregu teratas dalam kumpulan akan mara ke suku akhir.

Mengulas mengenai pertemuan itu, Aaron berkata mereka tidak berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan kerana sering melakukan kesilapan sehingga membolehkan pasangan Indonesia itu mengutip mata mudah.

“Pada set kedua kita bermain dengan baik, tetapi selepas ‘interval’ kami gagal mengekalkan permainan,” katanya dan menambah mereka akan beraksi bermati-matian menentang wakil Kanada itu pada pertemuan esok untuk layak ke suku akhir.

Beliau berkata mereka tidak pernah berdepan pasangan dari Kanada itu, sebaliknya hanya menonton video bagi mengetahui corak permainan lawan mereka itu.

Pada aksi pembukaan dua hari lepas, gandingan muda negara itu menumbangkan beregu Korea Selatan, Choi Solgyu-Seo Seungjae 24-22, 21-15.

Sementara itu, beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying gagal meraih sebarang kemenangan pada penampilan di Sukan Olimpik Tokyo apabila tewas tiga kali berturut-turut dalam aksi peringkat kumpulan.

Pada aksi hari ini, Peng Soon-Liu Ying terpaksa akur di tangan pasangan nombor tiga dunia dari China, Wang Yilyu-Huang Dong Ping 13-21, 19-21.

Ketika ditemui pemberita, Peng Soon mengakui prestasi mereka terkesan pada temasya sukan itu kali ini kerana terlalu mahukan kemenangan dan meraih keputusan yang cemerlang.

“Kita sudah bermain habis-habisan, tetapi keputusan di Sukan Olimpik Tokyo mengecewakan,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 3 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad