Berita Terkini

5 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Jangan Sokong Hanya Bila Kami Berjaya - Nur Dhabitah

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2021 4:57PM

Nur Dhabitah Sabri - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Ia tiada faedah dan tidak sihat,” itu reaksi penerjun wanita Nur Dhabitah Sabri mengenai komen-komen negatif yang dilemparkan secara dalam talian terhadap atlet negara yang beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Penerjun berusia 22 tahun dalam misi memburu pingat Olimpik pertamanya itu berkata atlet negara turut memerlukan sokongan dalam tempoh sukar terutama apabila tidak berjaya dalam perjalanan mereka mencipta kejayaan.

Mengimbau kembali persiapannya menghadapi temasya sukan berprestij itu dalam ketidaktentuan pandemik COVID-19, beliau berkata banyak pengorbanan perlu dilakukan terutama apabila terpaksa 'dikurung' dalam gelembung sukan agar terhindar daripada wabak berbahaya.

"Mereka fikir kita (atlet) tidak mahu buat elok-elok sedangkan mereka tidak tahu bahawa kita telah berlatih bermati-matian untuk menyertai Sukan Olimpik ini, namun mereka (kritik) berdasarkan apa dilihat dalam masa singkat," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Reaksi Nur Dhabitah itu dizahirkan sehari selepas Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 Datuk Lee Chong Wei melahirkan rasa sedih terhadap komen-komen negatif dalam talian terhadap pemain badminton negara selepas kekalahan dalam perlawanan mereka di Tokyo.

Antaranya gandingan pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang gagal layak ke suku akhir acara beregu campuran selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam perlawanan Kumpulan D di Musashino Forest Sport Plaza, Tokyo, semalam.

"Saya amat menghormati beliau (Chong Wei) kerana berdiri di belakang kami," tambah pemenang pingat perak dan dua gangsa Sukan Asia 2018, masing-masing dalam acara 3 meter (m) papan anjal seirama, 3m papan anjal individu dan 10m platform seirama.

Atlet kelahiran Kuala Lumpur yang juga pemenang pingat emas Kejohanan Terjun Piala Asia 2019 itu berharap rakyat Malaysia khususnya peminat sukan tanah air dapat menyokong kontinjen negara di saat suka dan duka, kerana itu bentuk sokongan yang diperlukan atlet.

Sementara itu, Nur Dhabitah kini perlu lebih berwaspada terhadap serangan migrain selepas beliau diserang sakit kepala di Tokyo sehingga terpaksa berehat sehari daripada menjalani latihan baru-baru ini.

Beliau turut menafikan laporan sebuah stesen television swasta yang mendakwa beliau tidak menjalani latihan selama dua hari sambil menjelaskan bahawa beliau tidak menjalani latihan pada sesi yang sama bersama tiga lagi penerjun negara iaitu Leong Mun Yee, Pandelela Rinong dan Wendy Ng Yan Yee.

Nur Dhabitah turut tidak menolak kemungkinan serangan migrain itu berpunca daripada cuaca panas di Tokyo.

"Daripada hari pertama sehingga hari ini, latihan berjalan dengan baik, saya cuma saya tidak berlatih selama dua hari. Mereka (media) tidak mendapatkan fakta yang tepat. Saya berlatih pada sebelah pagi, waktu latihan saya berbeza daripada penerjun lain, sebab itu mereka kata saya tidak berlatih dua hari," jelasnya.

Nur Dhabitah akan memulakan cabaran di Sukan Olimpik Tokyo, yang bakal menjadi penampilan keduanya di pentas Olimpik, dalam acara 3m papan anjal individu wanita yang turut disertai seorang lagi penerjun negara Yan Yee di Pusat Akuatik Tokyo, Jumaat ini.- Bernama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 minit yang lalu

Jenazah Tokoh Wartawan Ahmad Rejal Arbee Selamat Dikebumikan

Semasa 22 jam yang lalu

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

Semasa 1 hari yang lalu

Program Buka Puasa Penjara Sandakan Berimpak Tinggi Libat Komuniti, Banduan

Semasa 4 jam yang lalu

NADMA Laksana Pembenihan Awan Di Papar, Lahad Datu Dan Tawau