web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Atlet Malaysia Tampil Aksi Hambar Pada Hari Kedua Olimpik Tokyo

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2021 8:04AM

Aaron Chia-Soh Wooi Yik satu-satu gandingan Malaysia yang memberi sedikit keceriaan pada hari kedua semalam. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Barisan atlet negara menampilkan aksi hambar pada hari kedua temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila gagal memberi impak dalam acara masing-masing semalam.

Kem badminton yang menjadi taruhan meraih pingat pada temasya sukan terbesar dunia itu mempamerkan prestasi mengecewakan apabila dua daripada tiga wakil Malaysia beraksi hari ini, tumpas kepada lawan mereka dalam aksi pembukaan acara itu di Plaza Sukan Musashino Forest, Tokyo

Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying terpaksa akur kepada kehebatan gandingan Hong Kong Tang Chun Man-Tse Ying Suet, apabila tumpas 18-21, 21-10, 16-21 dalam aksi Kumpulan D.

Kekalahan tersebut menyaksikan beregu negara itu tidak mempunyai pilihan selain perlu menang ke atas gandingan Jerman, Mark Lamsfuss-Isabel Herttrich dalam aksi kedua kumpulan hari ini bagi menghidupkan peluang ke pusingan kalah mati.

Sementara itu, beregu wanita negara Chow Mei Kuan-Meng Yean turut gagal mempamerkan aksi terbaik apabila kecundang kepada beregu Indonesia Greysia Polii-Apriyani Rahayu.

Pasangan negara itu yang membuat penampilan pertama di pentas Olimpik Tokyo, terpaksa akur di tangan Greysia Polii-Apriyani Rahayu 21-14, 21-17 dalam aksi pembukaan Kumpulan A.

Kekalahan itu menyaksikan Mei Kuan-Meng Yean berdepan laluan sukar untuk mara ke pusingan kalah mati apabila mereka dijadual bertemu pasangan nombor satu dunia dari Jepun, Sayaka Hirota-Yuki Fukushima hari ini dan beregu England, Chloe Birch-Lauren Smith yang turut diundi dalam kumpulan sama.

Dalam pada itu, beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik sedikit memberikan keceriaan kepada kontinjen negara hari ini apabila mengejutkan pasangan Korea Selatan yang berada di ranking ketujuh dunia, Choi Solgyu-Seo Seungjae 24-22, 21-15 dalam perlawanan Kumpulan D.

Gandingan Malaysia itu yang menghuni ranking kesembilan dunia, bagaimanapun bakal berdepan tugas getir apabila dijadual bertemu beregu di ranking kedua dunia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia pada Isnin (26 Julai) sebelum melengkapkan jadual kumpulan bertemu pasangan Kanada Jason Ho-Shue-Nyl Yakura paa Selasa (27 Julai).

Hanya dua beregu terbaik setiap kumpulan mara ke peringkat suku akhir.

Sementara itu, hasrat atlet gimnastik artistik lelaki negara, Jeremiah Loo Phay Xing untuk mara ke final acara Individu All-Around tidak kesampaian apabila sekadar menduduki tempat ke-62 daripada keseluruhan 66 peserta dalam acara berlangsung di Pusat Gimnastik Ariake, hari ini.

Pada aksi kumpulan pertama melibatkan 22 gimnas, Jeremiah menamatkan saingan di kedudukan ke-19 dengan mengutip keseluruhan 67.498 mata.

Atlet berusia 23 tahun itu, yang membuat penampilan pertama di pentas Olimpik mengumpul 13.100 mata dalam senaman lantai, kekuda berpelana (12.266), gelang roman (7.700), melombol (12.466), palang imbangan (10.200) dan acara palang tunggal (11.766).

Hanya 24 gimnas terbaik dengan maksimum dua wakil setiap negara layak ke final bagi acara Individu All-Around yang akan berlangsung pada Rabu depan.

Perenang negara, Welson Sim Wee Sheng turut gagal meloloskan diri ke peringkat akhir acara 400 meter gaya bebas lelaki pada temasya sukan itu.

Atlet kelahiran Sarawak berusia 24 tahun itu menamatkan saingan di kedudukan ke-33 keseluruhan daripada 36 perenang dalam acara berkenaan yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo.

Hanya lapan perenang teratas mara ke peringkat akhir pada Ahad (25 Julai).

Terdahulu, Welson menduduki tempat keenam dalam saringan kedua selepas mencatat masa 3:58.25 saat.

Sementara itu, pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia akan turun beraksi pada perlawanan pertama bertemu pemain Ukraine Artem Pochtarov, hari ini.

Selain itu, aksi melibatkan atlet Malaysia esok juga menyaksikan ratu gimnastik negara Farah Ann Abdul Hadi akan membuat penampilan dalam pusingan kelayakan acara All-Around Individu Wanita serta Welson bagi acara saringan 200 meter gaya bebas dan Phee Jinq En dalam acara 100 meter kuak dada wanita.

Acara pelayaran turut akan memulakan aksi esok melibatkan Nur Shazrin Mohamad Latif dalam acara Laser Radial Wanita dan Khairulnizam Mohd Affendy bagi acara Laser Standard Lelaki. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad