web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Olimpik: Aaron-Wooi Yik Pamer Semangat Juang Peroleh Kemenangan Sulung

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2021 7:25PM

 Aaron Chia-Soh Wooi Yik menunjukkan semangat juang yang tinggi dengan mengejutkan beregu nombor 7 dunia, Choi Solgyu-Seo Seungjae di di Plaza Sukan Musashino Forest, Tokyo. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mempamirkan aksi membanggakan dengan semangat juang yang tinggi hari ini apabila mengejutkan beregu nombor tujuh dunia, Choi Solgyu-Seo Seungjae di Plaza Sukan Musashino Forest, di sini. 

Beregu Malaysia yang berada pada ranking kesembilan dunia mengambil masa selama 43 minit untuk menewaskan beregu Korea Selatan itu 24-22, 21-15 dalam perlawanan Kumpulan D bagi memastikan peluang untuk peringkat kalah mati tetap ada.

Juara Sukan SEA 2019 itu bermula dengan baik dan mendominasi set pertama tetapi wakil Korea Selatan itu tidak mudah mengalah dan menyamakan kedudukan pada mata 20-20, sebelum Malaysia menamatkan set pertama  dengan mata 24-22.  

Perlawanan kembali sengit pada permulaan set kedua tetapi Aaron-Wooi Yik berjaya mengawal permainan dan mengesahkan kemenangan 21-15 mereka antaranya akibat kesilapan beregu Korea Selatan itu yang pernah tewas tiga kali dengan beregu negara dalam pertemuan sebelum ini,

Terdahulu dalam satu lagi perlawanan Kumpulan D, beregu nombor dua dunia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia dengan mudah mengalahkan wakil Kanada Jason Ho-Shue-Nyl Yakura 21-12, 21-11 dalam masa 25 minit.

Aaron-Wooi Yik bakal berhadapan tugas berat menentang beregu Indonesia tu Isnin ini sebelum menamatkan perlawanan peringkat kumpulan bertemu wakil Kanada itu sehari kemudian.

Hanya dua beregu teratas dalam kumpulan akan mara ke suku akhir. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 2 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar