web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nasib Pengusaha Sukan Dalam Tempoh PKP

Industri sukan tidak terhad kepada dunia sukan profesional dan tidak sekadar melibatkan atlet profesional yang membawa pulang wang hadiah dan tajaan berjuta-juta ringgit. Apa khabar pengusaha peringkat akar umbi?

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2021 2:59PM

Gambar Hiasan dari Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika artikel ini ditulis, dunia sedang memandang ke arah Tokyo, di mana temasya Olimpik 2020, yang berlangsung setahun lewat dari dijadualkan, sedang dirasmikan.

Kata Thomas Bach, Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), pihaknya tidak menimbangtara langsung kebarangkalian untuk membatalkan temasya tersebut.

Dengan cara apa sekalipun, ia harus diteruskan, kata beliau, sebagai memberi ‘sinar harapan’ kepada dunia yang sedang perit melawan dan membanteras pandemik COVID-19. 

Ketika pandemik COVID-19 melanda dunia pada Mac 2020, pembatalan temasya sukan, kejohanan besar peringkat dunia dan liga-liga profesional telah mendorong pakar ekonomi sukan untuk menilai apakah impak semua ini ke atas industri sukan.

Pelbagai hasil kajian dan penulisan memberi gambaran kadar kerugian yang dialami oleh liga besbol di Amerika Syarikat, bola sepak di Eropah dan sebagainya. 

Tetapi industri sukan tidak terhad kepada dunia sukan profesional dan tidak sekadar melibatkan atlet profesional yang membawa pulang wang hadiah dan tajaan berjuta-juta ringgit.

Seperti mana penulis pernah suarakan dalam ruangan ini beberapa bulan lalu, industri dan ekosistem sukan juga melibatkan pengusaha di peringkat akar umbi. 

Sukan membawa manfaat dari segi kewangan, kesihatan fizikal dan mental. Untuk mendapatkan manfaat kesihatan dari bersukan, kita tidak perlu menjadi atlet profesional. 

Berlari 5km di stadium terbuka atau di kawasan perumahan, bermain bola sepak sejam dua bersama kawan-kawan atau bermain badminton di hujung minggu semuanya membantu kita menjalankan gaya hidup sihat. (Satu pengecualian pada pihak penulis ialah apabila kena demam denggi akibat berlari-lari pada petang hari). 

Gambar Hiasan dari Pexels
Gambar Hiasan dari Pexels

Dan dalam usaha membolehkan orang ramai berpeluang untuk bersukan, ada ekosistem pengusaha dan penganjur aktiviti sukan yang memberikan perkhidmatan ‘sukan’ untuk kita semua.

Penulis sempat berbual dengan beberapa orang pengusaha dan penganjur sukan untuk mendapatkan gambaran bagaimana PKP yang seolah-olah tanpa henti ini memberi kesan besar kepada mereka. 

Paling jelas sekali, kesan negatif kepada operasi dan kewangan. Bagi Hazim, pengusaha gelanggang futsal Quantum Arena di Kuala Lumpur, PKP 1.0 pada Mac 2020 dikenakan semasa pihaknya sedang rancak merancang liga futsal yang sudah tujuh kali dijalankan dan melibatkan 40 pasukan.

Pembatalan liga tersebut akibat PKP bermakna pihaknya terpaksa memulangkan wang deposit para peserta dan kerana tidak dapat membuka gelanggang futsal, begitu sukar sekali untuk mereka membayar kos sewa dan overhead, sehingga sekarang.

“Walaupun ada peluang untuk beroperasi semula semasa perintah PKP diangkat, ia tidak mencukupi untuk kami menampung kos,” kata Hazim yang mengusahakan Quantum Arena dengan rakannya. 

Gambar Hiasan dari Unsplash
Gambar Hiasan dari Unsplash

Bagi M*, seorang jurugambar freelance yang mengambil gambar acara sukan, beliau bersyukur masih lagi dapat menggunakan kemahirannya dalam bidang lain seperti fotografi produk, majlis perkahwinan dan menjual gambar ‘stock photo’.

Beliau mungkin tidak lagi meneruskan aktiviti sebagai jurugambar selepas ini. “Saya bersyukur ada kerja tetap jadi saya boleh survive dengan cara ini, tetapi saya mungkin juga mencuba perniagaan lain untuk menambah pendapatan.” 

Dalam kes di atas, M dan Hazim tidak mempunyai ramai pekerja. Berbeza pula dengan Shazri bin Datuk Sobri dari Ryder Asas Enterprise, yang mempunyai lima orang pekerja.

“Semasa PKP saya tidak dapat memberikan mereka apa-apa pekerjaan jadi mereka direhatkan. Saya cuba berikan mereka apa yang termampu.” Bagi beliau, walaupun bantuan yang diberikan ada dan beliau berterima kasih kepada pihak yang memberikannya, ia tidak cukup untuk menampung kos kewangan.

Pada pendapat Shazri, sukan merupakan sesuatu yang bersifat ‘komuniti’. Ini merupakan suatu aspek yang penting, kerana industri sukan tidak boleh berlandaskan untung semata-mata. 

Gambar Hiasan dari Unsplash
Gambar Hiasan dari Unsplash

Antara perkara yang paling mengecewakan Khal, pengasas padangbolasepak.com dan setiausaha Persatuan Sukan Rekreasi Malaysia (REKREASI), ialah industri sukan seringkali menjadi yang pertama ditutup semasa PKP dan yang terakhir dibuka.

Ianya seolah-olah sukan dipandang enteng dan dianggap sebagai hiburan semata-mata dan pihak berkenaan tidak memandang serius impak kewangan, kesihatan mental dan impak sosial kepada industri ini, terutamanya kepada pengusaha akar umbi.

Apa yang kita lihat ialah sukan mula hidup semula tetapi di Malaysia, ia seolah terhad kepada peringkat atlet elit dan profesional sahaja. Masalah kerentanan para pengusaha sukan di peringkat akar umbi, serta impak kekangan bersukan atau bersenam kepada orang ramai, kurang menjadi bualan dan menarik perhatian.

Penulis pasti akan ada pembaca yang akan berkata, “Alah, sukan aja, apa yang nak dikecohkan” sedangkan mereka yang terlibat bergolok gadai sama seperti usahawan dari sektor-sektor ekonomi lain dalam menangani pandemik ini.

Sepertimana yang disuarakan oleh mereka yang saya temuramah ini, industri sukan akar umbi bukan meminta untuk diberi keistimewaan, tetapi sekurang-kurangnya, ada pihak yang serius mengambil peduli. - Getaran, 24 Julai 2021

*bukan nama sebenar


 

Isu Pada

Sweet Qismina Melakar Laluan Seni

24 Jul 2021

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 15 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad