web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zii Jia Berupaya Urus Tekanan, Mampu Beraksi Cemerlang - Norza

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2021 3:47PM

Zii Jia akan membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik minggu depan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia, yang bakal membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik Tokyo 2020 minggu depan, mampu mempamerkan aksi cemerlang.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata pemain berusia 23 tahun itu jelas mampu menguruskan tekanan dan kekal fokus untuk memberikan keputusan yang diharapkan.

“Zii Jia berdepan pelbagai masalah ketika menyertai Terbuka Thailand (awal tahun ini), beliau sedar betapa sukarnya perkara itu.

“Saya rasa dia mampu dan boleh atasi tekanan tersebut, dan sedar cabaran yang bakal dihadapinya.

“Selepas All-England, saya tahu dia bersedia dan telah merangka rancangan permainan untuk menghadapi Tokyo 2020,” kata Mohamd Norza dalam kenyataan di sini.

Selain itu, Mohamad Norza juga memuji semangat dan dedikasi yang ditunjukkan oleh semua lapan pemain kebangsaan yang ditempatkan di bawah syarat gelembung ketat di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, yang sedang menjalani fasa terakhir latihan mereka menjelang pertarungan Olimpik.

Mohamad Norza berkata cabaran besar yang dihadapi pemain akibat pandemik COVID-19 global, telah menguatkan mereka untuk tidak berputus asa dalam usaha mereka untuk layak dan menyasarkan pretasi peringkat tinggi di Sukan Olimpik.

“Kami melihat gabungan pemain muda dan senior adalah pelengkap dan bermanfaat kepada mereka semua. Mereka bukan lagi pemain profesional atau BAM, tetapi adalah pasukan Malaysia, semua berlatih bersama di bawah satu bumbung.

“Saya amat berbangga dengan semangat dan keazaman yang ditunjukkan. Saya yakin kesukaran yang mereka hadapi sebelum ini telah menguatkan mereka dan mereka kini telah bersedia untuk menghadapi Tokyo 2020,” katanya.

Terdahulu beliau melawat lapan pemain yang bakal beraksi di Tokyo, berada dalam fasa terakhir latihan mereka di ABM, yang diuruskan dengan teliti bagi memastikan semua prosedur dipatuhi dengan ketat bagi mengelakkan sebarang kemungkinan jangkitan COVID-19.

Mohamad Norza meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau latihan itu dan turut memberikan kata-kata semangat kepada pemain agar terus fokus di Tokyo yang bakal menyaksikan pemain negara beraksi dari 24 Julai hingga 2 Ogos.

Selain Zii Jia, Malaysia akan diwakili Soniia Cheah dalam perseorangan wanita, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean (beregu wanita), dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 19 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad