web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Djokovic Juara Wimbledon Buat Kali Keenam, Menyamai Rekod 20 Grand Slam

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2021 9:13AM

Djokovic meraikan kemenangan ke atas lawannya di final Wimbledon. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Novak Djokovic menyamai rekod 20 Grand Slam milik Roger Federer dan Rafael Nadal selepas menjuarai Wimbledon buat kali keenam dengan menundukkan pemain dari Itali Matteo Berrettini dalam empat set.

Federer menyifatkan pencapaian pemain dari Serbia itu sebagai “persembahan yang hebat”.

Pemain No 1 dunia itu menundukkan lawannya 6-7 (4-7), 6-4, 6-4, 6-3.

Kemenangan beliau juga meletakkannya dalam posisi baik untuk menang keempat-empat Grand Slam dalam tahun kalendar buat pertama kali sejak 1969.

“Saya nampak perkara itu boleh berlaku dan akan memberikan usaha terbaik untuk mencapainya.

“Saya dalam prestasi yang baik dan bermain dengan baik, ia adalah keutamaan nombor satu saya,” kata Djokovic.

Kemenangan keenam pemain yang berusia 34 tahun itu di Kelab All England menambah kepada koleksi sembilan kejuaraan Terbuka Australia, dua di Roland Garros dan tiga Terbuka AS.

Jika beliau menang kejuaraan keempatnya di New York pada September nanti, dia akan menjadi lelaki ketiga dalam sejarah yang melengkapkan “Calender Grand Slam” selepas Don Budge (1938) dan Rod Laver (1962 dan 1969). - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Djokovic Mungkin Terlepas Peluang Sertai Kejohanan Indian Wells Dan Miami Open Masters

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Becker Jadi Pengulas Untuk Eurosport Jerman Di Terbuka Australia

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Bintang Tenis Sensasi Roger Federer Umum Bersara

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Bintang Tenis Australia Ash Barty Umum Persaraan Mengejut

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 13 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad