web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Barty Juara Wimbledon Pada Ulang Tahun Kemenangan Cawley

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2021 7:27AM

Barty bergambar bersama trofi juara Wimbledon di Kelab All England semalam. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Ashleigh Barty merangkul kejuaraan Wimbledon pertamanya di ulang tahun ke-50 kemenangan rakan senegara dari Australia yang juga berketurunan orang asli, Evonne Goolagong Cawley, dengan menundukkan Karolina Pliskova 6-3, 6-7 (4-7), 6-3.

Pemain yang berusia 25 tahun itu menambah gelaran Wimbledon kepada kejuaraan Terbuka Perancis yang dimenanginya pada 2019.

“Ini mengambil masa yang lama untuk saya ucapkan dan impikan.

“Saya sukar untuk tidur malam tadi, saya berfikir tentang macam-macam. Saya berharap Evonne berasa bangga terhadap diri saya,” kata Barty.

Ini adalah final Wimbledon pertama yang memerlukan tiga set sejak 2012 bila Serena Williams menumpaskan Agnieszka Radwanska.

Selepas memenangi mata penentuan Barty mengikut jejak rakan senegara Pat Cash pada 1987 dengan memanjat ke tempat duduk pemain.

“Ini sesuatu yang luar biasa.

“Saya harus bermula dengan Kaja (Karolina Pliskova).

“Tahniah kepada anda dan pasukan anda kerana beraksi dengan baik di kejohanan ini.

“Saya gembira dapat mencabar diri saya dengan berdepan dengan anda dan saya yakin kita akan bertembung lagi,” kata Barty, yang menjadi wanita Australia ketiga dinobat sebagai juara perseorangan Wimbledon di era kejohanan Terbuka (Margaret Court (1970) dan Cawley (1971)). - AFP

Keputusan lain:

Final Beregu Wanita

Hsieh Su-wei/Elise Mertens mengalahkan Veronika Kudermetova/Elena Vesnina 3-6, 7-5, 9-7

Final Beregu Lelaki

Nikola Mektic/Mate Pavic mengalahkan Marcel Granollers/Horacio Zeballos 6-4, 7-6 (7-5), 2-6, 7-5

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran