web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ACL: JDT Kutip 1 Mata Pada Aksi Terakhir

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2021 7:31AM

JDT menamatkan saingan kumpulan di kedudukan ke-3 dengan mengumpul 4 mata, sekali gus gagal memperbaiki pencapaian pada kempen 2019. - Gambar dari Facebook JOHOR Southern Tigers

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta’zim (JDT) menutup kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim ini dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang Ratchaburi FC pada aksi terakhir Kumpulan G di Stadium Nasional Rajamangala di Bangkok, malam tadi.

Satu mata dikutip menyaksikan skuad Harimau Selatan menamatkan saingan kumpulan di kedudukan ketiga dengan mengumpul empat mata sekali gus gagal memperbaiki pencapaian pada kempen 2019 apabila turut hanya meraih empat mata daripada keseluruhan enam perlawanan.

Turun dengan misi mencatat kemenangan kedua selepas mengatasi Ratchaburi FC 1-0 pada pusingan pertama aksi kumpulan, JDT sebaliknya dihimpit kegagalan menyudahkan peluang terhidang sepanjang 90 minit perlawanan untuk mengutip tiga mata penuh.

Memulakan aksi dengan persembahan positif, skuad bimbingan Benjamin Mora memiliki peluang keemasan untuk mendahului seawal minit ketujuh menerusi gerakan serangan balas pantas, namun rembatan pemain tengah Safiq Rahim yang tidak dikawal dalam kawasan kotak penalti tersasar.

Ratchaburi FC yang memburu kemenangan sulung dalam saingan kumpulan sesekali berjaya menembusi benteng pertahanan JDT yang memaksa ketua pasukan Mohd Farizal Marlias bertindak cemerlang di gawang menyelamatkan dua percubaan berbahaya Steeven Langil pada minit ke-33 dan 49’.

Tandukan pemain import JDT Bergson da Silva yang menerima hantaran rakan sepasukan Arif Aiman Mohd Hanapi hampir memecah kebuntuan pada minit ke-54 tetapi penjaga gol Nukoolot Krutyai lebih bersedia membaca pergerakan bola untuk mempertahankan kedudukan.

Menghampiri masa penuh perlawanan, kedua-dua pasukan sekali lagi mensia-siakan peluang meledak jaringan pada masa kecederaan babak kedua selepas tandukan pemain gantian Apiwat Pengprakon hanya sedikit melewati palang gol sementara rembatan Muhammad Akhyar Abdul Rashid tepat ke penjaga gol.

Keputusan malam ini menyaksikan JDT merakam satu kemenangan, satu seri serta tewas empat kali masing-masing di tangan kelab dari Jepun Nagoya Grampus dan wakil dari Korea Selatan Pohang Steelers FC sepanjang aksi kumpulan.

Sementara itu, Nagoya Grampus mengesahkan slot ke pusingan kalah mati apabila mengungguli saingan Kumpulan G dengan rekod tanpa kalah selepas terikat 1-1 menentang Pohang Steelers FC dalam satu lagi aksi. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad