web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Belgium Ketepi Portugal, Republik Czech Tamatkan Impian EURO 2020 Belanda

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2021 8:50AM

Penyerang Republik Czech Schick memberikan reaksi selepas tamat perlawanan menentang Belanda. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Thorgan Hazard menjaringkan gol sulung perlawanan yang membantu Belgium menyingkirkan juara bertahan Portugal daripada EURO 2020 selepas Republik Czech mengalahkan pasukan Belanda yang bermain dengan 10 orang.

Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukannya berharap dapat mempertahankan mahkota yang di menangi di Paris lima tahun lalu, tetapi gagal bangkit daripada jaringan Hazard sebelum tamat babak pertama. Di babak kedua Belgium bertahan untuk kemenangan 1-0 di Seville.

Pertembungan di antara juara bertahan dan pasukan di kedudukan pertama dunia sangat dinanti-nantikan tetapi gagal memenuhi jangkaan.

Thorgan Hazard meraikan jaringan bersama abangnya Eden dalam perlawanan menentang Portugal. - Gambar AFP
Thorgan Hazard meraikan jaringan bersama abangnya Eden dalam perlawanan menentang Portugal. - Gambar AFP

Belgium tidak akan peduli kerana mereka mara ke pusingan suku akhir dan akan bertemu dengan Itali di Munich pada Sabtu.

Kevin De Bruyne mengalami kecederaan buku lali dalam perlawanan itu dan sedang berlumba dengan masa untuk mempersiapkan diri untuk pusingan suku akhir.

Seorang lagi tunggak Belgium Eden Hazard juga terpaksa dikeluarkan dari aksi di lewat perlawanan kerana mengalami kecederaan hamstring.

Saingan Belanda di kejohanan tahun ini ditamatkan awal selepas gol daripada Tomas Holes dan Patrik Schick memberi kemenangan 2-0 kepada Republik Czech di Budapest.

Momentum perlawanan berubah dengan dua momen di awal babak kedua yang tidak menyebelahi pasukan kendalian Frank de Boer.

Percubaan Donyell Malen ditepis Tomas Vaclik dan pertahanan tengah Belanda Matthijs de Ligt diarahkan keluar padang selepas VAR mendapati pemain itu dengan sengaja melakukan handball.

Republik Czech, pasukan ke-40 dunia, akan bertemu dengan Denmark dalam aksi suku akhir di Baku pada Ahad. - AFP

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Besarnya Tahi Bintang!

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Belanda Hormati Pendirian Malaysia, Janji Akan Hubungi Israel - PM

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Maghribi, Portugal, Sepanyol Calon Tunggal Anjur Piala Dunia 2030

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kemenangan Kes Sulu Kejayaan Bermakna Buat Malaysia - Zahid

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad