web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cepat Daftar Vaksin - Azizulhasni

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2021 8:53PM

Azizulhasni selesai mengambil dos kedua vaksin di Arena Axiata, Bukit Jalil, hari ini. - Gambar Facebook Azizulhasni Awang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaguh berbasikal trek kebangsaan Mohd Azizulhasni Awang sekali lagi menggunakan pengaruhnya di media sosial untuk menyeru orang ramai agar segera mendaftar diri bagi mengambil suntikan vaksin COVID-19.

Azizulhasni berkata tindakan segera perlu diambil masyarakat kerana vaksin COVID-19 penting bukan sahaja untuk melindungi diri sendiri tetapi juga orang tersayang selain membantu negara membina imuniti berkelompok.

Beliau yang diberi julukan ‘The Pocket Rocketman’ itu juga turut berkongsi maklumat kepada orang ramai yang masih meragui status vaksin itu halal atau sebaliknya.

“Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah memutuskan yang pengambilan vaksin ini adalah harus.

“Begitu juga di peringkat antarabangsa, institusi terkemuka al-Azhar al-Sharif yang dipengerusikan Syeikh al-Azhar Syeikh Dr Ahmad al-Tayyib juga telah menfatwakan yang hukumnya juga adalah harus,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook, Twitter dan Instagramnya hari ini.

Azizulhasni memuat naik hantaran berkenaan selepas selesai menerima suntikan kedua vaksin COVID-19 di Arena Axiata, Bukit Jalil hari ini.

Beliau yang ketika ini sedang melakukan persiapan terakhir ke Sukan Olimpik Tokyo di Velodrom Nasional Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan, sebelum ini telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 pada 26 Mei lepas di Melbourne, Australia, sewaktu menjalani latihan di sana.

Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu turut mengulangi gesaan agar orang ramai menolak teori konspirasi yang banyak berlegar dalam masyarakat ketika ini.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 di Brazil itu pernah berkongsi kebaikan pengambilan vaksin COVID-19, termasuk mengajak rakyat Malaysia menolak dakwaan teori konspirasi yang kononnya vaksin mengandungi cip mikro serta agenda membunuh manusia menerusi satu hantaran di media sosial pada 26 Mei lepas.

Azizulhasni dijadual turun beraksi dalam acara kegemarannya keirin dan pecut individu, manakala Muhammad Shah Firdaus bagi acara pecut di Sukan Olimpik Tokyo yang berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan.

Setakat semalam, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 dalam hantara di Twitter memaklumkan 5,815, 575 suntikan telah dilakukan melibatkan 4,202,601 bagi dos pertama dan 1,612, 974 lagi untuk dos kedua.

Selain Azizulhasni, seorang lagi pelumba basikal kebangsaan Muhammad Shah Firdaus Sahrom hari ini menerima suntikan dos pertama beliau di lokasi sama. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad