web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Marquez Tamatkan Kemarau Dalam Hujan Di GP Jerman

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2021 9:45AM

Marquez meraikan kemenangannya di atas podium GP Jerman. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SACHSENRING - Marc Marquez memenangi perlumbaan pertamanya sejak 2019 selepas mendominasi GP Jerman dalam keadaan hujan di Sachsenring.

Marquez terlepas aksi musim lepas dan sejak kembali pada musim ini beliau gagal bertahan hingga akhir perlumbaan, mengalami kemalangan dalam tiga perlumbaan sebelum ini.

Pelumba dari Sepanyol itu mengambil risiko besar dalam keadaan hujan dan mendahului pelumba dari Portugal Miguel Oliveira dan pendahulu kejuaraan dunia Fabio Quartararo.

“Ini adalah detik yang paling penting dan sukar dalam karier saya.

“Bukan mudah dari segi mental, saya kemalangan dalam tiga perlumbaan sebelum ini.

“Saya manusia, ia memberi kesan kepada saya,” kata Marquez yang penuh dengan dengan emosi.

Marquez bermula di baris kedua tetapi memecut laju di permulaan perlumbaan dan bersaing untuk posisi pendahulu dengan penunggang Aprilla Aleix Espargaro bila hujan mula turun.

Di mana penunggang lain memilih untuk berhati-hati, Marquez, yang kali terakhir menang di Valencia pada November 2019, memilih untuk memecut laju.

“Bila saya nampak titisan hujan pada pusingan keempat dan kelima saya fikir ‘ini perlumbaan saya’.

“Dalam masa itu saya memecut laju.

“Bila hujan turun lagi, saya memecut dengan lebih laju. Itu adalah masa untuk mengambil risiko,” katanya.  

Dalam saingan Moto2 Remy Gardner terus cemerlang menamatkan saingan di hadapan Aron Canet dan Marco Bezzecchi.

Dalam saingan Moto3 pula Pedro Acosta menutup mulut pengkritik dengan menamatkan perlumbaan di hadapan Kaito Toba dan Jeremy Alcoba. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Keputusan MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia 2023

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Kasma Kembali Ke Moto2 Sebagai Penunggang Gantian

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Tiket MotoGP: KBS Komited Perjuang Pengurangan Cukai Hiburan

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 minit yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad