web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kisona Dan Jin Wei Melangkah Ke Final Kejohanan Antarabangsa Sepanyol

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2021 10:31PM

S Kisona - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gelaran juara perseorangan wanita pada Kejohanan Antarabangsa Sepanyol 2021 dalam genggaman Malaysia setelah dua pemain badminton negara, S Kisona dan Goh Jin Wei akan bertarung di perlawanan akhir di La Nucia, Sepanyol hari ini.

Kisona, pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 di Filipina dan pilihan keempat kejohanan menempah tiket ke final selepas menumpaskan pemain Perancis Yaelle Hoyaux, 21-18 dan 21-10 secara “straight set” dalam tempoh 36 minit menurut laman sesawang rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir menyaksikan bekas juara remaja dunia, Jin Wei tidak menghadapi masalah menundukkan rakan senegara Eoon Qi Xuan, 21-17, 21-11 dalam masa 26 minit.

Jin Wei - Gambar fail AFP
Jin Wei - Gambar fail AFP

Sementara itu beregu campuran negara Tee Kai Wun -Teoh Mei Xing meneruskan aksi cemerlang mereka untuk menempah slot ke final dengan mengalahkan pasangan Rusia, Rodion Kargaev-Viktoriia Vorobeva, 21-17, 21-16.

Beregu pilihan ketiga Callum Hemming-Jessica Pugh dari England bakal bertemu Kai Wun-Mei Xing di final selepas beregu England itu menumpaskan pasangan Austria, Philip Birker-Katharina Hochmeir, 21-13, 21-11.

Pada masa sama, Kai Wun juga akan beraksi dalam  final bagi kategori beregu lelaki.

Kai Wun dan gandingannya Man Wei Chong mencatatkan kemenangan selesa 21-11, 21-11 ke atas Matthew Clare-Ethan Van Leeuwen dari England untuk berhadapan dengan beregu Perancis, Lucas Corvee-Ronan Labar di perlawanan akhir.

Terdahulu, Lucas-Ronan menyingkirkan satu lagi beregu England, Rory Easton-Zach Russ, 21-13, 21-16, dalam perlawanan separuh akhir. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar