web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Safiq Rahim Kembali Ke Pangkuan JDT

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2021 5:41PM

Safiq Rahim. - Gambar Facebook JDT

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini membuat pengumuman mengejut dengan membawa masuk semula bekas kapten Harimau Selatan, Safiq Rahim untuk menyertai kelab itu.

Pengumuman dibuat menerusi satu video pendek di laman sosial kelab itu yang turut muatnaik gambar Safiq Rahim bersama pemain JDT yang lain iaitu Matthew Davis dan Aidil Zafuan Abd Radzak.

Pemilik Harimau Selatan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga mengesahkan perkara ini dengan meniggalkan komen pada akaun Instagram rasmi kelab itu, hari ini.

“Welcome home SR8. 8 for mission 8,” tulis Tunku Ismail, yang dipercayai berkait dengan misi merangkul kejuaraan Liga Super Malaysia kelab itu yang kelapan.

Safiq sebelum ini menyarung jersi lapan ketika bermain untuk JDT dan digelar SR8. 

Beliau menyertai JDT pada 2013 dan membantu kelab itu menjuarai Liga Super Malaysia sebanyak lima kali berturut-turut dari 2014 hingga 2018, satu Piala AFC, satu Piala FA dan satu Piala Malaysia.

Pemain yang berusia 33 tahun itu meninggalkan JDT untuk Melaka United pada 2019 dan bermain semusim bersama skuad Hang Tuah. - Getaran, 10 Februari 2021
 

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

3

Sukan 1 tahun yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 8 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad