web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Safawi Mohon Maaf Aksi Rai Jaringan Tewaskan Thailand

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2021 12:29PM

Safawi Rasid - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain sayap skuad kebangsaan Muhammad Safawi Rasid memohon maaf susulan aksinya meraikan jaringan kemenangan Malaysia menewaskan Thailand pada perlawanan terakhir Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Rabu lepas.

Tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu yang juga Pemain Paling Bernilai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan dua tahun berturut-turut pada 2018 dan 2019, memberi jaminan tidak akan mengulangi gaya meraikan jaringan yang tidak menyenangkan itu.

“Alhamdulillah syukur, terima kasih kepada penyokong dan penonton yang selalu ada di belakang kami, saya mintak maaf atas celebration (aksi meraikan) yang tak menyenangkan itu, perkara tersebut tidak akan berulang, maaf skali lagi,” kata Muhammad Safawi menerusi ciapan dalam akaun Twitter rasminya.

Pada aksi berdepan Thailand, Muhammad Safawi, 24, yang masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua muncul wira pasukan negara selepas menyempurnakan sepakan penalti untuk membantu Malaysia mengatasi skuad Gajah Perang 1-0 di Stadium Al Makthoum di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ia merupakan jaringan ketiga peribadi Muhammad Safawi dalam kempen kelayakan itu selepas meledak dua gol ketika Malaysia menewaskan Indonesia 2-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada November 2019.

Bagaimanapun, gelagatnya meraikan jaringan pada minit ke-52 itu dianggap sesetengah peminat sebagai keterlaluan tatkala prestasi pemain itu musim ini tidak memberangsangkan.

Muhammad Safawi dilihat berlari ke arah penjuru padang sambil membuat gaya menekan pad kekunci sebelum meletakkan jari telunjuknya di bibir. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar