Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Malaysia Atasi Thailand 1-0, Nyalakan Peluang Ke Piala Asia 2023

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2021 7:57AM

Pemain Malaysia meraikan kemenangan ke atas Thailand selepas tamat perlawanan. - Gambar dari Facebook FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Harapan Malaysia untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 terus menyala selepas menewaskan Thailand 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), awal pagi ini.

Gol kemenangan skuad Harimau Malaya di Stadium Al Maktoum dijaringkan pemain sayap kanan Muhammad Safawi Rasid menerusi sepakan penalti pada babak kedua perlawanan untuk membantu pasukan mencatat kemenangan kedua ke atas skuad bimbingan Akira Nishino pada kempen itu.

Kejayaan membenam Thailand membolehkan Malaysia merampas kedudukan ketiga Kumpulan G daripada skuad Gajah Perang itu dan melangkah secara automatik ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023.

Keputusan itu turut menyaksikan ketua jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe meraih kemenangan keduanya ke atas Thailand, selain berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat pertemuan kedua-dua pasukan sejak mula menggalas tugas pada Disember 2017.

Pada perlawanan ‘hidup mati’ itu, kedua-dua pasukan yang memburu kemenangan pertama sejak kempen kelayakan itu bersambung melakukan enam pertukaran dalam kesebelasan utama masing-masing sebagai menyuntik nafas baharu dalam pasukan bagi memburu tiga mata berharga.

Dalam 10 minit pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan saling menguji kekuatan benteng pertahanan masing-masing dengan pemain sayap Muhammad Akhyar Abdul Rashid dan pemain tengah Thailand Thanawat Suengchitthawon mempunyai peluang terbaik membuka tirai jaringan.

Kelincahan Muhammad Akhyar memaksa pasukan lawan bekerja keras apabila pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berjaya melepasi perangkap offside dan hampir meledak gol pembukaan pada minit ke-18, namun gagal menemui sentuhan penyudah dalam situasi satu lawan satu berdepan penjaga gol lawan.

Malaysia terus tampil dengan percubaan berbahaya menerusi tandukan penyerang naturalisasi Guilherme De Paula yang tepat ke Chatchai Bootprom pada minit ke-22 sebelum penjaga gol itu sekali lagi cemerlang menyelamatkan tandukan kapten Mohamad Aidil Zafuan bin Abd Radzak lima minit kemudian.

Bagaimanapun, Thailand, yang menduduki ranking ke-106, sesekali turut melancarkan serangan ke kubu pertahanan negara menerusi gerakan efektif mereka dengan Thanawat kempunan meletakkan pasukan di hadapan selepas rembatannya pada minit ke-40 sedikit melewati palang gol negara.

 Kebuntuan dalam menjaringkan gol memaksa Cheng Hoe membawa masuk Muhammad Safawi dan Muhammad Syafiq Ahmad pada babak kedua sebelum percaturan itu membuahkan hasil apabila diberikan sepakan penalti selepas Muhammad Safawi dikasari pemain pertahanan Ernesto.

Pemain Paling Bernilai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019 itu tenang menyempurnakan sepakan untuk membuka tirai jaringan meskipun rembatan kaki kirinya dapat dibaca Chatchai, namun gagal menangkap kemas bola.

Tersentak dengan jaringan itu, Thailand bangkit memperkemaskan permainan sebelum hampir menyamakan kedudukan menerusi tandukan kapten Thitiphan Puangjan pada minit ke-55 yang hanya menggegar palang.

Malaysia berpeluang menambah jaringan pada minit ke-66 untuk menambah derita Thailand tetapi rembatan deras De Paula melambung tinggi, selain Thailand turut menggandakan asakan dalam usaha mengubah kedudukan namun buntu menemui penyudah sehingga wisel penamat.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi Kumpulan G menyaksikan UAE menamatkan rekod tanpa kalah tujuh perlawanan Vietnam dalam kempen kelayakan dengan kemenangan 3-2 di Stadium Zabeel.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia menamatkan kempen kelayakan di kedudukan ketiga Kumpulan G dengan mengumpul 12 mata, UAE mendahului di tempat pertama (18 mata), diikuti oleh Vietnam di tempat kedua (17 mata) sementara Thailand keempat (sembilan mata) dan Indonesia tercorot selepas hanya mengutip satu mata. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 hari yang lalu

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

2

Sukan 6 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

3

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Feri Ke Pusat Peranginan Koh Tao, Thailand Terbakar

4

Sukan 2 minggu yang lalu

Ranking Harimau Malaya Jatuh 6 Anak Tangga

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Peserta Gaza Freedom Flotilla Dari Malaysia Tiba Di Istanbul

Sukan 1 hari yang lalu

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

Sukan 1 hari yang lalu

KDA FC Langsai Keseluruhan Tunggakan Gaji Pemain, Pegawai

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 17 jam yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid