Berita Terkini

12 minit yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Liga M: Ramai Setuju Vaksin Jadi Syarat Utama Masuk Stadium

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2021 7:55AM

Rata-rata wakil kelab penyokong menyokong cadangan supaya vaksin menjadi antara syarat utama membenarkan penyokong masuk ke dalam stadium, dalam usaha mengurangkan risiko jangkitan COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan mewajibkan pengambilan vaksin sebagai antara syarat utama membenarkan penyokong masuk ke dalam stadium dijangka mampu meningkatkan kesediaan orang ramai untuk mengambil vaksin COVID-19.

Beberapa wakil penyokong pasukan Liga Malaysia (Liga-M) bersetuju dengan cadangan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) itu sebelum ini yang diyakini mampu mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 dalam kalangan penonton di stadium.

Presiden Anak Selangor Fan Club (Selangor FC), Mohd Faizal Wahid berkata sudah sampai masanya Liga-M mengikuti majoriti penganjuran kejohanan serta liga bola sepak luar negara yang telah mula mewajibkan pengambilan vaksin kepada penyokong yang ingin menyaksikan perlawanan pasukan masing-masing.

“Bagi saya ini jalan terbaik bagi memudahkan lagi kemasukan penyokong ke stadium, kita lihat di luar negara pun, penonton sudah boleh masuk ke stadium dengan jumlah yang lebih ramai ekoran sudah mengambil vaksin.

Malah, saya jangkakan sesetengah penyokong yang selama ini macam bimbang atau malas hendak ambik vaksin, mungkin akan mengubah keputusan mereka jika langkah ini diwajibkan,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan MFL semalam.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan dalam satu laporan media menyatakan pihaknya bersedia berbincang dengan kerajaan bagi membenarkan kemasukan semula penyokong ke stadium termasuk bersikap terbuka  membenarkan penyokong yang telah divaksin sahaja masuk ke stadium pada aksi Liga-M.

Sementara itu, wakil penyokong TokGajah.com (Sri Pahang FC), Mohamad Fauzi Abdul Manaf mengakui cadangan berkenaan sememangnya pilihan terbaik buat semua dalam masa sekarang namun mengharapkan peraturan itu dapat dikuatkuasakan selepas program imunisasi negara sudah mencapai angka imuniti kelompok yang memuaskan.

“Saya juga mencadangkan jika ada penonton yang belum mengambil vaksin tetapi mahu hadir ke stadium mungkin boleh dikenakan syarat membuat (ujian saringan) RTK-Antigen, ini sebagai satu pilihan kepada penyokong, ” katanya.

Wakil penyokong Ultras Penang (Penang FC), Zamzuri Ibrahim pula melihat langkah MFL itu bersesuaian dengan situasi terkini selain dapat membuktikan kepada pihak luar yang Liga-M turut serius dalam menangani penularan pandemik COVID-19.

Setelah berehat hampir dua bulan, saingan Liga-M bakal kembali bersambung bulan depan dengan Liga Premier bermula pada 3 Julai manakala Liga Super pula pada 24 Julai. - Bernama

Sorotan

1

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

2

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

3

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

4

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Ke Riyadh Untuk Sahkan Surat Derma RM2.6 Bilion - Saksi 

Semasa 1 hari yang lalu

Ragut Di Klang, Tangkap Di Langkawi

Semasa 14 jam yang lalu

Suspek Kes Tembak KLIA Didakwa Esok

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP