web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Langkah FAM Ambil Pemain Naturalisasi Undang Kecaman

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2021 10:35PM

Pasukan Harimau Malaya menjalani latihan baru-baru ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Langkah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil pemain naturalisasi menyarung jersi kebangsaan ternyata tidak mendapat sokongan bukan saja peminat bola sepak negara malah pemain ke-12 iaitu Ultras Malaya (UM’07).

Terkenal dengan jolokan ekor Harimau Malaya, UM’07 menolak dan membantah sekeras-kerasnya sebarang bentuk polisi atau program yang menjadikan pemain bukan berdarah Malaysia menyarung jersi kebangsaan bagi mewakili negara.

Menurut organisasi penyokong bola sepak Malaysia itu, pasukan bola sepak kebangsaan wajib diwakili pemain yang mempunyai darah Malaysia sahaja.

“Segala bentuk polisi atau program yang sedang dijalankan untuk membawa masuk pemain bukan berdarah Malaysia ke dalam skuad kebangsaan adalah tidak perlu kerana ia tidak memberikan manfaat kepada bola sepak Malaysia dari segi apa pun. 

“Ia dilihat sebagai satu usaha jalan pintas untuk menutup kelemahan sistem bola sepak Malaysia di peringkat pembangunan pemain akar umbi dan kelemahan sistem serta operasi pasukan di Liga Malaysia yang tidak dapat melahirkan pemain berdaya saing di peringkat antarabangsa, Asia mahupun dunia," kata UM'07 menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi mereka.

Menurut UM'07, negara memiliki ‘ubi’ berbakat besar namun perlu diasah dengan baik melalui sistem baik dan operasi pasukan yang cemerlang.

Katanya, adalah lebih baik jika tempoh lima tahun untuk seseorang pemain bukan berdarah Malaysia bermain di liga tempatan digunakan bagi mengasah, membangun dan memperkasakan bakat tempatan.

“Kami menyeru FAM untuk lebih baik mengalihkan tenaga, sumber dan semangat serta kesungguhan terhadap program serta dasar terhadap pemain bukan berdarah Malaysia ini kepada dasar dan program yang menguntungkan pemain berdarah Malaysia. 

“Letakkan kesungguhan sebagaimana kalian meletakkan kesungguhan terhadap program pemain asing tersebut kepada polisi dan program pembangunan pemain akar umbi di setiap pasukan dalam liga.

“Beri penekanan terhadap pembangunan fasiliti pasukan profesional di dalam liga, berikan ketegasan terhadap salahlaku dalam operasi mana-mana pasukan di dalam liga seperti culas membayar gaji dan sebagainya,” katanya.

Isu pemain naturalisasi timbul selepas pasukan bola sepak negara gagal mempamerkan permainan berkualiti seperti diharapkan pada pusingan kelayakan Piala Dunia/ Piala Asia dalam dua pertemuan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam minggu lalu. - Getaran, 14 Jun 2021

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad