web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harimau Malaya Tewas 1-2 Pada Vietnam

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2021 7:57AM

Malaysia tewas kepada Vietnam 1-2 dalam perlawanan di Stadium Al Maktoum, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), awal pagi tadi. - Gambar dari Facebook FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Skuad Harimau Malaya terpaksa menempuh laluan kelayakan yang lebih panjang ke Piala Asia 2023 apabila tewas tipis 1-2 kepada Vietnam di Stadium Al Maktoum, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), awal pagi ini.

Kekalahan keempat Malaysia dalam lima pertemuan menentang Vietnam sejak Park Hang-seo mengambil alih pasukan itu pada 2017, menyaksikan Malaysia hilang peluang untuk menduduki dua tempat teratas dalam Kumpulan G.

Daripada lapan kumpulan, hanya pasukan di tempat teratas dan empat pasukan terbaik di tempat kedua akan mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022, sekali gus layak secara automatik ke Piala Asia, manakala pasukan lain terpaksa menempuhi satu lagi pusingan kelayakan ke Piala Asia.

Pada aksi hari ini, keputusan ketua jurulatih negara Tan Cheng Hoe yang meletakkan gandingan Brendan Gan dan Muhammad Syafiq Ahmad di tengah, dilihat mampu menguasai perlawanan pada babak pertama, namun gagal dalam mencabar gawang gol Vietnam.

Skuad Naga Emas itu memberi amaran awal menerusi serangan jarak jauh pemain pertahanan, Van Hau Doan pada minit ke-10, yang tersasar ke bahagian kanan gawang gol, manakala percubaan Hoang Duc Nyugen ditangkap kemas oleh Mohd Farizal Marlias.

Vietnam bagaimanapun, berjaya membuka tirai jaringan menerusi tandukan Nguyen Tien Linh pada minit ke-27, yang gagal dihalang oleh benteng pertahanan negara yang sedikit hilang fokus setelah tidak dapat mengawal bola selepas sepakan sudut pasukan lawan.

Tandukan deras Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke-38, setelah menerima hantaran daripada Matthew Davies, berjaya dihalang oleh penjaga gol Vietnam Bui Tan Truong, manakala sepakan percuma Safawi Rasid juga berjaya ditampan keluar oleh penjaga gol veteran itu.

Bersambung babak kedua, Cheng Hoe, yang kehilangan bapanya Tan Chooi Siak, 95, semalam, membuat keputusan untuk menggantikan Syafiq dan Safawi dengan membawa masuk Nazmi Faiz Mansor dan Muhammad Akhyar Abdul Rashid.

Penyerang naturalisai negara, Guilherme de Paula akhirnya membalas kepercayaan yang diletakkan ke atasnya, apabila menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti deras pada minit ke-72.

Terdahulu, pengadil Ryuji Sato menghadiahkan sepakan penalti selepas de Paula dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pemain pertahanan Vietnam.

Namun, keriangan skuad negara tidak kekal lama apabila Que Ngoc Hai meletakkan skuad kendalian Hang-seo sekali lagi di hadapan dengan melengkapkan sepakan penalti pada minit ke-82, setelah Brendan mengasari Nguyen Van Toan.

Ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut skuad Harimau Malaysia dalam kempen kelayakan itu, selepas diaibkan 0-4 oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) minggu lalu.

Satu lagi aksi Kumpulan G menyaksikan UAE membelasah Indonesia 5-0.

Keputusan hari ini menyaksikan Vietnam, yang mengekalkan rekod tanpa kalah terus kekal di tangga teratas kumpulan dengan 17 mata selepas tujuh perlawanan, diikuti UAE (15 mata), Thailand (9), Malaysia (9) dan Indonesia (1).

Malaysia seterusnya akan beraksi menentang Thailand pada aksi terakhir kumpulan pada awal pagi Rabu, manakala Vietnam bakal berdepan cabaran UAE dalam penentuan juara kumpulan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Harimau Malaya Daki 3 Anak Tangga Ranking FIFA

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Tekanan Lebih Daripada Jangkaan - Pan Gon

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad