web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jepun Alu-Alukan Malaysia Sertai Tokyo 2020

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2021 8:02AM

Reezal Merican mengesahkan yang pihaknya menerima penafian yang Malaysia disekat daripada mengambil bahagian dalam sukan Olimpik Tokyo. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Jepun tidak pernah meminta Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo menyekat kemasukan atlet beberapa negara yang menunjukkan peningkatan kes COVID-19 termasuk Malaysia ke temasya itu.

Kedutaan Jepun di Malaysia dalam kenyataan semalam memaklumkan persiapan sewajarnya sedang giat dilakukan termasuk melaksanakan langkah-langkah bagi membendung jangkitan itu dan memastikan Tokyo 2020 pada bulan depan berlangsung dalam keadaan selamat.

“Jepun benar-benar berharap atlet Malaysia, rakan akrab Jepun sejak sekian lama, akan meraih kejayaan pada temasya itu,” menurut kenyataan itu.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 Toshiro Muto menafikan dakwaan bahawa kemasukan atlet 10 negara termasuk Malaysia akan disekat mulai bulan depan susulan peningkatan kes COVID-19.

Beliau berkata kemungkinan langkah sekatan kemasukan itu tidak pernah dipertimbang namun kontinjen beberapa negara dikehendaki mendapatkan suntikan penuh vaksin COVID-19 sebelum tiba di Jepun untuk menyertai temasya tersebut, yang dijadual bermula pada 23 Julai.

Perkara itu timbul susulan laporan sebuah akhbar harian tempatan bahawa kerajaan Jepun telah mengeluarkan pekeliling kepada jawatankuasa tersebut untuk “menyekat kemasukan” atlet 10 negara yang berdepan peningkatan kes COVID-19.

Menurut laporan itu, jika jawatankuasa tersebut tidak berbuat demikian, langkah lebih ketat akan dikenakan termasuk kuarantin selama 14 hari.

Selain Malaysia, negara yang dinamakan dalam laporan itu ialah India, Pakistan, Nepal, Bangladesh, Maldives, Sri Lanka, Afghanistan, Vietnam dan United Kingdom.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam kenyataan berasingan semalam yang memaklumkan pihaknya menerima pengesahan secara peribadi daripada Duta Besar Jepun ke Malaysia Oka Hiroshi dan Wisma Putra berhubung kenyataan Muto serta Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang menafikan laporan itu.

Beliau bersyukur kerana barisan atlet yang kini giat menjalani latihan bagi menghadapi Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik di Tokyo berada dalam keadaan terbaik untuk menggalas cabaran negara di Jepun nanti.

“Bagi pihak kerajaan, saya ingin merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada Hiroshi yang sentiasa memberi perkembangan terkini serta turut membantu mengesahkan bahawa Malaysia sentiasa dialu-alukan untuk menyertai temasya Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 yang akan berlangsung tidak lama lagi,” katanya.

Sukan Olimpik Tokyo akan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos manakala Sukan Paralimpik Tokyo dijadual dari 24 Ogos hingga 5 September depan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

M’sia Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala, Wujud Pertumbuhan Mampan Dengan Bahrain - PM

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Kilauan Perak Padam 'Episod Hitam' Ziyad

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Sukan Paralimpik Paris: Bonnie Waspada Ancaman Telesca

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad