web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selangor Kecewakan Negeri Sembilan 4-0

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2024 10:39AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selagor FC menjaringkan kesemua gol pada babak kedua untuk menumpaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 4-0 pada aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini malam tadi.

Babak pertama menyaksikan pasukan tuan rumah tampil garang apabila mendominasi perlawanan dengan menghasilkan beberapa peluang termasuk Muhammad Mukhairi Ajmal yang membuat cubaan menanduk bola ke gawang namun tersasar pada minit ke-21.

Skuad di bawah bimbingan Mohd Nidzam Jamil sekali lagi memperoleh peluang memecah kebuntuan apabila Muhammad Mukhairi menghantar bola untuk diterjemahkan Ronnie Fernandez tetapi gagal dimanfaatkan pada minit ke-32.

Di minit kecederaan masa pertama, giliran pasukan pelawat pula membuat percubaan apabila pemain tengah Takumi Sasaki membuat larian jauh untuk membolosi gawang Selangor namun tendangan tersasar sekali gus mengecewakan NSFC.

Pada babak kedua, skuad Gergasi Merah memperkemas langkah memburu jaringan membuahkan hasil apabila Yohandry Orozco merembat deras bola ke gawang pada minit ke-46 namun dinafikan pengadil yang memeriksa video bantuan pengadil (VAR) mengesahkan Orozco di kedudukan ofsaid.

Perkara itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat Selangor yang akhirnya berjaya membuka tirai jaringan apabila Fernandez meledak jaringan selepas menerima hantaran Noor Al Rawabdeh pada minit ke-57.

Tidak cukup dengan itu Gergasi Merah terus mengganas apabila giliran Orozco mencipta gol pada minit ke-68 sebelum beliau sekali lagi menyempurnakan jaringan ketiga di minit ke-76.

Selangor terus menambah duka pasukan pelawat menerusi Reziq Mohammed Saleh Banihani meledak gol terakhir pada minit kecederaan.

Kemenangan itu menyaksikan Selangor memperoleh tiga mata penuh untuk menduduki tangga keempat carta Liga Super musim ini dengan enam mata manakala NSFC jatuh di tangga tercorot tanpa sebarang mata. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar