web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mohamad Aniq Atlet Malaysia Keenam Layak Ke Paris 2024 

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2024 8:34AM

Mohamad Aniq Kasdan. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan muncul atlet keenam mengesahkan slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menamatkan kempen kelayakan terakhir di Phuket, Thailand, semalam.

Pada Kejohanan Piala Dunia IWF (Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa), Mohamad Aniq yang beraksi dalam kategori 61 kilogram (kg) melakukan angkatan keseluruhan 290kg namun tidak berjaya mengulangi pencapaian terbaik sewaktu di Qatar Disember lepas dengan angkatan 296kg.

Biarpun menamatkan saingan di tempat kelapan, kedudukan berkenaan tidak terjejas apabila badang negara berusia 21 tahun itu tetap layak ke Paris bersama sembilan atlet lain ke temasya berprestij dunia itu. 

Perkhabaran gembira atlet kelahiran Segamat itu dikongsi Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat yang mengesahkan Mohamad Aniq layak secara merit ke Olimpik Paris.

"Mohamad Aniq sah ke Sukan Olimpik 2024 namun persembahan beliau kurang memuaskan memandangkan beliau gagal capai sasaran angkatan jumlah keseluruhan 300kg," katanya ketika dihubungi hari ini. 

Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Muhamad Aznil Bidin menamatkan saingan di tempat ke-10 dengan angkatan keseluruhan 284kg.

Wakil China Li Fabin mengungguli acara tersebut dengan angkatan keseluruhan 312kg manakala Park Myongjin dari Korea Utara merangkul perak (301kg) dan atlet Filipina, Ceniza John terpaksa berpuas hati dengan gangsa (300kg).

Untuk rekod, Mohd Hafifi Mansor muncul wakil angkat berat terakhir negara layak ke Sukan Olimpik pada edisi Rio 2016 dalam acara 69kg.

Lima lagi atlet lain yang layak ke Paris 2024 adalah Bertrand Rhodict Lises (terjun), Nur Shazrin Mohd Latif (pelayaran), Johnathan Wong (menembak), Ariana Nur Dania Mohd Zairi (memanah) dan Nur Aisyah Mohd Zubir (berbasikal lebuh raya). - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad