web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sivasangari Pulang Sebagai Juara Klasik London 2024

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2024 9:01AM

S Sivasangari menjuarai Klasik London 2024. - gambar Facebook Hannah Yeoh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain skuasy wanita negara, S Sivasangari menjuarai Klasik London 2024 pada Isnin, selepas berjaya menewaskan pemain nombor dua dunia, Hania El Hammamy dari Mesir.

Sivasangari, 25, menewaskan Hania 3-2 pada perlawanan berakhir dalam tempoh 81 minit di Alexandra Palace London.

Sejurus memenangi mata akhirnya, beliau dilihat melemparkan raket dan melutut ke lantai gelanggang, sebelum bangkit semula dan memeluk Hania.

Kejayaan Sivasangari itu melonjakkan kedudukannya ke ranking ke-13 dunia, disambut dengan sorakan penonton yang menyaksikan aksi final berkenaan.

Perlawanan akhir itu bermula dengan Sivasangari memenangi set pertama 11-9 sebelum lawannya yang berusia 24 tahun itu memenangi set kedua, 11-5, manakala set ketiga 13-11 dimenangi Sivasangari.

Walaupun Hania bangkit semula dengan merebut set keempat dengan kemenangan 14-12, set final tetap menjadi milik Sivasangari dengan mata 11-8.

Sivasangari yang kemudian ditemubual, menyatakan perasaan gembira dan puas hati dengan kejayaannya menewaskan pemain yang berada pada ranking tertinggi dunia sebelum meraih kejayaan menjuarai Klasik London 2024.

“Tiada perkataan yang boleh merumuskan semua ini tetapi saya sangat berpuas hati dengan bagaimana saya melalui perlawanan sepanjang minggu ini, menewaskan pemain 10 terbaik, empat terbaik dunia sebanyak tiga kali, Sherbini (pemain nombor satu dunia dari Mesir, Nour El Sherbini), Nele (pemain nombor empat dunia dari Belgium, Nele Gilis) dan Hania. Mereka semua adalah pemain yang sangat bagus.

“Hania adalah pesaing saya sejak peringkat Junior,” katanya.

Sivasangari yang mengakui perasaannya yang bercampur aduk, terutama selepas beliau hanya mampu mara ke peringkat suku akhir pada acara bertaraf emas yang disertai sebelum ini.

Pun begitu, katanya, beliau berbangga dengan kejayaannya dalam Klasik London 2024 dan berterima kasih kepada keluarga serta semua jurulatihnya yang membantu membawanya ke pentas kejayaan.

Kejayaan Sivasangiri itu turut dikongsi Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh melalui hantaran di media sosial.

“Malaysia mempunyai satu juara baharu iaitu Sivasangari Subramaniam. Beliau menewaskan pemain nombor 1 dunia, nombor 2 dunia dan nombor 4 dunia untuk menjulang tropi Klasik Skuasy London,” katanya. – Getaran, 2 April 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad